View: 5740|Reply: 11
|
Kenali penyakit Reumatoid Artritis
[Copy link]
|
|
Sakit terseliuh kaki ketika bermain futsal mengambil masa hampir seminggu untuk hilang. Itu baru terseliuh, bagaimana agaknya kesakitan ditanggung pesakit artritis yang menderita sakit sendi setiap hari, terutama pada waktu pagi sebaik bangun tidur.
Artritis, terutama artritis reumatoid, menyerang ramai orang pada kemuncak hidup mereka. Antara kebimbangan utama pesakit ialah sama ada mereka dapat terus menjalani hidup dengan baik dan mempunyai karier seperti orang lain.
Sebenarnya pesakit artritis (tidak kira apa jenis artritis) masih boleh bekerja jika penyakit mereka terkawal. Ini sebabnya kita perlu tahu tanda awal sakit sendi dan segera berjumpa doktor supaya masalah anda dapat dikesan secepat mungkin. Semakin lama dibiarkan, masalah sakit sendi boleh bertambah buruk, terutama jika ia disebabkan keradangan pada sendi.
Keradangan ini secara perlahan-lahan ‘memakan’ dan merosakkan sendi sehingga menyebabkan sendi seseorang bukan saja berubah bentuk, tetapihilang fungsinya sama sekali. Dalam keadaan ini, tidak banyak boleh dilakukan kecuali menjalani pembedahan penggantian sendi.
Artritis tidak harus menjadi penghalang seseorang untuk hidup dengan baik. Secara umumnya pesakit masih boleh bekerja jika penyakit mereka terkawal. Pilihan sama ada mahu bekerja atau tidak terletak pada pesakit itu sendiri.
Kebolehan untuk bekerja juga bergantung kepada tahap penyakit dan sama ada pesakit boleh melakukan sesuatu kerja itu. Dalam hal ini pesakit boleh membincangkan kebimbangan mereka dengan pakar reumatologi atau fisioterapi untuk mendapatkan penyelesaian.
Mereka boleh memilih untuk tidak bekerja tetapi jika bekerja, ia bukan saja mampu mengelak pesakit terlalu memikirkan masalah dan penyakit mereka, malah mempunyai pendapatan tetap bagi menampung kos ubat serta dapat mengembangkan rangkaian sosial untuk berkongsi masalah.
Apabila disahkan menghidap artritis, biasanya pesakit dinasihatkan belajar menguruskan rutin apabila sendi mereka tidak mengalami keradangan dan kesakitan. Pada masa sama pesakit perlu memperlahankan rentak hidup atau mengagihkan kerja kepada rakan sekerja ketika mengalami keradangan.
PEMBEDAHAN PENGANTIAN SENDI
Selain mengamalkan beberapa senaman dan mengambil ubat, masalah sakit sendi boleh diatasi dengan pembedahan penggantian sendi.
Bagaimanapun, ia langkah terakhir selepas kaedah lain seperti berehat, rawatan sejuk dan panas (meletakkan pek sejuk dan panas pada sendi), melakukan senaman, menggunakan penganduh (kain yang digantung pada leher untuk mengampu tangan yang sakit) dan pengambilan ubat gagal memberi kesan positif.
Penyakit artritis kadangkala boleh mendatangkan kerosakan teruk kepada pesakit dan mengakibatkan kesakitan dan lumpuh. Dalam kes begini, peralatan gantian tiruan atau pembedahan ortopedik diperlukan untuk melegakan kesakitan dan memulihkan pergerakan. Ini akan meningkatkan kualiti hidup seseorang pesakit.
Tujuan utama pembedahan sendi adalah menghilangkan kesakitan dan ini memberi kesan baik terhadap kelancaran pergerakan serta meningkatkan keupayaan seseorang.
Pembedahan sendi juga disyorkan apabila sendi tidak ada pada posisi sepatutnya atau menjadi cacat disebabkan keradangan berpanjangan.
Apabila keadaan ini berlaku, bahagian sendi terbabit berasa sakit dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam kes begini pembedahan disyorkan bagi mengatasi masalah kesakitan dan membolehkan sendi yang diserang berfungsi lebih baik.
Beberapa bahagian sendi dapat diperbaiki untuk tumbesaran dengan meluruskannya, iaitu sendi pada pinggul, lutut, tangan dan pergelangan kaki. Sendi ini berfungsi dengan lebih baik selepas menjalani pembedahan. Ia juga kelihatan lebih kemas dan kesakitan dialami berkurangan.
PERSEDIAAN SEBELUM PEMBEDAHAN
Sebelum menjalani pembedahan, beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu:
* Adakah pembedahan akan memperbaiki cara dan kualiti hidup anda? Setiap orang ada keperluan hidup berbeza. Justeru, pesakit perlu berbincang mengenai apa yang diinginkan dengan doktor.
* Keadaan kesihatan dan keupayaan anda untuk menanggung kesan pembedahan dan ubat bius. Masalah kesihatan seperti jantung, paru-paru dan jangkitan kuman mesti dirawat terlebih dulu sebelum menjalani pembedahan.
* Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan mesti mengurangkannya terlebih dulu kerana berat badan berlebihan menambah tekanan kepada jantung dan paru-paru ketika pembedahan. Pesakit gemuk biasanya menghadapi lebih banyak komplikasi pembedahan dan proses pemulihan juga sukar dan lambat. Malah, kegemukan dan berat badan berlebihan memberi lebih tekanan kepada sendi tiruan dan seterusnya boleh memendekkan jangka hayat sendi baru itu.
* Selepas melakukan pembedahan anda perlu menjalani peraturan ketat untuk sesi fisioterapi, senaman dan pengambilan ubat. Perkara ini mesti difahami sebelum menjalani pembedahan.
JENIS PEMBEDAHAN
Sinovektomi — Satu prosedur di mana lapisan sendi (yang dikenali sebagai sinovium) dikeluarkan daripada sendi untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat keradangan. Pun begitu selepas pembedahan, pesakit mungkin mengalami masalah sendi kaku atau keras. Tisu sinovial juga mungkin tumbuh kembali selepas beberapa tahun.
Reseksi — Pemindahan tulang atau bahagian tulang yang biasanya dilakukan apabila sendi pada bahagian kaki mendatangkan kesukaran atau kesakitan ketika berjalan.
Artrodesis atau penguncian tulang — Ini adalah pembedahan untuk menyatukan dua tulang, biasanya pada pergelangan kaki, pergelangan tangan dan ibu jari. Meskipun kejayaan pembedahan ini menghilangkan kesakitan, ia juga menghilangkan keanjalan sendi.
Artroskopi — Cara di mana pakar bedah memeriksa sendi menggunakan alat yang dinamakan artroskop iaitu tiub nipis yang mempunyai lampu di hujungnya. Kelebihan prosedur ini ialah sendi tidak perlu dibuka ketika pembedahan kecil dan ia juga dapat digunakan untuk pembedahan sinovektomi lebih rumit. Tempoh pemulihan pesakit juga lebih cepat.
Penggantian sendi (artroplasti) — Sendi yang rosak dikeluarkan dan diganti dengan sendi tiruan. Rawan pula digantikan dengan plastik tahan lama dan aloi atau bahan yang sama ciri dengannya sebagai pengganti tulang. Cara ini berkesan jika digunakan pada lutut dan pinggul. Ia dapat menghilangkan kesakitan keseluruhannya.
KOS RAWATAN
Kos keseluruhan rawatan bergantung kepada beberapa faktor seperti upah pakar bedah, hospital, ubat, terapi fizikal yang diperlukan, jenis implan, ujian dan rawatan khusus lain. Sukar menentukan kos sebenar terapi penggantian sendi. Rujuk kepada doktor atau syarikat insurans sebelum menjalani pembedahan.
Pun begitu, beberapa cara boleh dilakukan untuk mendapatkan rawatan tanpa mengira jenis artritis yang anda alami. Yang perlu dilakukan ialah bekerjasama dengan doktor, jururawat, pakar terapi, ahli keluarga dan paling utama diri anda sendiri.
Ini penting jika anda memilih pembedahan. Pembedahan mungkin cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan, memperbaiki pergerakan dan untuk memperoleh kualiti hidup lebih baik.
Artritis boleh menyerang sesiapa saja. Pembedahan penggantian sendi pula memerlukan belanja besar, contohnya kos untuk peralatan gantian (lutut atau pinggul) saja berharga antara RM6,000 ke RM8,000.
Ini menyebabkan ramai pesakit daripada golongan berpendapatan rendah terpaksa menanggung penderitaan dan sesetengahnya perlu menggunakan kerusi roda atau menjadi lumpuh disebabkan arthritis.
Apabila keadaan ini berlaku, ia mendatangkan lebih banyak masalah dan meningkatkan beban pesakit serta keluarga.
Cara Menjaga Sendi
* Beri perhatian kepada gejala yang dialami. Jika sendi sakit, bengkak dan terasa panas berlarutan melebihi dua minggu, segera berjumpa doktor. Gejala ini boleh muncul secara perlahan-lahan atau mendadak.
* Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
* Elak tekanan berlebihan yang mungkin menyebabkan keradangan.
* Susun tempat kerja anda untuk mengurangkan usaha mengangkat, mencapai, mengangkut, memegang atau berjalan bagi menjimatkan tenaga (khususnya bagi pesakit artritis).
* Elak pergerakan berulang untuk tempoh panjang. Ubah aktiviti anda atau berehat selepas melakukan kerja setiap 20 hingga 30 minit.
* Lindungi sendi anda daripada sakit, tekanan dan keradangan dengan menggunakan splin atau alat perlindungan.
* Kurangkan perjalanan jauh kerana ia memerlukan banyak tenaga.
* Bersenam. Senaman membantu mengurangkan kesakitan dan menambah jarak pergerakan sendi. Ia juga boleh mengatasi kelebihan dan menjadikan anda lebih segar serta bertenaga. Jika menghidap artitis, belajar kaedah senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda.
* Lakukan aktiviti menggembirakan. Kajian menunjukkan ketawa dan kegembiraan boleh merehatkan sendi, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kekuatan sistem imun badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sengal2 sendi tu ada kaitan dgn artritis tak? |
|
|
|
|
|
|
|
info menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas main bowling 2 minggu lepas, sakit mencucuk2 kat kawasan sendi pinggul kanan aku pi jumpa doctor dia kasi ubat tahan sakit dengan koyok je.. adakah ini digelar artritis reumatoid??? harap2 idaklah |
|
|
|
|
|
|
|
cilik posted on 4-11-2013 09:42 AM
lepas main bowling 2 minggu lepas, sakit mencucuk2 kat kawasan sendi pinggul kanan aku pi jumpa doct ...
hehehe... tu rasanya sbb main bowling jer... Rhematoid Athritis ni sakit pada sendi, mcm jari, siku , bahu, lutut, buku lali..
sesiapa saja boleh kena sakit ni, punca msih tidak diketahui sbb apa. klu dh kena mmg seksa la, sebab pergerakan akan terbatas,
cth: x boleh nk buka penutup botol yg masih baru, jari/tgn dh x kuat. x boleh angkat benda berat, sendi jd bengkak. paling seksa bila
bgn tido waktu pagi, mmg sendi jd kaku, kena warm up br leh gerakkan sendi tu... klu dh kena mmg susah nk baik, kena mkn ubat
setiap hari...klu dh truk boleh jd cacat pada sendi tu ( jd bengkok)
I tau sikit2 ni sbb husband dh kena RA ni... jd aku byk search psl RA ni.. mmg kesian la.
|
|
|
|
|
|
|
|
orinaoren posted on 4-11-2013 02:17 PM
hehehe... tu rasanya sbb main bowling jer... Rhematoid Athritis ni sakit pada sendi, mcm jari, sik ...
tengah google pasal RA ni pasal rasa macam ada kemungkinan kena.. sakit kat sendi pinggul terutama waktu bangun pagi dan kalau duduk kat kerusi lama atau drive lebih 2 jam.. pergerakan dah terhad dan sakit mencucuk2.. banyak suggestion macam tuam dengan air garam, produk lingzi, madu, susu, kalsium, pil urat, sne, double stem cell ext.. igt nak buat MRI scan tapi rasanya mahal kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... akhirnya dapat gak sedikit info yang sangat2 berguna disini...
ok lah... sebenarnya saya adalah pesakit RA ni... sejak 2009 lagi... tapi hanya pada Jun 2012 baru dapat detect sepenuhnya penyakit RA saya... ramai sebenarnya yang tak tahu penyakit sebenarnya... dan kesakitan tu, amat lah sakit jika tak makan ubat tahan sakit... malahan nak pegang cawan pun tak mampu...
kadang2 tu dah rase macam diri ni OKU pun ada... sedih sangat ... rawatan dari ubat-ubatan pulak, kalau dari hospital swasta, sangat lah mahal... mujurlah saya dah dapatkan rawatan di hospital kerajaan... tapi selagi ada nyawa, agaknya... selagi tu la makan ubat utk RA ni... huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
hazlinshah posted on 11-11-2013 01:08 PM
alhamdulillah... akhirnya dapat gak sedikit info yang sangat2 berguna disini...
ok lah... sebenarn ...
mula2 dapat sakit tu, apa simptom2 nya....
ada kawan saya tu ada penyakit ni....masa mkn ubat ni doktor tak bagi mengandung.....lps tu dia dah ok kot sbb dia anak dia berderet2 je pastu
|
|
|
|
|
|
|
|
no.20 posted on 12-11-2013 12:24 PM
mula2 dapat sakit tu, apa simptom2 nya....
ada kawan saya tu ada penyakit ni....masa mkn ubat n ...
tak pasti la sama dengan semua pesakit... tapi saya mula dapat penyakit ni lepas melahirkan anak pertama (2009)... sakit pada lutut, kaki (area buku lali), dan pergelangan tangan... sakit yg sangat2 sakit... bertahun jugak la solat pun atas kerusi...drive pun masuk gear pakai dua tangan...huhuhu sedihnya...dan mcm2 lagi kerja yg mmg terganggu dgn penyakit ni sblum saya betul2 dapat detect dan rawat penyakit ni.
ok, masalh tak boleh mengandung tu memang ye.. kerana salah satu ubat (MTX-methotrexate sodium 2.5mg) yang sangat kuat utk penyakit RA ni. saya masa anak kedua hanya susukan anak 11 bulan shj, sbb masa tu dah kene ambil ubat ni.. dan tak dibenarkan mengandung. kalau nak juga, kene berhenti makan MTX ni lebih kurang 5 bulan sebelum merancang nak ada baby...
nak tya juga, kawan awak tu dah sembuh sepenuhnya? apa rawatan yg dia buat?
|
|
|
|
|
|
|
|
hazlinshah posted on 12-11-2013 12:34 PM
tak pasti la sama dengan semua pesakit... tapi saya mula dapat penyakit ni lepas melahirkan anak p ...
tak tau la dah sembuh ke belum....actually kawan dengan hasben dia dr sebelum kawen....pastu dia kawen dia ada la citer pasal wife dia...dia kata dia berubat kat tawakal....wife dia pun dapat penyakit ni masa dekat2 nak kawen...skang tak pernah kontek diorang dah...thn lepas je jumpa masa tgk teater upin & ipin, nampak la anak2 dia berderet...
|
|
|
|
|
|
|
|
owh ok2,info tg bagus..terima kaseh |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah
dlm paper hari ni pancaindera m/s 18
pusat rawatan al-Hidayah (Hj Lokman)
rawatan sakit sendi dengan amalan membaca Al-Quran
Surah Qaff ayat 16-45
Surah Adz Dzariyat ayat 31-60
Surah Saad ayat 34-61
Surah Al-Ahqaaf ayat 21-28
Hadis riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi daripada Usamah bin Syuraik
Nabi S.A.W bersabda "berubatlah , kerana tiada satu penyakit yang diturunkan Allah kecuali disertakan
penawarnya salain daripada satu penyakit iaitu mati".
|
|
|
|
|
|
|
| |
|