CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7170|Reply: 1

siapa pernah join program siswazah perantis PUNB?

[Copy link]
Post time 14-3-2013 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Salam ...

kpd usahawan n bakal2 usahawan kat sini...

boleh share ur experience...ttg program siswazah perantis PUNB? I ingat nak join la...since tak buat pape skang....lagipun I penah ikut kursus kemahiran bakery.....so ingat nak join utk bukak bisnes sendri....

anyone yg ada experience pernah involve ngan program ni, xkisah bad or good experience, hopefuly uols can share...

thanks a lot


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2013 06:11 PM | Show all posts
Wassalam,

Sy telah membaca kriteria bagi memasuki program Siswazah Perantis PUNB. Menurut 'miss_strangers', kamu prnh mengikuti kursus kemahiran bakeri. Sy cdgkn kamu terus bekerja dimna2 kedai bakeri utk mencari pengalaman & kumpul dana/capital sbg persediaan utk memulakan perniagaan bakeri ini.

Pada pemahaman sy, program Siswazah Perantis PUNB mengenakan syarat latihan 6 bulan sehingga setahun dlm bidang yg ditawarkan. Pada sy ini kelihatan seolah2 xde beza krn jika melalui PUNB, kamu akan diserap ke mna2 kedai bakeri dan bekerja disana, bergantung kepada mentor anda, sama ada anda bekerja buat kek, angkat brg, rekod brgan serta harga & cashier. Oleh itu, ianya kelihatan sama seperti anda bekerja di kedai bakeri tanpa melalui PUNB. Beza nya hanyalah, PUNB beri elaun & kamu dpt gaji drpd kedai bakeri hasil cadangan PUNB tersebut cuma gaji mgkn tidak setinggi sebagai pekerja tetap di kedai bakeri tersebut kerana anda dianggap sbg sedang menjalani praktikal shj. Persoalan nya skrg, anda sedang bekerja di kedai bakeri atau tidak ? Namun begitu, ada baiknya bekerja dibwh seliaan PUNB, kerana dgn itu anda tidak akan mensia-siakan tawaran PUNB sekiranya berjaya diserapkan ke dlm program Siswazah Perantis PUNB. Harus bersedia, kini terlalu ramai juga yg memohon, tidak ramai golongan bumiputera yg berjaya & tidak ramai jg yg gagal. Sekiranya gagal dgn permohonan PUNB, tidak rugi jg utk terus bekerja dlm bidang bakeri, kemudian dtg semula ke PUNB slps 6 bulan utk membuat permohonan semula ke dlm program Siswazah Perantis.

Selain syarat kelayakan umur tidak melebihi 30thn & warganegara, jg dikatakan anda sebagai seorg yg tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sekurg2 nya memiliki sijil tahap 2 yg diikhtiraf (jika ada sijil lebih tggi lebih baik).

Oleh yg demikian, cadangan saya adalah ;
1. Anda bekerja dahulu di mna2 kedai bakeri. Sudah tentu pengalaman buat kek, kos brg, harga jual, pengurusan, invoice, dan susun atur kedai anda fahami.

2. Bekerjalah di kedai bakeri tersebut selama 2 tahun sbg tanda anda mempunyai pengalaman dan pada masa yg sama kumpul dana kewangan bagi memulakan perniagaan sendiri anda. Anda haruslah bersedia utk mengumpul dana kewangan sekurg2 nya 10% drpd jmlh cadangan hendak buka kedai sendiri. Jika cadangan nk buka kedai bakeri 50k, dan 10% drpd 50k adalah bernilai 5k, bermakna anda harus mempunyai tunai Rm5k sekurng-kurang nya.

3. Tidak semestinya anda perlu mengikuti praktikal di bwh PUNB (6bln~setahun - Program Siswazah Perantis PUNB), anda jg bole bekerja dahulu, dan pada masa yg sama cari lokasi tmpt yg sesuai utk anda memulakan perniagaan. Hubungi mna2 ajen yg bole mencadangkan premis kosong utk kawasan tertentu.

4. Apabila memohon pinjaman, sama ada memohon kpd PUNB atau pn agensi bantuan lain (SME/MARA/TEKUN dan dll), ke semuanya memerlukan anda menyediakan kertas kerja. Contoh kertas kerja yg sy mampu tnjk kn Rancangan Perniagaan Bakeri.

5. Apabila anda telah mempunyai pengalaman 2 tahun, memiliki dana 10%, dan kertas kerja bakeri (siap atau separuh siap), maka dgn itu dengan yakin nya anda bole menjejaki langkah ke mana2 agensi bantuan perniagaan. Sy pasti anda dgn yakin nya tanpa rasa kekok hadir ke seminar agensi bantuan perniagaan ini

6. Jgn lupa berdoa & berusaha ke arah nya. Jika anda tidak memulakan dgn berjimat ke arah ini (kumpul 10% drpd jumlah permohonan nilai pinjaman). Tidak bekerja dlm bidang yg anda belajari, hanya menuruti persekitaran ke atas kejayaan org lain tetapi bkn atas minat peribadi sebenar. Maka cadangan hanya tggl teori dan bkn praktikal utk dijadikan realiti. Last edited by DeathOwl on 25-5-2013 08:31 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.139202 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list