View: 3161|Reply: 3
|
Venustraphobia: Lelaki Takut Berdepan Wanita Cantik
[Copy link]
|
|
Kajian menganggarkan sekitar 0.47 peratus lelaki di Britain dan 0.61 peratus lelaki di Amerika diserang venustraphobia. Kajian lain menyebutkan pesakit fobia ini lebih banyak berasal dari kalangan kelas menengah ke atas. Venustraphobia didefinisikan sebagai mempunyai rasa takut yang berlebihan terhadap wanita cantik. Ia ditakrifkan sebagai rasa takut yang tidak rasional atas suatu objek situasi atau aktiviti yang tertentu. Rasa takut yang tidak benar-benar menakutkan atau mengancam keselamatan diri.
RAWATAN
Ada pelbagai kaedah pemulihan untuk membuat pesakit keluar dari ketakutan, mulai dari hipnoterapi, neuro-linguistic programming hingga ke ‘energy psychology’.
Seperti komputer, terapi hipnoterapi dilakukan dengan memprogramkan semula minda bawah sedar pesakit dengan bantuan terapi atau psikologi sebagai orang tengah. Ketika rasa takutnya telah diprogramkan semula, gejala fobia ini akan ditekan seminimum mungkin. Neuro-linguistic programming menggunakan kekuatan imaginasi untuk memprogram semula rasa takut si pesakit. Psikologi energi merupakan terapi pemulihan yang menggabungkan pelbagai bentuk pemulihan terhadap fobia. Kaedah ini relatif selamat. Cara lain yang juga dilakukan untuk penyembuhan adalah dengan menggunakan ubat antidepresi, terapi bercakap, atau cognitive behaviour therapy.
PUNCA
Venustraphobia (disebut juga caligynephobia) adalah rasa takut yang berlebihan terhadap perempuan cantik. Sama halnya dengan fobia jenis lain, fobia ini juga disebabkan stimulasi yang tidak wajar dan tidak membahayakan jiwa. Biasanya disebabkan oleh kejadian atau pengalaman buruk yang berkaitan dengan wanita cantik yang menyebabkan trauma psikologi pesakit. Para psikologi mengatakan, penyebabnya ialah perasaan tidak percaya diri atau rendah diri berlebihan, perasaan takut ditolak, takut tidak diterima atau takut gagal membina hubungan.
TANDA-TANDA
• Berpeluh-peluh
• Tubuh gementar
• Bernafas tidak teratur
• Percakapan tersekat-sekat (gagap)
|
|
|
|
|
|
|
|
harus la kena betul2 cantik, cantik sikit2 susah nak dapat symptoms diatas hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setakat terserempak depan mata tu, biasa je. Tapi kalau nak date yang berdegup jugak jantung tu. Lebih-lebih lagi 1st date. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|