View: 2168|Reply: 0
|
Senaman Merawat Ketagihan
[Copy link]
|
|
Ketagihan boleh datang dalam apa-apa bentuk, ketagihan dadah, alkohol, seks, membeli belah atau apa sahaja. Adakah dengan menambah senaman boleh mengurangkan ketagihan?
Kajian menunjukkan menambah senaman mungkin membantu menguatkan rawatan yang diberi. Apabila seseorang individu cuba untuk pulih daripada ketagihan, tubuh dan minda cuba melupakan apa yang merembeskan endorfin dalam otak yang menyebabkan rasa ‘high‘ atau ketagihan.
Apabila seseorang cuba mengurangkan sesuatu ketagihan melalui rawatan yang diberi, dia berkemungkinan berdepan tekanan semasa proses penarikan. Sama seperti seorang yang dah biasa merokok, tiba-tiba berhenti merokok, akan berlaku gejala tarikan yang mungkin menyebabkan timbulnya masalah lain. Aktiviti yang ditagihkan sebelum ini menyebabkan endorphin dirembeskan. Senaman juga menyebabkan endorphin dirembeskan. Proses memindahkan rasa ketagihan itu akan mengambil masa.
Kajian menunjukkan senaman mengurangkan tekanan. Jadi tekanan yang disebabkan gejala penarikan dapat dikurangkan dengan bantuan senaman. Kajian ditunjukkan dengan sekumpulan perokok yang dimasukkan senaman dalam proses berhenti merokok mengambil masa yang singkat untuk berhenti.
Namun, senaman bukan jalan penyelesaian untuk masalah ketagihan. Ketagihan dadah dan sebagainya mungkin memerlukan rawatan tertentu dan senaman hanya membantu dalam proses rawatan.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|