CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20724|Reply: 9

Bahaya Insulin

[Copy link]
Post time 22-3-2013 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda merupakan seorang pesakit kencing manis dan telah dipreskripsikan dengan insulin, atau telah beralih kepada insulin jenis baru, anda mungkin bimbang tentang kesan-kesan sampingannya.
Anda juga mungkin telah atau sedang mengalami beberapa kesan sampingan tetapi tidak tahu dari mana puncanya. Artikel kali ini akan dapat membantu anda untuk memahami kesan sampingan akibat dari pengambilan insulin.
Apakah kesan-kesan sampingan insulin?
Kesan sampingan pengambilan insulin di kalangan pesakit kencing manis jarang berlaku, tetapi apabila ianya berlaku, reaksi alahan boleh menjadi teruk dan boleh menimbulkan risiko yang ketara kepada kesihatan.
Jika anda mengalami reaksi alahan ringan seperti bengkak, gatal atau kemerahan di sekitar tempat suntikan, anda dinasihatkan agar dapatkan khidmat nasihat dari doktor yang merawat anda. Kesan sampingan lain ialah loya yang berterusan dan muntah adalah tanda-tanda alahan yang disebabkan oleh insulin.
Bagaimana saya tahu jika insulin saya berfungsi?
Apabila mengambil insulin, pesakit diabetes dinasihatkan oleh pakar-pakar untuk sentiasa memeriksa paras glukosa darah menggunakan kit ujian.
Jika ujian glukosa darah menunjukkan turun naik atau melebihi purata tahap gula dalam darah, itu menunjukkan bahawa kencing manis anda tidak terkawal dan bermakna pemberian insulin tidak berfungsi.
Mengelakkan jangkitan apabila mengambil insulin
Apabila mengambil insulin, anda boleh untuk mengelakkan jangkitan dengan menggunakan jarum pakai buang dan picagari, dan mensterilkan sebarang peralatan yang boleh diguna semula.
Adakah sesetengah ubat berinteraksi dengan insulin?
Sesetengah ubat yang diketahui boleh bertindakbalas dengan insulin, dan pesakit kencing manis harus berhati-hati dengan senarai ini. Doktor anda harus menyediakan maklumat terperinci bagaimana apa-apa ubat tambahan yang diberikan boleh menjejaskan fungsi insulin.
Sesetengah ubat-ubatan yang diketahui boleh mempengaruhi fungsi insulin adalah seperti yang ditunjukkan di bawah, tetapi anda harus berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut:
  • ACE inhibitor – Accupril dan Lotensin
  • Steroid anabolik – Anadrol-50
  • Appetite suppressants - Tenuate
  • Aspirin
  • Beta-ubat menyekat tekanan darah – Tenormin dan Lopressor
  • Diuretik – Lasix dan Dyazide
  • Adrenalina (EpiPen)
  • Estrogen – Premarin
  • Isoniazid (Nydrazid)
  • Major tranquilizers - Mellaril dan Thorazine
  • MAO inhibitor (antidepresan Nardil dan Parnate)
  • Niacin (Nicobid)
  • Octreotide (Sandostatin)
  • kontraseptif oral
  • Ubat oral untuk diabetes – Diabinese dan Orinase
  • Phenytoin (Dilantin)
  • Ubat-ubatan steroid – Prednisolone
  • Antibiotik sulfa – Bactrim dan Septra
  • Ubat Tiroid – Synthroid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2013 08:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 11:38 PM | Show all posts
bagi kebanyakan orang insulin adalah SELAMAT! dan amat PENTING!
jika paras gula masih tak terkawal pada permulaan, ini mungkin disebabkan dose yang optimal belum dicapai, atau disebabkan penyakit.
dan kite kena faham ia ambil masa untuk mencari dose and jenis insulin yang sesuai untuk kite.
lepas discharge pun kena terus monitor.
LECEH, TAPI IA PENTING
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 11:41 PM | Show all posts
Saya rasa pesakit sememangnya sudah sangat panik bila nak start insulin..tak baik kita menakut-nakutkan mereka dengan fakta yang tidak betul 100%nya..
Yang penting untuk pesakit, kenalah makan dan cucuk insulin ikut masa yang ditetapkan..jumpa doctor mengikut appointment..
Jangan sesekali tinggalkan insulin tanpa kebenaran doctor..
dan kena jumpa pegawai dietatik jika ambil insulin. Besar manfaatnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 12:57 AM | Show all posts
selain rawatan saintifik, ada x rawatan tradisional yg boleh diamalkan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 07:07 PM | Show all posts
musliadiadnan posted on 23-7-2013 12:57 AM
selain rawatan saintifik, ada x rawatan tradisional yg boleh diamalkan?

Rawatan alternatif mmg ada dan selamat dari bahan kimia, steroid dan dadah yang mana jika diambil dalam tempoh yang lama akan menjejaskan tubuh manusia.
Sila ke facebook https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre untuk maklumat lanjut tentang kaedah rawatan merawat penyakit kencing manis menerusi kaedah rawatan AYURVEDA (ISLAMIK) yang dipelopori oleh Dr Luqman - pengamal perubatan AYURVEDA. Beliau juga boleh dihubungi di 014 6332307.  
Di facebook ini juga https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre terdapat artikel tentang risiko pengambilan insulin yang dipetik dari majalah What Doctors Don't Tell You.
Selain itu Dr Luqman juga ada menulis artikel tentang 'PERANAN HERBA UNTUK PESAKIT DIABETIK'.  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2013 07:10 PM | Show all posts
Artikel Dr Luqman ini dipetik dari: https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre


PERANAN HERBA UNTUK PESAKIT DIABETIK

Seperti yang telah didedahkan oleh media beberapa bulan lepas terdapat hampir 800,000 pesakit diabetic di seluruh negara yang berdaftar. Ini bermakna jumlah keseluruhan pesakit diabetic adalah jauh lebih banyak dari jumlah yang dipaparkan.

Pernahkah anda terfikir, kalau rawatan konvensional yang menggunakan bahan kimia untuk mengawal diabetic itu bagus, kenapa saban hari pesakit diabetic mengalami komplikasi seperti lemah batin, lumpuh, sakit buah pinggang, katarak dan lain lain lagi. Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah ujudnya “kesangsian” terhadap cara rawatan menggunakan bahan kimia untuk pengawalan penyakit diabetic dan adakah rawatan konvensional itu berkesan? Mungkin berkesan untuk jangkamasa yang singkat tapi rawatan penyakit diabetic bukan sekadar mengawal gula dalam darah.

Kebanyakkan pesakit diabetic menganggap bahawa kalau bacaan gula dalam darah kurang dari 7 maka diabeticnya itu dalam keadaan ‘ELOK’!!! Sebenarnya tidak, walaupun diabetic berjaya dikawal dengan penggunaan kimia moden, masalah lain pula menular seperti masalah urat saraf, kebas, lemah badan, kerosakkan pada mata, buah pinggang dan lain lain lagi….

Herba-herba dari alam semula jadi boleh membantu dalam proses pemulihan dan penjagaan kesihatan pesakit diabetic dengan lebih berkesan kalau digabungkan dengan rawatan conventional yang sedia diamalkan oleh pengidap diabetic. Ingat!!! HERBA BUKAN UBAT KIMIA …TETAPI….HERBA IALAH BAHAN MAKANAN YANG DICIPTA OLEH ALLAH S.W.T YANG BOLEH MEMULIHKAN TAHAP KESIHATAN SECARA SEMULAJADI KALAU DIAMALKAN BERTERUSAN…

TUJUAN MEMAKAN HERBA- HERBA DARI LUQMAN HERBS CENTRE

1. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah
2. Mencegah masalah urat saraf dan membantu dalam pemulihannya
3. Menguatkan daya tahan badan
4. Mengelakkan lemah batin bagi lelaki dan wanita
5. Mempercepatkan pemulihan dari kesan negatif penyakit diabetic

Cadangan herba herba Luqman

1. NKC - mengawal gula
2. SKC - mengawal gula dan memulihkan urat saraf
3. AVP - melancarkan perjalanan tenaga dan menguatkan badan
4. WITSOM - mengembalikan kekuatan badan dan kecergasan
5. PKV - memberi perlindungan kepada segala organ badan dan menguatkan tenaga batin pengidap diabetic

Cadangan tempoh rawatan:
6 bulan ke setahun untuk kesan maksima

HERBA-HERBA LUQMAN HERBS CENTRE:
'Tanpa KIMIA, PEWARNA dan produk adalah HALAL'. Last edited by Senduduk_Putih on 23-7-2013 07:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:26 AM | Show all posts
Senduduk_Putih posted on 23-7-2013 07:10 PM
Artikel Dr Luqman ini dipetik dari: https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre

...


Saya hadiahkan stokin ajaib vken ni kat mak ngan ayah saya.... dlm tempoh 2 minggu kencing manis dari bacaan 14 dh turun kepada 7....  so dah xperlu makan ubat sepatutnya...  harga mahal skit..tp berbaloi la leh tahan 4-5 tahun...

penerangan saintifik bila pakai stokin ni
bila pakai stokin ni, salur darah yang tersumbat akan terbuka, kadar oksigen akan bertambah, so pankreas yg mengeluarkan insulin tu akan kembali bertugas secara normal sebab saluran darah yg kat pankreas tu dah clear, tidak tersumbat, oksigen ke organ pankreas tu pun cukup.....  

sesapa berminat nak dapatkan stokin ni leh sms/whatsapp saya 019-2271637 Last edited by kelisa2006 on 14-11-2013 09:28 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 10:41 PM | Show all posts
apa side effect bila pesakit kencing manis tak mau cucuk insulin pulak?

mari bincangkan. jeng3
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 09:43 AM | Show all posts
btolll ker amik insulin lbh baik dr ubat? dgr cakap2 orang insulin tu mmg sebahagian dr rembesan dlm badan utk naturalkan gula...so akibatnya tak seteruk amik ubat....kalu ubat lak lelama dia akan beri kesan pada buah pinggang...ader btol ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045869 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list