CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4278|Reply: 6

Tahukah Anda Yogurt Beku Tidak Baik Untuk Kesihatan

[Copy link]
Post time 11-9-2013 11:56 AM | Show all posts |Read mode


Semua orang sukakan yogurt beku atau lebih dikenali sebagai froyo. Rasanya yang enak mampu menggoda sesiapa saja yang melihatnya. Yogurt beku turut mengandungi buah-buahan segar dan kering dilihat mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Namun, di sebalik rasanya yang sedap, makanan itu juga memiliki risiko dari segi kesihatan. Untuk pegetahuan anda, yogurt beku yang dijual di pasaran kebanyakannya mengandungi kadar gula yang tinggi.

Seorang penyelidik di Pusat Penyelidikan Pencegahan, Universiti Yale, Amerika Syarikat, David Katz memberitahu, yogurt beku tidak memberikan manfaat yang diharapkan sama seperti pengambilan yogurt biasa.

“Kita memakan terlalu banyak gula,” katanya yang mengulas tentang pengambilan yogurt beku.

Bahan-bahan seperti maltodekstrin, natrium sitrat, gam selulosa, dinatrium fosfat dan propilena glikol monoester merupakan antara bahan yang ditemui di dalam yogurt beku. Malah, bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan mungkin memberikan kesan yang buruk ke atas tubuh badan. Menurutnya, yogurt tidak lebih hanya sebagai alternatif untuk aiskrim.

Dalam penyelidikan yang dilakukan ke atas yogurt beku itu, para penyelidik turut menemui bahan karagenan. Bahan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan perut. Para penyelidik menyatakan, pengambilan yogurt itu akan membahayakan kesihatan jika ia diambil secara keterlaluan.

Bagi mengelak daripada terjebak memakan makanan yang tidak menyihatkan, anda perlu membaca label pada bungkusan makanan terlebih dahulu sebelum membelinya dan pastikan ia tidak mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 05:10 PM | Show all posts
jadi..tak bagus la untuk diet
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 10:24 AM | Show all posts
ada org cakap yogurt asli xsedap. kalau x sedap xkan laku tuk dijual (rugi). terlalu kurang gula pun xelok gak. satu hari pasti kita akan mati. cuma jgn hilang keupayaan (menyusahkn org nak jaga) sblm mati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 03:58 PM | Show all posts
klw sekali sekala x pe kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 06:28 PM | Show all posts
bende xpekdah nk mkn watpe..
dahla mahal sepasal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:02 PM | Show all posts
overpriced la benda ni..x berbaloi ngan harga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2014 10:32 PM | Show all posts
mcm tutti fruiti tu ke?
*maaf kalau salah aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.807990 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list