Cerita ini adalah kisah kehidupan pasangan suami isteri, yang sangat merindukan kehadiran buah hati, iaitu anak-anak
Perkahwinan itu telah berlangsung 4 tahun, namun pasangan suami isteri itu masih belum dikurniakan seorang pun anak. Jiran dari kanan dan kiri mula berbisik-bisik sesama mereka: “dah 4 tahun kahwin masih takde anak. Salah sape ntah. Suami atau isteri ni?”
Tanpa pengetahuan sesiapa pun, suami isteri itu pergi berjumpa doktor untuk mendapatkankhidmat nasihat, dan melakukan pemeriksaan. Hasil makmal menunjukkan bahawa si isteri adalah seorang yang mandul, sementara si suami tiada masalah apa-apa pun. Menurut doktor, tiada harapan bagi si isteri untuk sembuh dan hamil serta mempunyai anak.
Mengetahui hasil itu, si suami mengucapkan : inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, lalu menyambungnya dengan ucapan: Alhamdulillah..
Kemudian, si suami seorang diri memasuki bilik doktor dengan membawa hasil makmal dan sama sekali tidak memberitahu isterinya dan membiarkan si isteri menunggu di ruang menunggu.
Si suami berkata kepada doktor: “Saya akan panggil isteri saya untuk masuk bilik doktor akan tetapi, tolong ya doktor.. nanti tolong jelaskan kepada isteri saya bahawa masalahnya berpunca dari saya, sementara dia tidak ada masalah apa-apa.
Terkejut, doktor menolak dan kehairanan. Akan tetapi suami terus memaksa doktor itu. Akhirnya doktor bersetuju untuk mengatakan kepada si isteri bahawa masalah berpunca dari suami dan bukan ada pada si isteri.
Suami memanggil isteri yang telah lama menunggunya, dan nampak pada wajahnyakesedihan dan kemuraman. Lalu bersama si isteri dia memasuki bilik dokter. Maka doktor membuka sampul surat hasil lab, lalu membaca dan mentelaahnya,dan kemudian ia berkata “….Oooh,kamu wahai fulan yg mandul, sementara isterimu tidak ada masalah,dan tidak ada harapan bagimu untk sembuh.
Mendengar pengumuman si doktor, suami berkata : Innalillahi….
Dan terlihat pada raut wajahnya wajah seseorang yg menyerah kepada qadha dan qadar Allah SWT.
Lalu… Pasangan suami isteri itu pulang kerumahnya dam secara perlahan namun pasti, tersebarlah berita tentang rahsia tersebut kepara tetangga,kerabat dan sanak saudara.
Lima tahun berlalu dari peristiwa tersebut dan sepasang suami isteri bersabar, sampai akhirnya datanglah detik-detik yg sangat menegangkan, di mana sang isteri berkata kepada suaminya: “Wahai fulan,saya telah bersabarselama Sembilan tahun, saya tahan-tahan untuk bersabar dan tidak meminta cerai darimu, dan selama ini semua orang berkata: “betapa baik dan solehah-nya si isteri itu yang terus setia mendampingi suaminya selama sembilan tahun,padahal dia tahu kalau dari suaminya,ia tidak akan memperoleh keturunan”.
Namun, sekarang rasanya saya tidak dapat bersabar lagi, saya ingin agar awak segera menceraikan saya,agar saya boleh menikah dengan lelaki lain dan mempunyai keturunan darinya, menimangnya dan mengasuhnya..
Mendengar emosi isterinya yang memuncak,si suami berkata: “Isteriku, ini cubaan dari Allah SWT,kita mesti bersabar,kita mesti…mesti…dan mesti…”.
Akhirnya sang istri berkata: “OK, saya akan tahan kesabaranku satu tahun lagi, ingat, hanya satu tahun, tidak lebih”. Si suami setuju,dan dalam dirinya,di penuhi harapan besar, semoga Allah SWT memberi jalan keluar yang terbaik bagi keduanya.
Beberapa hari kemudian,tiba-tiba sang isteri jatuh sakit, dan hasil lab mengatakan bahawa dia mengalami kegagalan ginjal. Mendengar keterangan tersebut, jatuhnya moral sang istri, dan mulailah memuncak emosinya, ia berkata kepada suaminya: “Semua ini gara-gara kamu,selama ini aku menahan kesabaranku, dan jadilah sekarang aku seperti ini, kenapa selama ini kamu tidak menceraikan saya, saya kan ingin punya anak, saya ingin memomong dan menimang bayi, saya kan…saya kan…”.
Di saat2 yang genting itu,tiba-tiba suaminya berkata:”Maaf, saya ada tugas keluar negeri,dan saya berharap semoga awak baik-baik sahaja”. “Haaa,pergi?”. Kata si istri. “Ya, saya akan pergi kerana tugas dan sekalian mencari penderma ginjal, semoga dapat”. Kata sang suami.
Sehari sebelum pembedahan, datanglah si penderma ketempat sang isteri. Maka di sepakatilah bahawa esok akan di lakukan pembedahan pemasangan ginjal dari si penderma. Saat itu si isteri teringat suaminya yang pergi, dia berkata dalam hatinya : “Suami apakah dia, isterinya pembedahan, dia pergi meninggalkan diriku,terkapar-kapar kesorangan dalam bilik bedah”.
Pembedahan berjalan dengan sangat baik, Setelah satu minggu, suaminya datang, dan nampaklah pada wajahnya tanda-tanda orang yang kesakitan.
Ketahuilah bahawa si penderma itu tidak ada lain orang melainkan si suami itu sendiri. Ya,suaminya telah mendermakan satu ginjalnya untuk isterinya,tanpa sepengetahuan si isteri, dan siapapun selain doktor yang di pesannya agar menutup rapat rahsia tersebut.. Dan Subhanallah…
Setelah sembilan bulan dari operasi itu,si isteri melahirkan anak. Maka bergembiralah suami isteri tersebut,keluarga besar dan para tetangga.
Pada suatu hari,sang suami outstation, dan dia lupa menyimpan buku hariannya dari atas meja, buku harian yang selama ini dia sembunyikan. Dan tanpa sengaja si istri terjumpa buku harian tersebut, membuka-bukanya dan membacanya.
Hampir saja dia terjatuh pingsan saat mengetahui rahsia tentang diri dan rumah tangganya. Ia menangis meraung-raung. Setelah agak reda, dia menelefon suaminya,dan menangis sekuat-kuatnya. Dia berkali-kali mengulang permohonan maaf dari suaminya, Sang suami hanya dapat membalas suara telepon isterinya dgn menangis pula.
Dan setelah peristiwa tersebut selama beberapa waktu, si isteri tidak berani menatap wajah suaminya, tidak ada kekuatan untuk memandangnya sama sekali,jika ada keperluan dia berbicara dengan menundukan mukanya…..
|