CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2877|Reply: 14

Nak ke hantar gambar kepada orang yang tak kenal?

[Copy link]
Post time 13-8-2013 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Ni dari akhbar. Soalannya nak ke korang buat mcm ni? Hantar gambar dgn orang tak kenal, tak pernah jumpa.. ?
Mcm cerita soap opera pun ada.

13 Aug 2013


Akui bersalah kerana beri maklumat palsu


DEK kecewa kerana keluarga tunangnya lebih sukakan temanitanya yang lama, +++, 28 tahun, mencari muslihat untuk memburukkan nama wanita berkenaan.
Dia mendapatkan nombor telefon bekas temanita tunangnya itu dan dengan berpura-pura sebagai seorang pegawai polis, dia kemudian menjalin hubungan intim secara dalam talian dengan wanita tersebut - seorang guru berusia 24 tahun.
Dia memupuk hubungan tersebut dengan menggunakan e-mel dan akaun Facebook palsu.
Sekitar Mei 2011, guru tersebut menghantar 10 keping gambar bogelnya kepada +++.
Disember tahun itu, +++, yang mendakwa sebagai ibu bapa yang prihatin, menghantar surat serta empat daripada gambar-gambar tersebut kepada pengetua sekolah menengah tempat mangsa bekerja.
Dia berbohong bahawa dia telah "menjumpai" gambar-gambar lucah itu dalam buku matematik "anak lelakinya".
Dia berkata guru tersebut telah menyerahkan gambar-gambar lucah itu kepada anaknya itu.
Dia turut mengandaikan bahawa terdapat insiden salah laku seks dan kelakuan tidak senonoh di sekolah tersebut.
Guru berkenaan kemudian dibuang kerja.
+++, seorang pakar peralatan jauh di PSA Singapura, mengaku bersalah semalam atas tuduhan memberi maklumat palsu kepada pegawai awam.
Dia akan dihukum Selasa depan selepas peguamnya meminta masa untuk menyediakan rayuan mitigasi.
Tembelang +++ terbongkar selepas si mangsa membuat laporan polis bahawa gambar bogel beliau telah diedarkan oleh orang yang tidak dikenali.
Siasatan mendedahkan bahawa +++ terbabit dalam perbuatan tersebut.
Mahkamah daerah mengarahkan bahawa tiada butir-butir didedahkan yang boleh membawa kepada pengenalan identiti si mangsa.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2013 04:36 PM | Show all posts
temanita tu spesis cemane rupenye? ape maksud temanita?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 11:05 PM | Show all posts
kenapa ada orang tak cerdik camni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 03:39 PM | Show all posts
x kenal, x pernah jumpa
buat apa berani2 nak kasi gmbar..sja nak cari masalah/penyakit...
dgn org yg kita kenal pun blum tentu boleh kasi gmbar sesuka hati
dgn gambar mcam2 org boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 04:10 PM | Show all posts

kenapa la pandai sangat serah gmbr bogel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 08:40 AM | Show all posts
edee_91 posted on 13-8-2013 04:36 PM
temanita tu spesis cemane rupenye? ape maksud temanita?


Gerlpren lerr....
Budak ni tak hepi yang keluarga mamat ni asyik bandingkan dia yang girlpren lama. Padahal ex-gf tu tak kenal pun ni budak.
Moral nya... tolong lah baik2 jgn jadi orang mcm ni...
Satu 'tak pandai sangat'.... tak kenal dgn org, tak pernah jumpa, tapi sanggup percaya....
Lagi satu, irihati sangat2 orang yang tak kenal, sampai nak jatuhkan, malukan orang mcm ni....

http://news.asiaone.com/news/crime/woman-uses-naked-photos-get-fiances-ex-fired?page=0%2C0
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2013 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar tutup2 pun fikir 70kali nak bagi ke tak. Mber yg kenal mintak pun aku tak bagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 03:55 PM | Show all posts
aku meme xbagi pica aku..
even FB official (ewah mcm retis lak) meme xletak gambaq sebenaq pun
ala depa kenai kita kan..
tapi org kat media soSIAL suka benor nak tengok gambaq even baru 1st time gebang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 10:46 PM | Show all posts
uish.....da gak pmpuan bangang cenggini.....kasihan......kasi gmbar bugil lak tu....adoiyai
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 02:53 PM | Show all posts
semestinye x...
bahaya...kecuali mmg kite kenal & tau ttg org tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 01:01 AM | Show all posts
Dah la tak kenal. Suka hati je nak kasi gambar bogel -..-
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 04:18 AM | Show all posts
Mmg saja cari pasal la bagi gambar kat org yg tak kenal (gbr bogel plak tu!).
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 01:45 PM | Show all posts
Errr....I x even dare nak tangkap gambar myself naked buat tatapan sendiri...ni plak nak kasik org lain x kisahla kenal ke x buat tatapan.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 02:45 PM | Show all posts
Ntahnyer.. Berani sangat~
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 05:17 PM | Show all posts


cikgu dan +++ tgh diskusi subjek anatomi..perlukan visual untuk pemahaman terperinci..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 1.274330 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list