View: 15689|Reply: 17
|
MENIAGA PASAR MALAM...pasar tani...
[Copy link]
|
|
Salam..
Nak tanya dengan otai otai kat sini yang ada pengalaman meniaga pasar malam..
Macam mana nak mula yer?
1.Perlu permit meniaga ker?kalau iya, mana nak dapat tuh dan apa cara..
2.Tapak kena mintak/book atau macam mana ,dan nak mintak pada siapa?
3.Main boleh pacak kedai je ker?..kalau pi pasar malam tuh,masing2x nyer tapak macam dah tetap ajaa...
Tolonglah share pengalaman anda bagai mana cara ...btw ..sy dari JB....
Thanks in advance..!! Last edited by nurabella on 15-5-2013 11:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wslm.
saya bukan peniaga pasar malam..
tapi ramai kawan yang niaga pasar malam.
susah nak dapat tapak kat pasar malam kerana perniagaan pasar malam sangat baik dari segi jualan,
sukar untuk ada tambahan tapak baru.
Biasanya bagi yang nak mula kena baik-baik dengan persatuan pasar malam, pastu Rambo je dekat mana-mana tapak
yang kosong atau tuan tapaknya cuti.
Lepastu cari tapak2 yang hendak di jual. sekiranya harga kena dengan kemampuan t/t boleh la beli.
sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
sumayyah29 posted on 15-5-2013 12:28 PM
wslm.
saya bukan peniaga pasar malam..
tapi ramai kawan yang niaga pasar malam.
tapak tuh kena BELI ????? bukan sewa or free eh?
range dia brp eh?
dgr kata ramai jutawan senyap pasar malam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Gi tanye mbjb..depa yg aturkan tapak suma tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
tagas posted on 15-5-2013 04:37 PM
Gi tanye mbjb..depa yg aturkan tapak suma tue..
ada pengalaman ker......cuba share ngan kami forumer di sini .. |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman sendirik x de ler..dgr member nyer citer..cuba tanye bhg perlesenan mbjb..insyaallah kalo ade kosong dpt ler.. kalo ade org dlm lg senang Last edited by tagas on 16-5-2013 10:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam TT,
SN ni meniaga pasar malam.baru nak masuk 2 tahun.pasar malam mana2 pun nak masuk memang semacam ada rule yg peniaga2 lama buat.rule nya ialah,yg penting kalau kita masuk dgn cara beli tapak, dgn tenang n senang peniaga2 ni terima kehadiran kita.tp kalau kita masuk dgn cara sabar n duduk selesa plak meniaga tempat peniaga tak datang, memang kita akan di ancam n dikecam jika kita dpt berniaga tambahan tempat strategik plak. ini pengalaman SN sndiri.
Dlm smgg SN meniaga 6 hari.dan cuma 1 tempat jer SN beli tapak. lain2 tempat dapat duduk free kerana berkat kesabaran dan 'buat bodoh' jer.yg penting bila kita tgk ada tempat kosong kita makesure tuan asal tak datang n bukak jer jgn pandai2 mata nak pandang peniaga lama.sbb kalau kita org baru bila kita cuma nk berkawan ngan org lama n kita pandang2 dorang,dorang akan pandang kita balik dgn pandangan sinis.macam kita buat salah plak.
selamat berniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
snzb_online posted on 19-5-2013 09:25 AM
salam TT,
SN ni meniaga pasar malam.baru nak masuk 2 tahun.pasar malam mana2 pun nak masuk memang s ...
ooo..mcm tu ke.Baru nak mula secara rainbow Jumaat ni.Harapnya xder masalah |
|
|
|
|
|
|
|
zuraida8177 posted on 20-5-2013 11:02 AM
ooo..mcm tu ke.Baru nak mula secara rainbow Jumaat ni.Harapnya xder masalah
awak redah jer.nak seribu daya.bila kita dah bukak sekali,kita dah terbiasa dgn tempat tu then next time takde masalah dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
rainbow ke rambo ? hehehheh...
dulu saya pernah posting tentang macam mana nak mohon tapak pasar tani.
kena cari baliklah dah lupa thread yang mana satu |
|
|
|
|
|
|
|
snzb_online posted on 20-5-2013 02:33 PM
awak redah jer.nak seribu daya.bila kita dah bukak sekali,kita dah terbiasa dgn tempat tu then nex ...
Boleh tahu awak berniaga apa?Jam berapa awak datang berniaga ke tempat yang bukan tapak awak tu?Macam mana awak pastikan peniaga sebenar tu xdatang?Kawan suami saya kata jam 6.30ptg baru boleh buka payung kalau nak berniaga secara ranbow ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
alzan posted on 20-5-2013 03:20 PM
rainbow ke rambo ? hehehheh...
dulu saya pernah posting tentang macam mana nak mohon tapak pasar ta ...
rambow ler bukan rainbow.salah eja.patut la mcm ada yang tak kena je.TQ tolong betulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
zuraida8177 posted on 21-5-2013 10:16 AM
Boleh tahu awak berniaga apa?Jam berapa awak datang berniaga ke tempat yang bukan tapak awak tu?M ...
saya meniaga makanan.meniaga murtabak.biasanya datang awal.kalau pasar malam start kul 5, kul 4.30 dah ada situ.kita aim tempat mana yg kosong n owner belum datang.kita terus parking situ la.pasar malam yg saya join ni senang sbb kws lalu lalang luas, so van senang masuk.sesetgh pasar malam laluan dia kurang 5 kaki so kena angkut barang.
dgn peniaga lama pn seeloknya kita buat kawanla.tanya2,tegur2 jangan malu,jgn sombong.kadang dorang akan tolong suggestkan tempat utk kita.
untungnya saya ni sbb org lama pasar malam ni kenal parents saya.so senang laa saya nk tanya2 dia tempat yg boleh bukak. dan orang lama yg pangkat pakcik makcik ni suka menolong orang baru yg nk meniaga pasar malam. tapi sstgh orang yg dah ada tapak golongan muda2, yg berhati dengki ni memang tak kan bagi senang2 kita nak menapak.terpulang atas usaha kita sendiri la. yg penting awak kena percaya pada rezeki. jgn cepat give up.tak sampai setahun saya meniaga saya dah dapat tapak sendiri tanpa membeli semua tapak.just 1 tempat je saya beli.itupun bila saya fikir tempat tu berpotensi n strategik. sampai sekarang alhamdulillah berbaloi. jgn tak percaya ada makcik pakcik berhabis berpuluh ribu hanya beli tapak yg saiz 20 kaki. itulah kata orang, semua barang nak niaga.
|
|
|
|
|
|
|
|
snzb_online posted on 21-5-2013 11:33 AM
saya meniaga makanan.meniaga murtabak.biasanya datang awal.kalau pasar malam start kul 5, kul 4.30 ...
Saya dah start meniaga kt pasar malam pada jumaat lepas 24.5.13.Datang jam 6pm.tanya dengan peniaga lama kalau ada tapak kosong sebelah mereka.Dapat kat sebelah peniaga India.Dia jual maruku.Saya guna tapak dia sbb dia guna tapak org yg tak datang meniaga kat situ.
Saya jual air dalam cup.Air tembikai dan nenas.Keropok lekor dan karipap.Saya tak kira berapa cawan air yang laku.Karipap terjual rm5.Total meniaga malam tu dapat RM59.Syukur utk kali pertama niaga ada juga org datang beli.Karipap mmg saya tak bawa banyak dari rumah.Air bawa 10 liter untuk setiap satu.Hari kedua meniaga saya bawa 5 liter je setiap satu.Apa yang saya perhatikan ramai org beli air yang dijual dalam plastik minuman berbanding di dalam cawan.So hari ke-4 meniaga saya bawa plastik dan cawan.Anak2 seronok tolong berniaga.Dia org masukkan air dan keropok dalam plastik.Hari ke 3 dan ke 4 menu air dah bertukar.Jual jus mangga dan jus oren pula.Sambutan untuk air jus ni boleh dikatakan menggalakkan juga untuk peniaga baru macam saya ni.Buat masa ni air lakulah dalam 25 plastik.Dan pendapatan hari pertama adalah yang paling banyak.
Paling sikit dapat RM22 jual di pasar pagi.Yer lah waktu pagi org kurang makan keropok lekor dan peniaga keropok lekor yang sedia ada pun dah ada 3 orang.Jualan di pasar malam yang paling sedikit kutipannya adalah RM44.Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.Moga lepas ini rezeki kami makin bertambah.Ada cadangan tak untuk memajukan perniagaan pasar malam saya ni.Saya tengok peniaga yang lama jual air sampai habis air dia org.Agaknya dulu mereka pun macam saya kot belum ada pelangga tetap.
|
|
|
|
|
|
|
|
zuraida8177 posted on 29-5-2013 03:54 PM
Saya dah start meniaga kt pasar malam pada jumaat lepas 24.5.13.Datang jam 6pm.tanya dengan pen ...
alhamdulillah anda tak give up.percaya pada rezeki ok.takkan lah 1st time kita try terus nak laku sampai licin air ye tak?sekurang2 kita bina tapak dulu.tak kisah laa kalau kita kena duduk merata berminggu2.sekurang2nya peniaga lain tahu kita ni memang serius nak meniaga pasar malam. ok untuk menaikkan semangat awak, saya baru setahun meniaga pasar malam dah mampu pakai kereta toyota wish dengan monthly installment rm1200 sbulan, bayar muka rm20k, monthly expenses nak kena cover about rm1k sbulan...syukur sangat2 dengan rezeki yang Allah beri.
tapak adalah penting terutama yg meniaga makanan.sbb loyal customer senang nak cari kita.selain tu meniaga air atau kuih muih ni sebagai permulaan.mungkin bila tapak dah ada awak nak tukar jenis perniagaan macam jual nasi or kuih yg pelik2.untuk pengetahuan awak, kat pasar malam asal kita bawa benda lain dari yg kebanyakan peniaga buat, itulah yg membawa kelebihan.tapi yg penting makanan kita berkualiti dan sedap.baru lah orang akan selalu beli dengan kita. berkualiti maknanya macam karipap.kulit rangup, inti sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
snzb_online posted on 29-5-2013 11:25 PM
alhamdulillah anda tak give up.percaya pada rezeki ok.takkan lah 1st time kita try terus nak laku ...
Terima kasih atas kata2 perangsang dan semangat dari anda.Kawan saya pernah bercerita abg beliau duduk di KL hanya berniaga pasar malam ttp saya tak pasti apa yang dijualnya, mampu pakai MPV jenama Nissan Lavina.Untuk itu terimalah dari saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
rambo je kat tapak yang kosong, tapi kena berbaik-baik dgn jiran sebelah menyebelah....kalau kena saman, kira bayar sewa la tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
AYAM CRISPY ( RM 3500.00 )
ALI’S BUBLE MILK SHAKE ( RM 1288.00 )
ALI’S SNOW ICE ( RM 2000.00 )
ALI’S ICE BLEND ( RM 1500.00)
KAUNTER PERNIAGAAN YANG MENARIK, KAUNTER MUDAH
SIMPAN, PROFESIONAL,
KEUNTUNGAN LUMAYAN YANG MENAKJUBKAN.
DENGAN PELBAGAI JENIS BARANGAN LENGKAP UNTUK SETIAP
PAKEJ,
Berserta dengan LATIHAN DAN KURSUS secara PERCUMA
Berminat sila hubungi 01115624332 Hafiz atau [email protected] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|