“Turbo” kisah siput rumput memasang impian untuk menangi Indy 500. bila terjadi suatu kejadian aneh memberinya kuasa cemerlang mempercepatkan, Turbo menetapkan untok cuba membuat hasrat ini menjadi realiti
DREAMWORKS Animation kembali dengan mempersembahkan sebuah filem animasi berjudul Turbo yang mengisahkan kehidupan seekor siput bernama Theo yang mengimpikan untuk mempunyai kelajuan luar biasa.
David Soren selaku pengarah menyuntik sebuah filem dengan konsep mudah dan boleh difahami serta sesuai ditonton sesi keluarga.
Turbo membawa penonton melayari kisah kehidupan seekor siput lemah bernama Theo yang tiba-tiba mendapat kuasa kelajuan tinggi selepas terlibat dalam satu kemalangan.
Bagaimanapun, apabila Theo berkawan dengan sekumpulan siput yang moden dan bergaya, Theo menyedari bahawa dia tidak akan berjaya tanpa bantuan kawan-kawannya sebelum ini.
Theo mula membantu kawan-kawannya mencapai impian mereka di samping memasang cita-cita mustahil iaitu menjadi juara perlumbaan Indianapolis 500.
Tidak meletakkan terlalu banyak elemen komedi, sebaliknya Soren meletakkan banyak mesej untuk difahami tidak kira untuk golongan kanak-kanak mahu pun dewasa.
Ia mengajar manusia (walaupun cerita ini berkisarkan siput) tentang erti setia kawan dan elemen kasih sayang.
Turbo juga memperlihatkan kasih sayang seorang abang yang amat risau dengan perubahan adiknya dan biarpun adiknya mula menjadi angkuh, dia tetap menjadi penyokong kuat di belakang adiknya untuk menjadi juara pelumba kereta.
Selain itu, filem ini juga menyemai semangat setia kawan iaitu tidak kira dalam bidang apa yang kita ceburi, selain keluarga, sahabatlah yang banyak membantu untuk kita berjaya.
Filem ini juga mendidik penonton supaya tidak mempersendakan kelemahan orang lain dan tidak memandang enteng terhadap impiannya. Selain itu, jangan sesekali mempunyai sifat iri hati dengan kejayaan orang lain.
Plot mudah difahami
Pernah menghiburkan penonton dengan filem animasi seperti Madagascar dan Kung Fu Panda, filem ini mungkin mengekalkan kemeriahan warna sama seperti dua filem tersebut.
Begitu juga dengan plot yang mudah difahami dan tidak terlalu memeningkan kepala.
Bagaimanapun, jika anda membayangkan Turbo sama lincahnya dengan kedua-dua filem tersebut, anda mungkin akan kecewa.
Ini kerana Turbo membawa sendiri imejnya dengan jalan cerita tanpa elemen komedi di setiap babak.
Anda mungkin akan ketawa tetapi tidaklah secara berlebihan, tetapi masih boleh tersenyum sebaik keluar dari pawagam.
Suara pelakon terkenal
Penonton akan lebih teruja sekiranya mengenal suara pelakon dan pelawak yang memegang setiap karakter kartun adalah mereka yang mempunyai nama besar dalam Hollywood.
Contohnya, suara Samuel L Jackson sememangnya ikonik, apatah lagi apabila memegang watak Whiplash atau rapper Snoop Dog meminjamkan suaranya untuk watak Smoove Move.
Bill Hader sebagai Guy Gagne, pelakon Asia berkarakter Ken Jeong dan suara watak Turbo sendiri dimainkan Ryan Reynolds, mereka semua memberi nyawa sendiri pada perjalanan filem ini.
Tonton seisi keluarga
Menariknya, jika anda impikan sebuah filem yang ringkas dan dalam masa yang sama boleh menghiburkan sesi keluarga, anda seharusnya menonton filem ini kerana filem memang dibuat untuk penonton berhibur dengan elemen dialog ringkas jenaka, karakter comel dan juga pengajaran.
Bagi golongan dewasa, filem ini mungkin tidak ubah seperti filem Cars, Rio, Happy Feet, Monster Inc yang mengangkat subjek selain manusia sebagai taruhan utama.
Namun dalam masa yang sama ia masih mampu menghiburkan, di samping dengan keceriaan warna yang dipamerkan.
Justeru, bagi menyaksikan sendiri kemeriahan Turbo dan apa yang akan terjadi kepada Theo serta impiannya, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda.
citer ni amat sesuai utk tontonan bebudak sbb byk nilai murni dlm filem ni. dan action dlm citer ni pun agak menggerunkan especially masa theo or turbo tengah racing tu. nnngggeeee
apepun aku rs citer ni ade byk persamaan ngan madagascar. kisah 2 ekor garden snail tersesat jauh dr rumah diorg, pastu jumpe 5 org krew city snail yg giler ala ala team penguin tu. tp citer ni mmg menghiburkan dan mmg best. gi lah tgk bawak anak2...
Bawa anak tengok cerita ni semalam - 2 jam dia tak komplen apa apa tu tanda dia enjoy the movie. Graphic cantik dan detail. Cuma tak sekelakar mcm CAR 1 or CAR 2.
Sekarang kami tak sabar nak tengok movie PLANES ;-)