View: 2581|Reply: 5
|
Kaedah mudah mengenal skim cepat kaya VS perniagaan yg genuine.
[Copy link]
|
|
Sejak kebelakangan ini saya sering menerima persoalan tentang satu skim pelaburan. Saya tak mahu sebut nama skim tersebut. Namun berikut adalah tanda-tanda skim pelaburan itu adalah skim cepat kaya dan catatan berkaitan:
1. Penganjur yakin menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Warren Buffett pun hanya berani mensasarkan pulangan 15% setahun. Itu pun dia tak berani kata mesti boleh dapat.
2. Penganjur meminta peserta mengajak orang baru untuk masuk skim tersebut. Tanpa orang baru, skim tersebut pasti mati kerana duit peleburan yang kita buat bukan untuk dilaburkan, tetapi untuk dibayar kepada peserta dan penganjur mengatakan itulah untung pelaburan dalam aset tertentu.
3. Untuk mengelakkan dari disiasat dalam negara, penganjur akan mengatakan ini adalah offshore investment. Beralamat di kepulauan yang kita tak pernah dengar, no telefon compliance officer / investor relations pun tiada. Siapa CEO nya? Siapa CIO nya? Siapa Chariman Board of Directornya ?
4. Kawan yang ajak kita masuk tak boleh nak terang apa sebenarnya pelaburan itu. Dia hanya tahu tunjuk duit masuk sahaja. Tak faham, tapi hati sudah tertawan dengan duit masuk.
5. Tidak ada sijil pematuhan Shariah (Shariah compliant) untuk memastikan ia adalah pelaburan yang halal.
6. Apabila hati sudah tertawan, mula-mula masuk dengan jumlah yang sedikit, bila tengok payment dibuat maka mula berani masuk dengan jumlah yang lebih besar. Ada yang lebih berani apabila mula gadai tanah, refinance rumah. Seterusnya, untung jadi introducer / penaja lebih banyak, justeru perlu ajak kawan-kawan dan saudara mara.
7. Tahniah kepada tuan yang telah buat due diligence dan mengatakan tidak kepada peleburan sebegini walaupun kawan-kawan / saudara tunjuk cek dan akaun bank untuk mneggoda.
Sekiranya kita tidak cukup duit, uruskan cashflow / aliran tunai dengan betul terlebih dahulu. Pelaburan hanya dibuat SELEPAS kita membetulkan cashfow / aliran tunai bulanan terlebih dahulu.
Uruskan cashflow tuan.
cedok dari panduan mengenal skim cepat kaya. Last edited by harizs on 28-8-2013 11:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tertarik dgn statement ni.
1. Penganjur yakin menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Warren Buffett pun hanya berani mensasarkan pulangan 15% setahun. Itu pun dia tak berani kata mesti boleh dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
invest kat property....... pulangan dlm 50% setahun |
|
|
|
|
|
|
|
kaedah paling senang nak check...ingat formula T.I.P.U.
T - Tidak Akan Rugi
I - Indah Khabar dari Rupa
P - Peluang hanya sekali
U - Untung Besar
kredit to iklan kat TV RTM..
p/s momod rajin2 lar beri tachang sebutir dua...penant mengingat balik all the acronym tuh.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wirazam posted on 19-9-2013 09:56 AM
kaedah paling senang nak check...ingat formula T.I.P.U.
T - Tidak Akan Rugi
terbaik...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|