View: 5592|Reply: 1
|
Fesyen Muslimah tidak terhad
[Copy link]
|
|
Jika bijak mengolah, busana yang bermotifkan bunga-bungaan sememangnya mampu mencuri perhatian ramai.
Namun, padanan corak dan kesesuaian potongan harus diambil kira untuk mengenakannya dengan pelbagai saiz badan.
Ditambah pula dengan kekemasan jahitan dan keunikan idea, busana bercorak bunga-bungaan ternyata punya daya tarikan tersendiri.
Bagi pengasas Ummiriaz Collection, Azura Shafawi, sedikit pengubahsuaian harus dilakukan dalam pemilihan kain untuk disesuaikan dengan motif bunga-bungaan bagi melahirkan idea cukup menarik.
![](http://www.hmetro.com.my/articles/FesyenMuslimahtidakterhad/pix_topright)
“Saya gemar menghasilkan kelainan terutama apabila membabitkan pilihan corak kain. Kebiasaannya, saya meletakkan corak kain di tengah badan busana.
“Walaupun sukar terutama apabila memotong kain, ia membuatkan hasil akhir lebih menyerlah dan menarik,” katanya.
Koleksi rekaannya banyak menggunakan lcyra dan kapas sebagai bahan utama kerana ia memberikan lebih keselesaan kepada pemakai terutama bagi mereka yang menggaya­kan rekaan sepanjang hari.
Menariknya, corak kain yang diketengahkannya tidak sama bagi setiap koleksi manakala kain itu pula kelihatan terletak pada tubuh.
“Tekstur kainnya yang berat membuat­kan bentuknya lebih sekata apabila dipakai. Potongan kembang yang digunakan pada kain pula akan membuatkan setiap langkah lebih beralun dan cantik.
“Pada masa sama, kombinasi warna kain yang berlainan turut memberikan kelebihan kepada tukang jahit,” katanya.
Gaya fesyen Muslimah kini tidak hanya terhad kepada rekaan tradisional kerana ia boleh diberikan suntikan moden yang mampu menyerlahkan kelebihan busana.
Blaus, jubah polos serta gaun jubah antara rekaan yang boleh dijadikan koleksi pilihan untuk gaya harian dan juga ketika menghadiri majlis keraian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi u allz...
manja just wondering..
ade x antara u allz yg sporty..tp pakai tudung...
manja suke pakai bj ala2 sporty sbenarnye..
tp lost..la kalau nak ssuai kan dgn tudung...
kalau u all ade gambar bleh la share kat sini...
thanx...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|