|
Sagoo posted on 9-9-2013 05:22 PM
ngape pule i nk kene malu? dia hot kt dlm fakulti dia you...
jgn la marah2 mcm ni you..i syg u ju ...
xmo lah...
kalau you betul sayang i..takde you buka mata tgk org lain...
sbb you lupa i la u nampak dia...
so now since u dah ada dia...i rasa lebih baik i undur diri
u boleh mula dr awal dgn dia
i takpe..i boleh hidup sendiri2..pandai2 la i bawa diri nnt...
jgn risau2..i kan tabah..plus you bukan kisah sgt pun kat i kan?
u sibuk dgn dia...
so better kita habis kat sini je ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
beldandy posted on 9-9-2013 05:27 PM
xmo lah...
kalau you betul sayang i..takde you buka mata tgk org lain...
sbb you lupa i la u nam ...
i x rela kehilangan you
|
|
|
|
|
|
|
|
last2 jadi thread merapu dua orang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 10-9-2013 07:56 AM
i x rela kehilangan you
i busy sat ari ni...
nnt kita sambung merapu kt tempat lain...
org marah nnt!
|
|
|
|
|
|
|
|
kekeke kat dah kena abam sagoo |
|
|
|
|
|
|
|
copy dari: http://www.epmotorclub.com/index.php?topic=3578.0;wap2
LUAHAN HATI SUAMI DAPAT KAWIN LAGI
Alhamdullillah ade jugak makhluk Allah yang berfikiran macam nie...
Amin...
********************************************************************************
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun.
Life starts begin at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan',
kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-
sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana
nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi
lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I
kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu
aje lah.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I,
rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak
masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau
my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I
suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan
kegemaran ...
semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur
20-an dulu ...
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu
dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena
manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak,
kan...
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak
muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang
muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan
nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak
termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi
'barang' dia lak malam-malam. (hahaaa.....lawak giler)
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik
motorsikal beshpa cabuk pun sanggup, berpanas berhujan,
dukung anak kita dicelah motor tu.
Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar
rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony
Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT
setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun
tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.
Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak
lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit
dan bohsia.
Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada
keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak
dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi dia masa I dah tua dan
memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak
anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana
kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh
tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya
membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupanmereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin
pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri
muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula
mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula
sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak
pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh
lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak
sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...
lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu,
beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu
muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight
to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan
kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah
lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu...
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua
nih silakanlah.
Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I
tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu
rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar
dalam je. (pe laa..sik crite suar dlm jek..)
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak
mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah
merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita
terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh,
kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. (yaa..bethul3...)
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila
ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila
disebutkan.
Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang
mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa
sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. (suar dlm lagikkk!!! hisss..)
Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.
Wallahualam.
suami orang-
LU PIKIR LA SENDIRI!!
Note ; de ati nk kawen lagi..silakanlaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
copy dari:http://lelakikahwinlebih.blogspot.com/
Dari Hamba Allah:
AssalamualaikumSaudara/SaudariRakan rakan SIMSaya ingin berkongsi pengalaman. saya pernah mempunyai 2 isteri. Dulunya saya hanya tumpu pada kerja. Kawan-kawan wanita memang ada disekeliling saya, malah staf saya ramai terdiri dari kaum hawa. Tiada perasaan hendak kahwin satu lagi pada ketika itu.
Malah ada yang ajak bercinta dengan saya, saya menolak dengan baik.Namun isteri saya yang pertama selalu bising sebab cemburu dan langsung tidak mempercayai saya. Beliau selalu menyatakan bahawa beliau menerima panggilan telefon dari entah sesiapa yang melaporkan bahawa saya sering berpeleseran dengan staff saya. Malah selalu keluar.Sesungguhnya saya bukanlah terdiri dari lelaki yang sedemikian. Bagi saya, saya rapat dengan semua staf tak kira lelaki mahupun perempuan.
Timbul fitnah adalah biasa bagi saya. Rumahtangga saya tidak aman. Saya selalu berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan hidayah kepada saya dan menerangkan hati isteri saya.Sehingga satu hari, saya berkenalan dengan rakan sekerja tetapi jauh lokasi dan terus kami rapat sehingga saya bernikah dengannya secara sah tidak sampai setahun berkenalan. Tetapi pernikahan saya ini sememangnya mendapat tentangan hebat dari isteri saya yang pertama. Namun sudah ditetapkan jodoh, semua majlis pernikahan berjalan dengan lancar.Pernikahan saya yang kedua tidak lama kerana Isteri saya telah dijemput oleh Ilahi selapas setahun kami bernikah. sedih bukan kepalang, arwah isteri saya amat memahami saya. Sikapnya amat berbeza dengan isteri pertama saya.
Namun ini lah yang dikatakan takdir. sepanjang hidup bersama dengan arwah, arwah sering di hina kerana kononnya merampas hak orang. sehingga anugerah khidmat cemerlang yang beliau perolehi ditarik balik. Tetapi saya bersama arwah tetap aman dan bahagia. Tiada rasa tertekan mahupun terhina.Nasihat saya, jangan lah antara kita semua menghina pada orang yang berpoligami. wanita yang ingin bernikah dengan suami orang janganlah dihina. Semuanya diaturkan oleh Nya. Kita diuji sentiasa.
Ingatlah. Ada yang menyatakan jodoh ini boleh dibuat, disusun, namun jika tiada izinNya, jangan haraplah.
|
|
|
|
|
|
|
|
akula203 posted on 11-9-2013 05:47 AM
copy dari: http://www.epmotorclub.com/index.php?topic=3578.0;wap2
Bagusla, sedar diri, yg ptg kalau tgk dr statement, you mmg x layak kawin lbh pun, both financial & metally x strong |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|