CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3235|Reply: 3

PAPA JOHN’S PIZZA BAHARU HIDANGAN

[Copy link]
Post time 17-10-2013 07:06 PM | Show all posts |Read mode
PAPA JOHN’S PIZZA BAHARU HIDANGAN
Mengembangkan Rangkaian Perniagaan Dengan Cawangan KE-23 DI MALAYSIA


Berjaya Papa John’s Pizza – sebuah syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Corporation dan pengusaha salah satu rangkaian piza terbesar di dunia, bakal mengukuhkan cengkamannya dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia dengan pembukaan cawangannya yang ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil. Ia merupakan cawangan terbaru berkonsepkan Delivery-with-Seats (DWS) yang kelima di Malaysia, dengan selainnya adalah Restaurant-Based-Delivery (RBD).

PELAN PERTUMBUHAN YANG KUKUH DI MALAYSIA
Dikenali di serata dunia dengan falsafah perniagaannya – “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza boleh didapati  daripada 4,300 rangkaiannya di 37 negara. Jenama piza sebutan ramai ini mula bertapak di Malaysia pada 2008 apabila Berjaya Corporation memeterai perjanjian pembangunan francais bersama Papa John’s Pizza International Inc untuk mendapatkan hak francasi tempatan.  Sejak itu, kepakaran Papa John’s telah menghadirkan kegembiraan kepada jutaan pelanggannya dengan hidangan piza  yang ditabur ramuan bermutu tinggi yang pastinya sungguh menggiurkan, tatkala mengembangkan jenamanya secara beransur-ansur di negara ini.

“Kami membawa masuk Papa John’s kerana kami memahami bahawa masyarakat Malaysia adalah dibentuk menerusi budaya pemakanan dan juadah yang hebat, maka kami mahu mereka merasai sendiri kelazatan piza yang disediakan dengan ramuan terbaik dan asli,” kata En. Eric Leong, Ketua Papa John’s, Wendy’s dan Pembangunan Perniagaan Berjaya.“Kami percaya bahawa piza yang bagus harus dimulakan dari peringkat bawah – dan ini merupakan analogi yang digariskan dalam strategi perniagaan kami di mana kami percaya sebelum berhasrat untuk mengorak langkah besar dalam pasaran tempatan, kami perlu pastikan yang kami memiliki asas dan sumber yang cukup kukuh untuk mengekalkan standard produk kami pada tahap tertinggi. Sekarang adalah masanya,” ujar Leong.

“Kami merancang untuk membuka enam lagi cawangan ‘Deliver-With-Seats’ pada tahun ini. Matlamat kami adalah untuk menjangkaui 100 cawangan, secara keseluruhannya, di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang  tahun 2020. Tidak lama lagi, lebih ramai  akan berpeluang menikmati  kelazatan piza berkualiti kami. Kami juga akan memperluaskan liputan kawasan penghantaran untuk mencapai lebih ramai penggemar piza di mana jua mereka berada,” tambah Leong. Zon penghantaran Papa John’s Pizza kini lebih tertumpu di Lembah Klang, Melaka dan bandaraya Ipoh, tetapi ada perancangan untuk memperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

KUALITI TERJAMIN DAN AND CITARASA BERSELERA
Sebagai bukti kepada falsafah “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza berbesar hati untuk menawarkan  yang terbaik buat penggemar piza – daripada doh (adunan tepung) asli paling segar dan tidak dibekukan, ditabur dengan sos tomato semulajadi sehinggalah 100 peratus daging tulen dan hirisan sayur-sayuran segar.

“Apa yang membuatkan Papa John’s jauh lebih istimewa berbanding yang lain adalah disebabkan penggunaan ramuan yang asli lagi bermutu tinggi. Kami tidak akan sama sekali berkompromi dengan kualiti pizza kami kerana hendak memastikan  para pelanggan kami  dapat merasai keenakannya, sekaligus memberikan rasa kepuasan tidak terhingga kepada mereka,” kata Leong.PapaJohn’s Pizza Malaysia adalah pemenang Anugerah Kualiti perniagaan skala-sederhana terbaik Pusat Kawalan Kualiti (QCC) Asia yang dianugerahkan Papa John’s International untuk tahun kedua berturut-turut. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan piawaian yang ditetapkan Papa John’s di Amerika Syarikat.

Selain menghidangkan piza-piza istimewa yang berkulit ringan, lembut dan menyelerakan, Papa John’s juga menambahbaik perisa dengan bahan tambahan signature – Sos Celup Keju Bawang Putih Istimewa dan Zesty Pepperoncini, untuk dimakan sekaligus memastikan setiap kunyahan diserikan dengan rasa sensasi yang baharu.

Di bawah adalah beberapa hidangan signature dan baharunya.:

  • SPICY ITALIAN PIZZA (BAHARU)
Perisa baharu dalam menu ini menampilkan gabungan peperoni dan sosej pedas Itali berganda yang tentunya mendesirkan deria anda dengan kepedasan perisa Itali.


  • HAWAII BBQ BEEF (BAHARU)
Menggabungkan ayam panggang kegemaran, hirisan daging lembu, bawang, nenas dan dilengkapkan dengan sos BBQ istimewa. Dijamin membuatkan air liuh meleleh dari bibir anda, ia memang begitu sedap sehingga kami berani mendabik dada.


  • TUNA MELTZ ROLL (BAHARU)

Satu kombinasi unik Ketulan Tuna, Bawang, sos Thousand Island dan keju Mozzarella dalam adunan tepung segar untuk menjanjikan nikmat tidak terhingga.


  • CHICKEN POPPERS™ (BAHARU)

Chicken Poppers ranggup dengan warna perang keemasan yang menyelerakan – semestinya snek terbaik untuk dimakan selaku hidangan sampingan.


Last edited by CariReporter on 17-10-2013 07:09 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2013 09:27 PM | Show all posts
sedap ke papa john??

xpernah try agi.....

dier pedas x??? suke pizza yg pedas!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 05:45 PM | Show all posts
bagi la outlet sekali kat mana yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 06:24 PM | Show all posts
klu ikut tekak aku ni sedap..dia siap ada dipping sos lagi..dgn cili hijau utk yg suka pedas.. tapi takde la pedas sangat pun..

Last edited by myakayina on 22-10-2013 06:25 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059277 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list