CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3031|Reply: 2

Apakah Jangkitan Pundi Kencing?

[Copy link]
Post time 18-3-2013 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagaicystitis atau keradangan pada pundi kencing. Jangkitan pundi kencing kebiasaannya berlaku pada golongan wanita dan ianya jarang berlaku kepada golongan lelaki.

Berdasarkan kajian, kira-kira 20% dari semua wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka. Walaubagaimanapun, risiko golongan lelaki untuk mendapat cystitis ini juga boleh meningkat apabila meningkatnya umur mereka hingga ke satu tahap  berlakunya peningkatan saiz prostat.

Hingga ke hari ini doktor masih belum bertemu jawapan yang tepat mengapa golongan wanita lebih berisiko mendapat jangkitan pundi kencing berbanding lelaki. Kesimpulannya, mereka beranggapan bahawa ia kemungkinan disebabkan wanita mempunyai urethra yang pendek.

Urethra ialah satu saluran yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing. Laluan yang singkat ini, iaitu lebih kurang satu inci setengah, menyebabkan bakteria mudah untuk masuk semula ke dalam pundi kencing.

Kebiasaannya, jangkitan pundi kencing tidaklah serius jika ianya dirawat dengan segera.

Tetapi bagi sesetengah individu, jangkitan ini boleh kembali berulang. Walaupun jarang berlaku, jika jangkitan pundi kencing kerapkali berulang, ini akan menyebabkan berlaku pulajangkitan pada buah pinggang. Pada tahap yang lebih serius, ianya juga boleh menyebabkan berlakunyakerosakan pada buah pinggang.

Jadi sangat penting untuk merawat punca yang menyebabkan berlakunya jangkitan pundi kencing. Dengan merawat puncanya, ia merupakan langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan daripada kembali berulang.

Bagi golongan orang tua pula, jangkitan pundi kencing adalah sukar untuk didiagnosis. Ini kerana gejala-gejalanya adalah kurang khusus dan sering dianggap sebagai faktor usia.

Jadi bagi golongan ini, perhatikan jika kerap berlakunya kencing secara tiba-tiba, atau tindakannya agak lembap dan sering keliru, maka harus dibuat pemeriksaan oleh doktor untuk melihat apakah berlakunya jangkitan pundi kencing.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2013 10:04 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 11:05 AM | Show all posts
O..memang majoriti yang kena jangkitan pundi kencing ni perempuan. Saya sendiri pernah mengalaminya..sangat perit..lepas tu buat rawatan alternatif..after buat beberapa treatment keadaan semakin pulih..now dah ok..

saya buat treatment dekat sini:-

THETOLE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058795 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list