Grant Museum of Zoology ialah muzium anatomi haiwan yang dimiliki oleh University College London. Muzium ini mempunyai lebih dari 65000 spesimen haiwan yang digunakan pelajar kajian zoologi. Muzium ini pada asalnya merupakan koleksi spesimen peribadi Dr Robert Edmond Grant, professor pertama di dalam bidang zoologi dan perbezaan anatomi di dunia. Muzium ini dibuka pada tahun 1928 dan ia mempunyai koleksi haiwan yang impresif seperti spesimen burung DODO dan Thylacine Tasmanian Tiger yang kini sudahpun pupus. Spesimen di muzium ini terdiri dari rangka, haiwan yang awet dan juga organ yang diawet di dalam balang alkohol.
|