CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4535|Reply: 18

Papa buat boleh.....

[Copy link]
Post time 18-4-2013 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Terbaca artikel ini di FB tadi dan tergerak untuk share bersama semua ibubapa di sini.  Semoga kita semua mengambil iktibar.  

SEBAGAI PERINGATAN !!!

Papa buat kat Mama boleh?

December 15th, 2009 at 10:46 am (Petua Anak)

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu dimana pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu!!!!!!!!!”

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok, tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang.



Last edited by belita on 18-4-2013 09:18 PM

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 07:45 PM | Show all posts
tentu mama papa make love depan anak2.. gelojoh sgt... bilik ada tak mau guna
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:22 AM | Show all posts
aku lebih rela make love dalam toilet daripada buat depan anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 02:08 PM | Show all posts
same here..malula anak nmpk even dh off lampu pon mesti tunggu sampai anak tido,confirm tido br buat,tu kes kalau tido sebilik,tp xleh dia satu katil..dia akan tido bwh,atas tilam..but now sekrg since umo dia 4 tahun mmg dia tido bilik asing dh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 10:13 AM | Show all posts
waddehel!!!!
errr tapi kat taska anak bel pun penah jd lebih kurang gini..cikgu bgtau sbb budak lelaki tu tuduh anak bel pegang buttock budak pompuan tu. Bila cikgu tanya kawan2 lain, semua kata bukan anak bel buat tapi budak lelaki tu. Rupanya dah beberapa kali budak tu buat gitu. Bel tanya bgtau parents tak? cikgu kata dh bgtau tp mak dia buat mcm marah2 sayang gitu...relax aje...

Bel bgtau cikgu sila pantau. Kalau berlaku lagi bel nk bgtau pengusaha taska supaya keluarkan itu budak dr taska.
Bila cikgu risik2 rupanya budak lelaki tu dah biasa geli2 dgn kakak dia...uwaaaa sedihnya!!!!
Nasib baik tak lama lepas tu budak tu n akak dia keluar dr taska tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 10:29 AM | Show all posts
beldandy posted on 26-4-2013 10:13 AM
waddehel!!!!
errr tapi kat taska anak bel pun penah jd lebih kurang gini..cikgu bgtau sbb budak lel ...

uiiii..geli2 camne tuh bel..mase misz zaman2 remaja dulu,mak misz ade jaga anak cikgu beberapa org,ade sorg budak laki ni umo 3 tahun suh sorg budak pompuan 2 tahun baring then dia g duduk atas perut budak tu,main mak2 ayah2..kitorg nmpk trus jerit,ckp kt mak budak laki tu,dia ckp anak2 dia sume jenis yg tido lewat sbb tgk cd,mak pak tido dlm bili,anak2 kt luar tgk cd tido lewat kol 2,3 pagi,cd dh la berlambak2 then diorg tau pasang sendiri..agaknye adelah tu cd lucah terletak kt situ dan diorg g pasang tu..tu yg jd gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2013 02:41 PM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 26-4-2013 10:29 AM
uiiii..geli2 camne tuh bel..mase misz zaman2 remaja dulu,mak misz ade jaga anak cikgu beberapa org ...

bel pun dah ingat2 lupa kes tu..bel puas cari discussion bel dgn member td kat fb tp tak jumpa...
kalau tak silap bel budak tu di ajar oleh kakak dia..umur rasanya dlm 12 ke 13 thn gitu la...
bogel2 dlm bilik rasanya...
tp sbb kan kes tu bel mmg bg ceramah panjang kat anak bel...

kalau tak silap puncanya bel tgk anak lelaki bel meniarap atas adik dia...bila bel tanya dia kata kawan dia kat sekolah ajar...
pastu bel soal siasat la seterusnya...tu yg dpt tau tu...
masa tu puas la bersoal jawab bel dgn anak. dia ingat main biasa2...sbb masa tu umur 4 thn.
pastu cikgu dpt tahu dr budak tu yg dia n akak dia tgk kat tv...
bel tahu anak bel bukan dpt benda2 tu di rumah sbb setiap apa yg mereka tgk bel pantau
dan kitorang nak make love akan tunggu mereka tido n buat dlm bilik lain. So i'm sure of it.
rasa terkujat pun ada mis...
Tapi alhamdulillah lepas bel terangkan tu anak bel dah faham...and bel takde nampak dia buat benda bukan2 lg...
in fact bel rajin tanya aktiviti masa kat taska...
bel akan tanya secara berkala samada ada tak sesiapa yg pegang private part mereka atau mereka ada pegang org lain punya tak.
then bel bgtau itu sume salah..dose....

ngeri kan?

aaaa dah ingat skit....
budak tu penah jilat2 akak dia punya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 02:49 PM | Show all posts
beldandy posted on 26-4-2013 02:41 PM
bel pun dah ingat2 lupa kes tu..bel puas cari discussion bel dgn member td kat fb tp tak jumpa...
...

aaaaa??jilat???umo brp budok tu..adoiiyaii..itu yg risau sgt budak2 zaman sekrg..kami pon mase dia baby je la kot pernah ML depan anak,tu pon make sure dia dh tido betol2 br buat..bila dia dh besar sikit,start setahun lebih,2 tahun,nk ML hubby akan angkat dia masuk bilik lain bila dia dh tido,br ML..pintu wajib tutup..mmg x merasa langsung anak2 tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 03:02 PM | Show all posts
kesian daniel tidak sempat melakukan apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:06 PM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 26-4-2013 02:49 PM
aaaaa??jilat???umo brp budok tu..adoiiyaii..itu yg risau sgt budak2 zaman sekrg..kami pon mase dia ...

mmmm bape ek umur budak tu....rasanya dlm 4 ke 5 tahun gitu...
pastu masa tu kecoh la juga..pengusaha (bdk2 panggil mama) buat perjumpaan tergempar dgn mereka2..dan siap bgtau ada bgtau polis. pastu pujuk budak tu buka citer...
yg sedihnya mak pak budak tu buat relax je takde rasa bersalah.
cikgu tu ckp bila depa ngadu kat mak budak tu, mak budak tu sekadar nanti mama ckp dgn abah dia! biar abah rotan dia...
gitu je!!!!!

nasib baik budak tu pindah taska dah...lepas pd tu mmg takde dah kes2 gitu berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:41 PM | Show all posts
Errr.....scarynye baca cerita mcmni
Semoga anak kita dijauhkan dari perkara2x seperti ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 09:33 PM | Show all posts
kdg2 mak bapak sstengahnya nak ML tu mcm lah xda bilik lain dlm satu rumah.mcm aku pastikan anak tido n akan bpindah dlm bilik lain.dpn anak xdanya aksi bukan2. sbb otak budak ni mcm span.mudah serap.

lg satu salahnya mak bapak..dh kawin tp suka simpan koleksi dvd lucah.alasan nak belajar skill.menipu beno..tgk lah 100 dvd pun skillnya benda yg sama..dah boleh hafal dah.ckpjelah nak buat jamu mata sdiri.alasan bodoh bg aku.sbb ni blakau kat anak sedara aku aku masih kecik.dlm drjh 3 dulu. siap tunjukkan aksi.mak bapak dia xtahu.dia cite kat aku.dia slalu diam2 tgk.kalo dia xcite tgk je pastu nak mencuba?? salahkan sape??pastu aku melertkan panjang sikit cite nak ada bf x..bukan main pnjg leretnya cite.

mak bapak skrg,anak2 dulu mmg lah tgkatan pun kdg2 ada yg xphm.tp budak skrg tadika je dh pandai.kita je ngat anak kita msih bodoh2 lg.sbb tu hbungan anak ngn mak bapak harus mcm lebih pada kwn..diaorg akan lebih tbuka dgn kita cite.dr situ kita leh korek mcm2. mcm aku..adik aku,anak sedara,ipara aku,yg masih remaja..kecik..sbb mudah ckp dgn aku.pkara xsepatutnya pun mtk pjelasan..n tanya tnpa segan silu..so dr situ kita leh masukan unsur nasihat n positif
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 10:54 AM | Show all posts
anak2 aku 2 org ..umur 3 tahun dah start pindah bilik sendiri2.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 12:54 AM | Show all posts
budak kecik tengok bidiyo lucah boleh inzal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 12:57 AM | Show all posts
sekarang take no loji dah canggih, budak-budak seusia tadika lagi sudah mengerti apa itu mengeseks...

100 tahun dahulu ummah 13-14 Tahun dah buleh berkahwin...

hari ini, kahwin lambat-lambat tetapi pendedahan mengenai mengeseks di usia awal sangat
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 09:06 AM | Show all posts
nmpk nyer bapak budak tu yg kena rawatan dl. motif nak menyombong bongkak...nak anak tuh jd *. ngada sgt..mcm la anak tu x tido2..mcm la xde bilik lain. psycho jugak nih klu dah suka je biar anak umur 4 tahun tgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak yg pentingkan diri sdiri camtu lah. X pikir kesan tu pd anak. Tau nk sedap je
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 07:36 PM | Show all posts
penah ada budak kecik lebih kurang umo 5 6 taon kot..datang rumah dengan papa mama nenek dia..budak ni sangat petah mulot bercakap..cot cett cot cet sana sini macam bertih jagung..tengah mak ayah pooh n family dia borak2, pooh ngan akak layan la celoteh dia...

sekali yg kua dari mulot 18SX!

dia cite apa yg papa dia buat kat mama dia dalam bilik..aduhh..satu persatu pulaknye dia cite dengan muka x bersalah langsung..macam tengah cite pasal cite kartun tv..ye la budak kan..agaknye pada dia cite biasa yg x sensitif..terkedu pooh ngan akak dengar..baru intro dia cerita..terus pooh ngan akak tarik tangan dia ke bilik..bagi nasihat baik2 supaya dia x cerita benda2 tu kat orang..x elok..bole pulak dia tanya lagi nape x elok..malas nak soal jawab banyak2..just cakap x elok..budak2 x bole cakap benda macam tu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 04:53 PM | Show all posts
Bahaya...aper2 hal hubungan intim jgn laa kasi anak2 nampak... budak2 kecik lagi laa dia tgk dia apply aper yg dia tgk tuu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.469619 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list