Cukai untung hartanah naik 30%
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN [email protected]
KOTA BELUD 15 Julai - Kerajaan bakal menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah sekali ganda berbanding 15 peratus pada masa ini, sebagai antara langkah terakhir bagi mengawal kenaikan harga rumah secara mendadak di negara ini khususnya di kawasan bandar.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bagaimanapun berkata, kenaikan cukai kepada 30 peratus itu akan dibuat sekiranya keadaan betul-betul terdesak yang menyaksikan harga rumah terus meningkat dengan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia.
"Dahulu kita pernah letakkan kadar cukai ini pada paras 30 peratus, maknanya kalau kita beli rumah, lepas itu jual dalam masa dua tahun, cukai keuntungan kita adalah 30 peratus daripada rumah tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung di Masjid Kampung Taun Gusi, di sini malam tadi.
Abdul Rahman berkata, kenaikan kadar cukai berkenaan bertujuan mengurangkan aktiviti pembeli hartanah yang mahu mengambil keuntungan dengan membeli dan menjual hartanah sekali gus menyebabkan kenaikan harga rumah secara mendadak.
"Ini untuk mengelakkan aktiviti spekulasi, contohnya apabila ada rumah dibina selalunya akan dijual habis tetapi apabila siap banyak pula iklan untuk menjualnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, bengkel khas bagi mencari kaedah terbaik menurunkan harga rumah akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Kata beliau, bengkel sehari suntuk itu akan melibatkan pakar dari kementeriannya, ahli akademik, pemaju perumahan dan peserta dalam industri pembinaan.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 10 peratus daripada projek perumahan rakyat yang dilaksanakan di seluruh negara akan dikhaskan untuk program perumahan transit.
Ujarnya, pelaksanaan program untuk golongan muda yang baharu berkahwin itu akan dijalankan serentak termasuk di Sabah.
30% within 2 years of pruchase price? tak efek la....usually new property will take 24 months to complete..... by the time of completion, that 30% dah tak apply......
naikkan LTV la.... singapore for quite sometime dah impose 60% LTV and i heard they want to revise it further....
ramai jg yg terkena RPGT tinggi angkara kebodohan sendiri. depend on date SPA signed... byk kes org terlupa tgk tarikh SPA. bila rmh dah dpt VP dia seharusnya hold lagi beberapa lama... byk jg kes byr booking rmh kpd pemaju awal january, tp betul2 sign SPA after one year... kes2 lawyer lembab, pemaju lembab etc ..