CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 7

El Penon de Guatape: Monolitik Batuan Terkenal Di Colombia =D

[Copy link]
Post time 8-9-2012 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Bagi sesetengah orang, negara Colombia mungkin terkenal dengan status nya sebagai sebuah negara yang penuh dengan keganasan dan jenayah terutamanya apabila melibatkan kes-kes penculikan, kumpulan penentang kerajaan dan kewujudan kartel dadah antarabangsa..Walaubagaimana pun, negara yang disenaraikan sebagai salah satu negara yang berbahaya di dunia ini mempunyai keunikkan geologi nya yang tersendiri yang dikenali sebagai El Peñón de Guatapé..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai monumen ini, meh usha kat bawah ni..




El Penon de Guatape atau pun dikenali juga sebagai "The Guatape Rock" merupakan sebuah monolitik batuan besar yang mempunyai ketinggian kira-kira 2, 135 meter dari paras laut. Batuan ini juga pernah menjadi bahan sembahan golongan Tahamies Indians. Pada tahun 1900-an, batuan monolitik yang mempunyai anggaran berat 10 tan ini pernah dilihat golongan petani sebagai satu gangguan untuk mereka bercucuk tanam.


Pada tahun 1954, sekumpulan pendaki yang kononnya didesak olek para paderi tempatan telah mendaki batuan berkenaan menggunakan sejenis papan yang diletakkan di celah rekahan batuan. Mereka ini dikatakan sebagai kumpulan manusia pertama yang pernah mendaki El Peñón de Guatapé. Proses mendaki batuan ini boleh mengambil masa selama 5 hari, namun dengan pemandangan yang indah berserta penemuan tumbuhan spesies baru, Pitcairma Heterophila, batuan ini mampu menjanjikan tarikan pelancong yang sederhana.


Batuan ini mempunyai satu garisan rekahan panjang yang digunakan oleh para pelancong untuk mendakinya ke atas. Di dalam celah rekahan tersebut, tangga sebanyak 649 anak tangga  telah disediakan dan ia merupakan satu-satunya cara untuk ke puncak batuan tersebut. Pada 1970-an, kawasan sekitar batuan tersebut telah diempang dan kini ia mempunyai pemandangan siri dramatik tasik dan pulau-pulau.


Hari ini, anda boleh mendaki batuan ini yang telah disenaraikan sebagai khazanah negara Colombia dengan bayaran sebanyak USD2. Di sana, anda mampu melihat pelbagai khazanah peninggalan keagamaan di dalam sebuah menara setinggi 3 tingkat di puncak batuan tersebut.











Last edited by novelloverzz on 8-9-2012 11:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2012 12:49 PM | Show all posts
cantiknya tmpt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 04:27 PM | Show all posts
cantik.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 04:37 PM | Show all posts
cantik ...tapi aku ni gayat tempat tinggi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 10:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 01:27 AM | Show all posts
cantiklah tp kalau naik atas tu gerenti gayatkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2012 01:50 AM | Show all posts
Beautiful...tenang je tempat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 01:10 PM | Show all posts
vertigo over 9000!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.267646 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list