CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52939|Reply: 18

SOS: Tandas Tersumbat Sebab Simen

[Copy link]
Post time 5-2-2013 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Tandas rumah tersumbat suspek disebabkan simen.
1) Efektif ke kalau kita tuang asid? Kalau tuang asid, asid ni boleh rosakkan saluran paip bawah tanah tu tak?
2) Katakanlah asid pun tak mujarab, panggil plumber anggaran kos berapa? Apa yg akan dia buat?
3) Ada tak sampai nak kena tukar saluran paip bawah tanah? Aku bayangkan kena pecahkan semua lantai sampai kat manhole tu lepas tu tukar saluran paip. Kalau sampai tahap ni, seramnya aku nak pikirkan kosnya mesti ribu-ribu. Mintak2 ni bukannya kaedah yang perlu diambil.

Nota:Rumah dah takda warranty dan takda pihak boleh dipertanggungjawabkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 12:02 AM | Show all posts
masa aku duduk appartment dulu penah jadi mcm ni.punyala haru biru.sebab dok umah atas skali.mcm2 cara buat.kesudahanya lepas saspek nya ialah simen apalagi..terbang beratus2..siap org bawah umah kena amek cuti sbb nak mengerjakan lubang tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 12:08 AM | Show all posts
daiman posted on 6-2-2013 12:02 AM
masa aku duduk appartment dulu penah jadi mcm ni.punyala haru biru.sebab dok umah atas skali.mcm2 ca ...

Rumah aku ni rumah teres, jadi tak perlu coordinate dengan orang bawah, nasib baik.
Boleh kongsi tak, kau ada cuba tuang asid dulu ke? Tak mujarab?
Jadi apa yang dilakukan? Apa alat yg digunakan?
Berulang lagi atau masalah selesai terus?

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 01:40 AM | Show all posts
mahall.. kalau blh elakkan berus, atau barang2 solid dalam tandas. biasa sumbat bukan sebab tahi.tp sebaba da barang tersangkut.. kalau sumbat sebab tahi dah penuh dalam tank tu lain.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 01:44 AM | Show all posts
ko duk rumah apa ek? rumah atas tanah ek? cari plan paip rumah ko? cari tong najis rumah ko kt mana? lepas tu  pandai2 lah bajet... ko korek kt bahagian yg belok? atau senang ckp bahagian yg bengkok arahnye yg di syaki tersumbat.. tebuk lantai.. korek lah.. ambil dawai.. lepas tu. kt kawasan yg sama, ko pasang simen dan penutup khas.. in case berlaku lg? tak payah ko nk gali. cukup sekadar ko buka penutup lubang tu.. cari barang pe tersumbat.. ko haramkan toilet rumah ko barang2 yg muat lubang jamban, cm sabun ketul, berus gigi, pad perempuan atau sampah sarap.. sebab benda2 tu lah buat tandas tersumbat tau takk
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 01:46 AM | Show all posts
daiman posted on 6-2-2013 12:02 AM
masa aku duduk appartment dulu penah jadi mcm ni.punyala haru biru.sebab dok umah atas skali.mcm2 ca ...

klau tak sumbat tak pe lah ek.. ni nk buang air pun terbantut tersumbat..uhhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2013 05:03 AM | Show all posts
kalu rumah bertanah terpaksa berjolok nampaknya
kalu rumah bertingkat sisa2 kari/nasik basi/kuah dihumban dalam tandas,malas mengotorkan atau menyumbatkan kitchen sink
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:15 AM | Show all posts
golpos posted on 6-2-2013 12:08 AM
Rumah aku ni rumah teres, jadi tak perlu coordinate dengan orang bawah, nasib baik.
Boleh kongsi  ...

ada tuang asid.asid mahal sudah,asid murah sudah.tapi tak jalan.part alat2 apa yg di guna pakai aku tak sure sbb panggil org yg repair.sbbnya dapur  aku dah mcm kolam mandi waktu tu.nk tgk pun tak de mood.tapi melayang ratus2 la jugak duit aku

aku rasa klu mcm umah ko,senang sikit kot kejenya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 11:18 AM | Show all posts
oh..ko citer pasal toilet tersumbat ke..??? mati2 aku ingatkn dapur..hihi..aku citer pasal kes dapur aku bukan toilet.toilet aku tak pernah meragam lagi wat masa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 12:55 PM | Show all posts
confirm ke sumbat sebab simen??? kalau tuang asid pun tak guna kalau simen punya pasal.. kalau ada perkhimatan indah water boleh panggil dorg.. kalau nak diy cuba gi hardware beli besi/spring utk jolok paip tersumbat dlm belasan rm rasanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 05:19 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 6-2-2013 01:40 AM
mahall.. kalau blh elakkan berus, atau barang2 solid dalam tandas. biasa sumbat bukan sebab tahi.tp  ...

Seperti yg aku kata, suspect simen. Rumah baru, belum pakai, suspek simen sbb ada buat renovation dulu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 05:22 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 6-2-2013 01:46 AM
klau tak sumbat tak pe lah ek.. ni nk buang air pun terbantut tersumbat..uhhuhu

betul tu. skrg aku nak check betul2. nasib baik jamban tu belum lagi digunakan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 05:24 PM | Show all posts
daiman posted on 6-2-2013 11:15 AM
ada tuang asid.asid mahal sudah,asid murah sudah.tapi tak jalan.part alat2 apa yg di guna pakai ak ...

alamak, kau pernah guna kaedah asid tapi tak berkesan.
rumah aku sekarang ni (bukan rumah baru), pernah tersumbat singki dapur. Aku ingat nak DIY lah, curahlah asid kat singki tu. Sumbatnya tetap tetap tak hilang tapi singki aku tu jadi hitam mcm hangus dek kesan asid tu. Nasib baik singki dapur dan dekat dengan tembok jalan belakang. So aku bypass masuk longkang terus.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 08:02 PM | Show all posts
cilik posted on 6-2-2013 12:55 PM
confirm ke sumbat sebab simen??? kalau tuang asid pun tak guna kalau simen punya pasal.. kalau ada p ...

Aku rasa 80% confident tu simen sbb rumah tu pernah renovate dulu.
Baru td aku pi kedai hardware. taukeh kedai hardware ini memang ada business renovate rumah jugak.
1) Aku beli setong asid, harga dlm RM 50, khas untuk simen. Dia cakap paip pvc tak rosak kalau kena asid ni sbb asid ni hanya akan hancurkan/lembutkan bahan2 yg ada dalam simen tu.

2) Dia cadangkan aku keringkan lumbang tu dulu.

3) Kemudian letak sepertiga asid, biarkan semalaman.

4) Esok tuang banyak2 air.

5) Kalau tak mujarab ulang lagi, kali ini tuang asid banyak2.

Untuk step yg no 2 tu, aku tak tahu mcm mana nak keringkan. Dah air itu mesti bertakung tengah2 saluran paip bawah tanah. Mungkin plumber ada alat sedut air kot. Tapi aku pikir logik, kalau aku tuang asid banyak banyak, lama2 air akan diganti dengan asid. Jd asid akhirnya akan ada contact dengan simen.

Nanti aku update lah apa yg berjaya apa yg fail untuk rujukan sesiapa masa hadapan.
Sementara tu kalau ada idea2 bernas yg boleh dipakai, sila panjang2kan lah kat sini.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 09:54 PM | Show all posts
tandas mana yang sumbat? semua ke satu je?

Kalau nak try DIY boleh gak.. Kena buat rodding. Beli kepala rodding tu pastu sambung la dengan apa2 yang patut.

Rodding dari Inspection chamber. Inspection chamber ni kalu umah teres biasanya ada kat belakang umah. Ada penutup besi tu ko angkat kasi bukak.  Inspection chamber ni mcm bentuk kotak pastu dlm dia ada beberapa salur paip... 1 gi kat STP (kolam limbahan). Yg lelain tu ada gi kat dapo, dan ada yg gi jamban. Ko pegi rodok (rodding) yg ke jamban terseumbat tu.. Mmg keje horror sikit.

Kalu tak sanggup, ko panggil IWK - tapi nanti org IWK yg datang tu mesti cakap yg ni bukan keje bawah IWK.. KO cakap kat dia, kalu upah diorang buatkan boleh tak... Ko nego la rege dengan diorang... Munkin dpt la 2 -3 ratus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 10:28 PM | Show all posts
Tandas bawah aja. tandas2 lain ok. Tandas belum pernah pakai jd tak horror lah.
Bentuk rodding tu mcm gambar bawah ni ke (rod yg warnag kuning gambar bawah tu)?
Rodding tu tak jual satu set ke? Kita boleh beli kepalanya aja?



1) Kalau jolok dari tandas boleh tak? Sbb inspection chamber aku dah di-tile. Nak kena pecah tile, aku cuba elakkan yg ini dulu.

2) Simen yg melekat tu boleh pecah ke bila di rodding? PVC pipe boleh pecah tak ditusuk rodding tu?

3) Asid untuk simen tu boleh mujarab tak? Atau kena letak asid biarkan smlm pastu rodding?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2013 10:29 PM | Show all posts
nalis posted on 6-2-2013 09:54 PM
tandas mana yang sumbat? semua ke satu je?

Kalau nak try DIY boleh gak.. Kena buat rodding. Beli ...

nalis, aku terlupa klik reply masa tulis td. kau baca di atas post ni lah.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:59 PM | Show all posts
golpos posted on 6-2-2013 10:29 PM
nalis, aku terlupa klik reply masa tulis td. kau baca di atas post ni lah.

inspection chamber ko tile? kalu ikutkan undang2 PBT (majlis), takbley tutup mati inspection chamber tu.. kena bagi tile yg loose je supaya boleh bukak bila ada kes2 tesumbat.. Rodding mmg kena buat dari inspection chamber tu... tak perlu guna alat rodding yg mahal mcm ko tunjuk tu... jenis jolok biasa2 je... kepala rodding tu ko sambung dgn batang kayu pun boleh. tapi jenis boleh sambung2 la.. (kalu ikut kepala aku, guna GI pipe yang dipotong2 pendek2, pastu boleh sambung2 ngan soket pun ok gak)....

Kalau rodok dari inspection chamber, biasanya paip tu lurus je.. takde belok2 (kalau tandas bawah).. pastu biasanya dekat je inspection chamber tu dgn tempat yg tesumbat nun.. so tak perlu batang penjolok yg panjang

Sama ada nak kena tuang asid dulu ke tak tu, aku takleh nak jawab sebab pengalaman aku cuma tesumbat ngan lemak2 yg berkurun dah jadi berketul2 mcm batu kapur.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 12:35 AM | Show all posts
aku ada pos thread pasal plumbering ni ..thread kene masuk stor ... konpius..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.067625 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list