|
SKUAD hoki remaja negara tewas 2-4 kepada India pada aksi persahabatan pertama di Stadium Dhyan Chand, New Delhi, kelmarin.
Gol Malaysia dihasilkan Shahril Zaabah dan Zulhairi Hashim menerusi pukulan sudut penalti.
Mirnawan
Pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi berkata, pemain negara agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang sedikit licin dan agak keras.
"Apa pun, kita harus melihat kelemahan yang ketara dan memperbaiki untuk dua lagi baki perlawanan menentang lawan sama.
"Sekarang tiba masa pemain bangkit menjelang aksi kedua hari ini," katanya.
Kejohanan di India itu merupakan sebahagian rangka persiapan anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah menghadapi kempen Piala Dunia Remaja, Disember ini.
|
|