CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3620|Reply: 9

Islam Hadhari yang kini jadi sejarah

[Copy link]
Post time 6-11-2012 09:47 AM | Show all posts |Read mode
DEFINISI ISLAM HADHARI


Definisi


Dari segi istilah, perkataan “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilizational Islam”, dan dalam Bahasa Arab sebagai “Al-Islam al-Hadhari”.


Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah : “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.
Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;

Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi),Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan seumpamanya.


Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.


Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.



Visi


Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.


Misi


Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.


Objektif


Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/265-islam-hadhari/86-definisi-islam-hadhari-.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2012 09:50 AM | Show all posts
10 Prinsip Islam Hadhari

Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
Kerajaan Adil dan Beramanah.
Rakyat Berjiwa Merdeka.
Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
Kehidupan Berkualiti.
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
Keutuhan Budaya dan Moral.
Pemeliharaan Alam Semulajadi.
Kekuatan Pertahanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 10:04 AM | Show all posts
Semasa terkenal, Islam hadhari di jadikan

1. Motto

" ISLAM HADHARI TERENGGANU BISTARI ",

2. Nama institut

Institut Islam Hadhari | Universiti Kebangsaan Malaysia

3. lagu






Last edited by kertasputih on 6-11-2012 10:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 11:23 PM | Show all posts
Ingat lagi aku bersamngat membentangkan pasal Islam Hadhari neh kononnye mende neh baguih sbg langkah pertama untuk menuju negara yg mengamalkn undang2 Syariah dalam kes Jenayah dll

Siap berdebat ngan kawan2 yg bangkang Islam Hadhari neh...

Setahun lepastu..kawan2 aku masih ingat lg pasal debat tu terutama yg sokong Islam Hadhari neh...aku cakap 'tu citer Setahun lepas.'

rasanya debat tu 5 tahun lepas untuk subjek Etnic Relationship ...Last2 terkubur camtu je Islam Hadhori ni...sebab tu aku tolak BN apatah lagi derang kutuk2 Hudud n Kisas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 11:29 PM | Show all posts
Yang membangkang aku masa tengah bentangkan pasal Islam Hadhori ni budak PALAPES..die nak wat pemerintahan tentera kat negara ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:51 AM | Show all posts
ni islam yg ada had-had harinya........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2012 08:23 PM | Show all posts
kalau dah negara campuran susah nk buat
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:38 AM | Show all posts
Thanks momod...

Islam hadhari ni ok...bukan mazhab atau ajaran baru.

Kita kena tahu negara kita baru je keluar dari rejim Mahathir yg terlalu sekular...dan benda tu memang langkah pertama untuk rakyat Malaysia terutama penganut bukan Islam utk paham Islam juga meliputi pemerintahan...ni sebnarnya langkah yg baik untuk mereka menerima atau sekurang2 sebagai langkah utk mereka paham undang2 Syariah..

Islam hadohri ni dikeluarkan dari Al-Quran dan hadis2..so memang x menyimpang..ustazah/lecturer aku time tu pun dia kata dia x paham mula2 n bagi persepsi -ve..tapi dia ubah pikiran dia lepas gi khursus n pikir +ve..yela sebab kita baru keluar dari Rejim Mahathir yg kuku besi tu kan

Masa aku dapat tajuk ni..memang punya la malas tapi disebabkan kawan Sarawak aku neh rajin cari2 bahan..edit segala bagai...aku bentang la juga...sebab aku neh suke debat kan

Masa aku bentangkan benda ni ada je kawan2 Kristian time tu..tapi x da lak bangkang macam orang Islam kita neh...aku pun hairan...padahal kita nak menerangkan..tapi diorang dok bangkang2..seolah2 x mo terima apa yg kita cuba sampaikan dengan minda yang terbuka...

Ni lah bahananya selepas rejim Mahathir...aku siyesly suke dengan Pak Lah...uhmmm masa aku bentangkan tu anak bini paklah x pakai tudung tu pun jadi isu..aku gak yg kena..aku jawab tu dosa dia ngan Tuhan, kita sebagai sesama muslim dah tegur, kira dh lepas dr tanggung jawab tu...aku tanya lak 'bagaimana dosa kita kalau kita tidak menyahut seruan kerajaan yang cuba berjinak2 dgn pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadis?...semua ni makan masa..bukan terus2 hari ni buat..esok dah jadi negara totally sebuah negara Islam macam Pakistan'

Cuba korang dapat tajuk ni...kena eksplen kat depan orang ramai...takkan nak tolak n x mo bentang kan..amik je la...walaupun dalam hati cakap 'mampus laaaa'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2012 09:18 PM | Show all posts
sama juga perjuangan membentuk negara islam
kini hanya tinggal sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2012 07:07 PM | Show all posts
umno xda pendirian macam PAS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.152890 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list