View: 2165|Reply: 0
|
Saingan terbaru 7 eleven
[Copy link]
|
|
Mofaz buka Circle K tahun depan
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kedai serbaneka runcit, Circle K bakal dibuka di Malaysia pada suku ketiga tahun depan dengan sasaran membuka 300 buah kedai dalam tempoh tiga tahun .
Kumpulan Mofaz Sdn. Bhd. (Mofaz) bakal memegang 70 peratus kepentingan dalam Circle K (Malaysia) Sdn. Bhd. manakala baki 30 peratus pegangan dimiliki oleh syarikat Jepun yang berpengalaman selama 30 tahun membangunkan lebih 6,000 kedai di bawah jenama Circle K dan Sunkus itu.
Presiden Kumpulan Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, pembukaan Circle K di Malaysia bakal membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk memasarkan produk mereka di rangkaian kedai serbaneka tersebut.
"Kami akan berkongsi pengalaman selama 35 tahun dalam industri barangan harian pengguna bagi memantapkan sistem pengedaran di Circle K yang akan dibuka di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pengwujudan Circle K Malaysia berikutan pemeteraian kerjasama antara Mofaz dan Circle K Sunkus of Japan (Circle K Sunkus).
Circle K (Malaysia) adalah pemegang francais induk daripada Circle K Stores Inc. (America).
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Circle K Sunkus, Motohiro Nakamura percaya Malaysia mampu berkongsi nilai tawaran jenama Circle K kerana ekonomi negara ini berkembang pesat selain pengukuhan sektor peruncitan dan kepenggunaan.
Circle K Sunkus bertanggung jawab untuk memindahkan kepakaran dalam operasi teknikal dan latihan yang diperlukan untuk proses harian kedai serbaneka tersebut.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Korporat/20121127/ko_04/Mofaz-buka-Circle-K-tahun-depan#ixzz2DQVILt5g
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|