CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 0

Cantik Semulajadi di Pertengahan Usia

[Copy link]
Post time 20-4-2013 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Minyak Evening Primrose atau dikenali ramai sebagai EPO  merujuk kepada minyak yang diperolehi daripada biji tumbuhan Evening  Primrose yang tinggi kandungan asid gama linolenik (GLA) dan tergolong  dalam asid lemak omega-6. Pengambilannya popular di kalangan wanita  ekoran hasil penyelidikan yang menunjukkan ia banyak memberi kesan  positif ke atas masalah berkaitan wanita.

Asid-asid lemak poli tak tepu merupakan komponen penting pada dinding  setiap sel kulit seluruh tubuh. Memperolehi asid-asid lemak poli tak  tepu yang mencukupi penting untuk menjadikan dinding-dinding sel lebih  lembut dan mengurangkan kehilangan air. Kekurangan asid-asid lemak ini  dalam diet akan menjurus kepada kulit kering, memandangkan  dinding-dinding sel akan menjadi kurang berkesan dalam mengekalkan  lembapan serta proses penyembuhan yang lemah.

Sebenarnya pengambilan minyak evening primrose tidak hanya terbatas  kepada wanita, tetapi juga lelaki disarankan di atas masalah-masalah  tertentu. Penghidap ekzema contohnya seringkali mengalami kulit yang  merah, radang, kulit pecah serta merekah dan berdarah. Kawasan lazim  yang terjejas termasuklah muka, jari, jari kaki, siku, lutut serta  mana-mana bahagian tubuh bagi kes-kes yang ekstrem. Kawasan yang  terjejas akan terasa lebih kasar dan kering serta gatal. Bagi kebanyakan  penghidap ekzema, kegatalan merupakan simptom paling teruk.


Kajian klinikal ke atas penghidap ekzema atopi menunjukkan bahawa  minyak evening primrose boleh memperbaiki kelicinan kulit pada kawasan  terjejas serta kawasan yang tidak terjejas.

Asid-asid lemak perlu memainkan peranan penting dalam mengubah keadaan kulit seseorang melalui beberapa cara seperti:

"Ia mewujudkan lapisan berkesan kulit untuk mencegah kehilangan air.  Dengan itu peningkatan paras asid-asid lemak politaktepu dalam kulit  boleh mengurangkan kehilangan air dan memperbaiki masalah kulit termasuk  kelembapan kulit.

"Pengambilan asid lemak politaktepu seperti GLA boleh meningkatkan  paras Prostaglandin dan mengurangkan keradangan kulit (Prostglandin E1  adalah bahan anti radang yang poten yang dihasilkan oleh tubuh apabila  asid lemak mencukupi).

Hasil tindakan antiradang akan mengurangkan tompok kemerahan yang  gatal pada kulit di kalangan penghidap ekzema. Kajian telah membuktikan  perubahan dalam kelicinan kulit di kalangan mereka yang normal dan juga  di kalangan mereka yang mempunyai kulit bermasalah.

Untuk masalah berkait kitaran haid, pengambilanya dicadangkan  memandangkan asid lemak ini membantu mengawal penghasilan prostaglandin.  Ia membantu mengurangkan kesan hipersensitiviti tisu-tisu tubuh  terhadap paras prolaktin yang normal (sejenis hormon dalam tubuh  wanita). Selain itu, penghidap artritis reumatoid juga memperolehi  manfaat dengan pengambilan asid lemak perlu, terutamanya yang  menggabungkan omega-3 dan omega-6.

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.128830 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list