CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2723|Reply: 6

Baik buruk perniagaan perkongsian!?

[Copy link]
Post time 4-11-2013 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

saya mempunyai seorang kenalan untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan restoran. ceritanya macam ni,  kenalan saya ni mempunyai restoran yang dia beli dengan harga 80k siap dgn peralatan dan telah beroperasi selama 2 bulan. setelah 2 bulan beroperasi, restoran tersebut telah kehabisan duit pusingan modal iaitu untuk membayar sewa, upah pekerja, dll. sekarang ni pun restoran dia hanya mampu menggaji seorang tukang masak sahaja dan dia sendiri sebagai pelayan a.k.a cashier a.k.a pembuat aira.k.a owner restoran.


Permasalahan disini ialah, pemilik restoran tersebut memerlukan modal tambahan untuk membayar sewa, menambah pekerja dan menambah menu restoran.


Kedudukan restoran tersebut sangat2 strategik dimana dikelilingi bangunan kerajaan seperti balai bomba, balai polis, mahkamah,majlis bandaran serta perumahan yang padat. kawasan restoran juga merupakan dekat dengan taman dimana banyak aktiviti waktu petang seperti jogging danbermain layang2 selain mempunyai kawasan parking yang luas. kawasan tersebut juga mempunyai 3 kedai mamak dibuka serentak yang saya rasa apabila kedai mamak buka mesti ada kajian pasaran mengatakan kawasan tersebut mempunyai potensi...betul ke??


Adakah saya patut melabur dalam restoran itu?
Apakah baik buruk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan makanan?


Saya sangat berminat dalam perniagaan makanan dan telah melihat banyak rakan yang berjaya melakukannya.
harap kawan-kawan cari dpt tolong yea...

Terima kasih in advance.


Last edited by nekcivic on 4-11-2013 11:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2013 10:26 PM | Show all posts
Dengar kata peniagaan makanan ni tunggu 6 bulan baru selesa sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 11:21 PM | Show all posts
Lokasi tak semestinya penting kalau nak buat bisnes makan. Yang penting ialah kualiti masakan dan makanan yang dapat diberikan oleh anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 07:44 AM | Show all posts
@chenta_dewi

owh..betol ke 6 bulan?
awak ada pengalaman x buke kedai mam...hehe
kalo ikutkan modal yg sy suntik tu mungkin cukup untuk rolling selama 3 hinggga 4 bulan..
xkan la xde sale lgsg kan setiap bulan...hahaha
tp xtaw la kan kite hanya merancang dan Dia yg menentukan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 07:52 AM | Show all posts
@spiderman80

saya setuju dgn pendapat awak...

sbb tu sy akan pelbagaikan makanan untuk semua generasi...
mksdnye makanan untuk selera org muda dan org tua pun disediakan...
saya jgk akan create suatu makanan yg org akan dtg untuk mam tu je mcm ns kukus ayn berempah ke atau ikan bakar...

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 09:03 AM | Show all posts
nekcivic posted on 6-11-2013 07:44 AM
@chenta_dewi

owh..betol ke 6 bulan?

sy ckp sy dgr..sy xpenah terlibat pon..


mcm ni la..tanye dia sale untuk sebulan..ambil tau betul2 berapa income sebulan..then kira pula untuk 6 bulan...

kalau cost buka rm80 k sy rasa kalau income 6 bulan tu melebihi 80k ok la...tp kita tak tau kadang2 bulan pertama dan kedua tak stable lg..

tp kalau situ ada existing client mksdnya sebelum ni pon restoran jugak, xkan xleh lepas kan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2013 09:05 AM | Show all posts
nekcivic posted on 6-11-2013 07:52 AM
@spiderman80

saya setuju dgn pendapat awak...

sy tgk kalau kedai yg ramai orang ni jenis lauk dia banyak...

mcm leha kelfood kat taman melati tu...

mahal memang mahal..kedai baisa caj rm6 diorg mesti caj rm10 ke atas...tp org tetap ramai je...

cuba awk kaji kedai tu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.905052 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list