CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2549|Reply: 2

Beregu negara kecundang di tangan Indonesia

[Copy link]
Post time 28-10-2013 12:57 PM | Show all posts |Read mode

HARAPAN beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk bergelar juara Terbuka Perancis lebur di tangan beregu bukan pilihan dari Indonesia dalam final di Stadium Pierre De Coubertin, Paris.

Dalam perlawanan yang berlangsung awal hari ini waktu Malaysia, Kien Keat/Boon Heong yang juga pilihan keempat kejohanan, mudah diketepikan oleh Gideon Markus Fernaldi/Markis Kido dengan 16-21 dan 18-21.

Perlawanan itu hanya mengambil masa 33 minit, demikian menurut laman sesawang kejohanan www.yonexifb.com.

Sementara itu, Jan O Jorgensen dari Denmark muncul juara perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain Jepun Kenichi Tago dengan 21-19 dan 23-21.

Pemain China Wang Shixian muncul juara kategori wanita selepas mengetepikan cabaran Porntip Buranaprasertsuk dari Thailand dengan 21-18 dan 21-18.

Kategori beregu wanita pula dimenangi oleh Bao Yixin/Tang Jinhua dari China yang menewaskan rakan pasukan Tian Qing/Zhao Yunlei dengan 21-13 dan 21-17.

Juara beregu campuran menjadi milik pasangan nombor satu dunia Zhang Nan/Zhao Yunlei yang juga mengalahkan rakan sepasukan Xu Chen/Jin Ma dengan 28-26 dan 21-17.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 01:19 PM | Show all posts
ok la..wpun naib juara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 06:54 PM | Show all posts
Menunggu BAM memisahkan Kien Keat/Boon Heong. Sudah tak ada prospek. Tengok Korea yang memisahkan pemain mereka Lee Yong Dae/Sung Hyun Ko karena performance mereka sudah tak bagus lagi. Padahal mereka dipisah ketika masih ranking 1 dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 1.180678 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list