CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4389|Reply: 2

Graffiti adalah HOBI yang sihat

[Copy link]
Post time 12-6-2013 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Graffiti bukan vandal. Graffiti ialah kegiatan menanda, tag, membuktikan, menunjukkan, mempamerkan samada individu atau kumpulan tertentu didinding, benteng, pagar dan sebagainya dengan menggunakan samada tulisan atau lukisan. Graffiti menjadi saluran individu pelukis meluahkan ekspresi. Bangga diri, penghargaan kepada sesuatu, kalimat nasihat, tidak puas hati, kecaman, saranan, politik dan ehwal semasa, bahkan graffiti dianggap oleh pengkaryanya sebagai ‘hiburan yang menjamin nikmat tak terperi hebatnya’. Graffiti adalah percambahan sub budaya baru warga seni rupa kota Kuala Lumpur. Berkembang dengan pesat. Kini terdapat lebih 30 individu/kumpulan yang terlibat aktif. Diantaranya ialah They, PHB klik, The Super Sunday, Thalanjang, Tha B, Medea, Kioue, KOS, Carpet, Some70/90, Streetsoda, VOD, Kurt, Damis, Bibi Chun TLG,Mile09, Snozze TLG, Foner, Pelat, VLT, Mist, Bonks, Lau, ELMS, BTX, BNE, Peng, Anokayer, 2pai, dan TRS. Ada dikalangan pelukis graffiti yang tidak langsung meninggalkan tanda nama pada karya mereka. Perang graffiti di Kuala lumpur semakin kuat bertempur sejak akhir-akhir ini. Masing-masing berebut dinding kosong terutama di sekitar Plaza Imbi, Jalan Imbi, dan sekitar Pasar Seni. Cuma yang agak mendukacitakan ialah ada dikalangan pengkarya graffiti memilih untuk melukis di atas karya orang lain. Bererti lukisan orang dipadamkan untuk melukis graffiti baharu. Seperkara lagi ialah kualiti ’tulisan’ atau ’lukisan’ yang tidak mencapai tahap bernilai estetik. Karya sebegini menyenakkan dan mengundang rasa tidak selesa. Seharusnya mereka yang dimaksudkan itu meluangkan masa untuk mempelajari dan melatih diri dengan lebih gigih supaya karya bermutu.

Graffiti seharusnya diiktiraf oleh DBKL, kerana ia memberi nafas tersendiri kepada ruang atau dinding kosong yang lesu. ’Bahasa’ kumpulan pelukis ini sepatutnya didengari dan dikaji. Dengan semangat kerja yang tinggi dan motivasi efektif sahaja menjadikan pelukis graffiti berjaya melahirkan sesebuah karya. Mereka menghasilkan karya seni yang indah dan menghidangkan secara percuma kepada khalayak. Mereka bukan mata duitan.














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 11:46 AM | Show all posts
best arrr  tengok lukisan grafitti... ceria berwarna warni dengan mesej yang nak disampaikan..walopun cat2 semburan, namun hasil nyer menarik..!!
tabik ar saper yang pandai wat grafitti nih..

mari kita tengok islamic grafitti di luar negara karya Mohamed Ali ... dengan islamic messagenya.. berdakwah dengan grafitti.. cool..
manalah tahu orang yang nak buat jahat kat jalanan segera batalkan niatnya bila terpandang grafitti dakwah..  
harap kat malaysia juga ada macam ni, kalau dah ada, perbanyakkan lagi..















credits : http://www.aerosolarabic.com/



Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 04:31 PM | Show all posts
suka tengok grafitti ni...
cantik sangat..macam-macam warna...
dinding yang kusam boleh jadi ceria..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049177 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list