|
SaLUTE u!
Atlet angkat berat negara, Azizah Fadzil sekadar merangkul pingat gangsa dalam acara Angkat Berat Wanita Bawah 53 Kilogram pada Sukan Perpaduan Islam Ketiga di Gedung Serbaguna Sriwijaya di Palembang hari ini. - Foto Bernama
AZIZAH Fadzil terpaksa melupakan kesakitan seketika bagi menghadiahkan pingat gangsa pertama kepada skuad angkat berat negara pada hari kedua Temasya Sukan Perpaduan Islam ketiga di Wisma Serbaguna Jakabaring dekat Palembang hari ini.
Azizah yang beraksi dalam kategori wanita 52kg melakukan angkatan keseluruhan 155kg.
Pingat emas bagi acara tersebut menjadi milik atlet Indonesia, Citra Febrianti dengan angkatan keseluruhan 196kg, manakala pingat perak turut dimenangi atlet tuan rumah, Syarah Anggraini setelah melakukan angkatan keseluruhan 181kg.
Azizah, 22, berkata, beliau berpuas hati dengan angkatannya hari ini walaupun terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan pada betis kiri dan lutut dua minggu lepas.
"Saya melupakan kesakitan seketika dan memberi fokus kepada angkatan, Alhamduillah saya berjaya meraih pingat gangsa walaupun ini bukan angkatan terbaik," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berharap rakan-rakan turut mampu menyumbang pingat nanti.
Azizah berkata beliau harap selepas ini akan terpilih untuk menyertai Sukan SEA di Myanmar pada Disember nanti.
"Saya diberitahu pemilihan atlet angkat berat ke Sukan SEA masih belum dibuat lagi dan saya harap akan terpilih untuk mengalas cabaran tersebut, " katanya. - Bernama
|
|