CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4129|Reply: 10

Masalah Fibroid

[Copy link]
Post time 18-3-2013 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Koordinatorklinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln,  Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka  hamil kerana perutnya yang buncit.

Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.

“Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

“Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk.  Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita  hampir setiap lima minit.

“Insiden darah terkena pakaian juga  terlalu lazim, biarpun sudah  masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan  duduk kerana risau akan ‘kebocoran’.

“Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil  cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan  sakit.

“Hendak berjalan pun dirasakan sukar,” dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.

Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi  mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak  dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.

“Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut.  Jadi setiap kali  berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia  bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan,” kongsi Shakinah.

Keguguran

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap  endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium  tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga  dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis  dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk  menghentikan haid sehingga enam bulan.

“Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya  makan tetapi fibroid  tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu,” katanya yang berkahwin  pada tahun 2006.

Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof.  Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat  buah kumango atau Star Apple.

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan  Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi  elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

“Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan  daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani  mencubanya.

“Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya  tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.

“Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim  saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar  untuk melakukan imbasan  bunyi.

“Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga  sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter,” kenang Shakinah.

“Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya  boleh menyarungkan  baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan  diri sendiri,” tambahnya.

Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.

“Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu  tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur  belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan,” ujarnya positif.

Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 04:58 PM | Show all posts
ir herba ini unik kerana khasiatnya yang tersendiri. Kajian telah dibuat di Universiti Tempatan dan di Kolej Lincoln. Mempunyai ciri-ciri terapi yang baik. Kajian air herba yang dijalankan ini memberi kesan yang baik pada pesakit. InsyaALLAH. Buah ini diproses 100% tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan amat baik digunakan sebagai minuman air herba untuk kesihatan. Tiada kesan sampingan.


Kelebihan Buah Kumango :-

  • Kanser (Termasuk Kanser Payudara)
  • Fabroid (Ketumbuhan)
  • Buasir dan Berak Berdarah.
  • Sakit sendi dan Kekejangan.
  • Kencing Manis.
  • Penyakit Jantung.
  • Panas Badan.
  • Denggi dan Malaria.
  • Gout.
  • Bisul dan Nanah.
  • Masalah Penghadaman.
  • Melancarkan darah.
  • dan lain-lain.


» Jika penyakit berlarutan, dapatkan nasihat doktor.


Panduan Penggunaan:-

2 kali sehari (pagi 50ml & malam 50ml)
*Boleh di minum sebelum atau selepas makan. Lebih mujarab di minum sebelum makan.
**Sila goncang sebelum minum.


Harga:-

Semenanjung Malaysia:-
RM99+RM20(Pos)

Sabah & Sarawak:-
RM119+RM20(Pos)

Republik Singapura:-
SGD$90.00 (Termasuk Pos)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 04:59 PM | Show all posts
ni ke TT. buah yg di maksudkan tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 11:09 AM | Show all posts
ni tentang masalah fibroid ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 07:57 PM | Show all posts
girly.. posted on 25-3-2013 04:58 PM
ir herba ini unik kerana khasiatnya yang tersendiri. Kajian telah dibuat di Universiti Tempatan dan  ...

u jual benda ni ker??????
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 09:29 AM | Show all posts
ogata posted on 7-7-2013 07:57 PM
u jual benda ni ker??????

alah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

xlah... sy google produk kumango yg TT citer tuh.. tp dia x plak reply..btl ke x produk tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 07:06 AM | Show all posts
saya ada multiple large fibroid. rasa nak cuba pulak. nak beli kat mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:18 AM | Show all posts
susah betul kalau dah ada fibroid ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2013 09:56 PM | Show all posts
Kalo nak kecikkan fibroid dan cyst bole try GLA complex dan Vitamin E supplement dari Shaklee. .http://dnarsampang.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 05:15 PM | Show all posts
menurut kajian kebanyakkan wanita yang manghadapi masalah fibroid adalah wanita yang tidak berkahwin, wanita yang mempunyai masalah kesuburan atau mandul. oleh itu digalakkan kepada wanita agar mengamalkan suppliment yang dapat membantu menstabilkan hormon dalam badan. selalunya wanita yg mengalami masalah sukar hamil atau haid tidak teratur yang boleh akibatkan kemandulan adalah disebabkan hormon tidak stabil.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah mngandung boleh minum x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.062763 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list