|
Selepas memberi kuliah kepada pelajar-pelajar, saya beredar mencari kedai jahit untuk menjahit lipatan kaki pada seluar panjang yang sudah hampir dua minggu terburai.
Salah satu penyambung pada benangnya telah putus. Kalau dipakai, nampak sangat sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.
Deretan kedai menjual pelbagai jenis barang memberi petunjuk mungkin terdapat satu atau dua buah kedai jahit Melayu kerana semua kedai berkenaan dikhaskan untuk peniaga Melayu. Memang benar, terdapat sebuah kedai jahit Melayu. Saya hampiri kedai berkenaan dan bertanya kepada salah seorang tukang jahit wanita yang sedang tekun menjahit sehelai baju kurung. Saya bertanya adakah dia boleh menjahit lipatan kaki pada seluar panjang yang saya bawa sambil menunjukkan lipatan berkenaan. Tiba-tiba dari arah belakang saya muncul seorang wanita, tuan punya kedai agaknya yang memberi tahu mereka tidak dapat melakukannya.
‘Nak jahit seluar ke?’
‘Ya’ jawab saya ringkas.
‘Ooo.. kami tak dapat buat sekarang. Kalau nak kena tunggu selepas raya,’ balas wanita ini.
Saya tidak puas hati dengan jawapan yang diberi lalu menyoal untuk mendapat kepastian.
‘Kenapa lama sangat, ni sikit saja kalau nak jahit?’
Mungkin emosi agaknya, wanita ini membalas, ‘Kami tengah jahit pakaian tempahan sekarang, tak ada masa nak jahit seluar cik.’
Saya mengucapkan terima kasih dan bertanya di mana lagi ada kedai jahit Melayu.
Setelah mendapat maklumat, saya pun pergi ke arah kedai jahit yang dimaksudkan: Kedai Jahit Azam, Jalan Hang Tuah. Jawapan yang sama saya terima iaitu mereka tidak dapat melakukannya sekarang. Saya bertanya kenapa dan mereka menjawab dengan ringkas- ‘dah ada banyak tempahan.’
Saya maklumkan kepada seorang tukang jahit wanita di situ untuk menjahit lipatan kaki seluar ambil masa tidak sampai 10 minit.
‘Tak boleh ka?’
Dia geleng kepala dan saya faham maksudnya.
Saya bertanya kepada seorang lelaki (mungkin pembantu kedai) di mana lagi saya boleh cari kedai jahit di sekitar kawasan itu.
‘Abang ikut jalan ni... di belakang kedai tu ada kedai jahit.’
‘Melayu ka Cina?’ soal saya untuk dapat kepastian.
‘Cina,’ katanya.
‘Ok, nanti saya cari,’ balas saya sambil beredar pergi.
Kedai jahit Cina ini terletak di hadapan kedai kopi Cina. Semasa saya sampai, terdapat seorang pelanggan sedang menunggu bajunya dijahit oleh tukang jahit lelaki Cina yang sudah agak tua. Saya bertanya kepadanya sama ada dia boleh menjahit lipatan kaki seluar panjang yang saya bawa. Tiba-tiba dia bangun dan memegang bahagian seluar yang hendak dijahit itu sambil membelek lipatan kaki seluar.
Selepas mendapat kepastian, dia kembali ke mesin jahit dan terus menekan pedal jahit. Dalam masa lima minit, jahitan pada lipatan kaki seluar panjang saya kembali sempurna.
Pelanggan yang awal tadi saya nampak tersenyum dan relaks walaupun bajunya belum siap dijahit.
‘Berapa ringgit apek?’
Tukang jahit Cina ini tidak menjawab tetapi menunjukkan isyarat lima dengan jarinya. Fahamlah saya. Selepas membayar upah, dia terus menyambar pakaian pelanggan tadi dan mula menjahitnya.
Kisah ringkas ini memberi gambaran yang jelas tentang perbezaan cara fikir, sikap dan kecenderungan bangsa Melayu dan Cina terhadap perniagaan. Tukang jahit Melayu enggan menjahit kerana menganggap kerja tidak sampai 10 minit tidakmemberi faedah besar kepada keuntungan bisnes mereka.
Bagi tukang jahit Cina, biar pun lima ringgit, ia adalah wang. Sikap tukang jahit Melayu mengutamakan tempahan pakaian tentulah merugikan kerana pelanggan yang ‘walk-in’ ke kedai mereka kadang kala tidak perlukan masa yang lama untuk menjahit seluar atau baju mereka.
Dalam buku Steeping Out: The Making of Chinese Entrepreneurs, Chan Kwok Bun dan Claire Chiang See Ngoh menyatakan empat faktor kekuatan psikologi menjadikan orang Cina lebih berjaya dalam bisnes. Empat faktor tersebut ialah:
1. motivasi dan kehendak untuk berjaya
2. sanggup mengambil risiko
3. kesungguhan untuk bekerja keras
4. disiplin yang tinggi
Jika kisah tukang jahit Melayu dan Cina ini dijadikan kajian kes dan dipadankan dengan empat faktor ini, nyatalah tukang jahit Melayu tidak mahu mengambil risiko dan kurang bersungguh-sungguh hendak mencari wang. Mereka mungkin ada motivasi tinggi untuk berjaya dan disiplin diri tetapi ia belum cukup untuk mendapatkan keyakinan daripada pelanggan. Kerana itulah berurusan dengan tukang jahit Cina kerap kali menjadi pilihan.
Sebaik-baiknya tukang jahit Melayu tidak melepaskan peluang apabila pelanggan berada di hadapan mereka.
KREDIT : http://zahirzainudin.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
wah... nice article.. tq tq |
|
|
|
|
|
|
|
Org melayu memang kurang benar bab kerjasama ni..
Tengok foodcourt cina, setiap peniaga "stall" tumpukan kpd kepakaran masing2 jer.. dan mereka boleh berniaga sama2 di dalam kedai kopi corner lot jer.. org melayu, tak boleh.. org sebelah jual tomyam, dia pun jual tomyam, mesti mau kedai kat foodcourt.. mintak gomen bagi kedai.. dah bagi kedai, menu org sebelah dia nak tiru.. ini kisah benar,,. di Taiping, dulu aku pernah tanya org Majlis Daerah.. katanya nanti depa bergaduh, jadi semua gerai tu jual benda sama = nasi ayam.. zaman tu lah...
Dulu sorang kawan aku jual nasi ayam kat satu foodcourt ni.. dia buka jam 5pm jam 7pm dah habis, balik dah... sebab laris.. sebab dia jual sedap dan elok.. ada peniaga nasi ayam lain juga.. peniaga lain bengkek, sebab kalau kawan aku ni dah tutup, pelanggan tak mau beli dgn depa (depa punya nasi ayam tak best kut)... abis peniaga lain bengkek, jeles, siap angkat parang .. jadi dia berundur lah.. yg angkat parang tu siap cakap "kau bukan orang sini".. mender ler, kat apek tak pula pi marah sebab depa berniaga maju, tu lagi bukan org situ
Sama juga org melayu duk marah kat peniaga kemboja yg jual kain.. marah bukan apa, kononnya depa double standard, kalau kat org kemboja peniaga tu bagi special diskaun.. dan marah sebab kemboja tu boleh kaya..
Org melayu pertama kena sedar, perdagangan/perniagaan tu yg memutarkan ekonomi .. dan perlu ada perpaduan baru boleh laksana pelbagai plan.. tanpa perpaduan, rapuh je.. Last edited by k_a_a on 27-2-2013 05:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju ngan artikel mcm ni..
aku pon penah kena..mmg geram gak n sakit hati..
kite nak tolong bangsa sendiri..tp dpt layanan mcm hampeh..sakit hati.
last2 p bengkel cina..puas hati..xpelah..bayar duit lebih pon xpe ..dah bansa sendiri xmo duit kan..
pasni jgn marah kalau x sokong bangsa sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
satu analisis yyang baik. teruskan. |
|
|
|
|
|
|
|
satu analisis yyang baik. teruskan. |
|
|
|
|
|
|
|
satu analisis yyang baik. teruskan. |
|
|
|
|
|
|
|
satu analisis yyang baik. teruskan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|