View: 9857|Reply: 1
|
Ujian Aptitud UPSR- Menguji IQ anak-anak
[Copy link]
|
|
Tahukah anda, pelajar2 tahun Enam sekarang bukan menduduki 5 subjek semata-semata. Kini mereka perlu mengahadapi ujian aptitud sekolah rendah.Ujian Aptitud telah dilaksanakan kepada semua murid Tahun Enam bermula tahun 2009 setelah diputuskan dalam Mesyuarat jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke-190 bertarikh 14 November 2008 yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pelajaran.
Tujuan ujian ini dilaksanakan adalah untuk melihat kecenderungan pelajar terhadap minat, bakat dan kemahiran mereka melalui pengalaman persekitaran pembelajaran. Hanya melalui pengalaman serta praktis sahaja yang dapat menggalakkan perkembangan kecerdasan pelajar.
Soalan2 ujian ini sangat menguji minda anak2. Menurut statistik, pada ujian tahun pertama diperkenalakan, hanya 5.7 peratus (29,084 pelajar) daripada 509,885 pelajar mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan manakala hanya 34.34 peratus (175,101) mempunyai kemahiran berfikir.
Apa pendapat ibu bapa sekalian tentang ujian aptitud ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Juniey. Dari dulu mac tertanya2 the purpose of this aptitude test. Dulu masa 1st year di adakan aptitude test ni, i was told its for kemasukkan ke SBP, meaning that hanya those yg minat masuk SBP aje take the test. Now ni semua pulak take the test. Plus takda feedback apa2 on the tests, so nak comment pun tak tau. My comment satu aje. For KPM to share further with parents on Aptitude test ni. And what are the results. And what do they do with the results. |
|
|
|
|
|
|
| |
|