CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: nashrudean

NOAH [KISAH BAHTERA 'NABI NOH']

[Copy link]
Post time 8-4-2014 09:36 AM | Show all posts
Hina Nabi: Filem Noah diharamkan di Malaysia
Sumber SINAR HARIAN

8 April 2014



SELEPAS Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan tayangan filem Noah, Malaysia turut membuat keputusan sama.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas filem itu memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh AS.

"LPF memutuskan  sebarang lakonan yang memaparkan ilustrasi atau wajah para Nabi dan Rasul adalah bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut yang mengandungi elemen-elemen tersebut maka, filem Noah ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara ini. Ia juga bertujuan menjaga sensitiviti dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," ujarnya.

Beliau menambah, filem arahan Darren Aronofsky telah dikemukakan kepada LPF untuk penapisan pada 7 Mac lalu. Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac lalu.

Surah Nuh dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun, ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Bagaimanapun kisah Nabi Nuh juga diceritakan dalam Injil.

Sudah jangka-Crowe

Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.

Crowe menerusi temu bual bersama The Telegraph berkata, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible.

“Secara jujur, memandangkan terdapat perkara dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu,” katanya.

Malah, institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar kelmarin turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem itu.

“Al-Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan rasul  dan nabi ALLAH dan para sahabat Nabi Muhammad SAW.

"Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat Islam," kata institusi itu dalam satu kenyataan sebelum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 12:50 PM | Show all posts
Dalam islam kan mmg tak dibenarkan utk menggambarkan wajah nabi-nabi berdasarkan wajah manusia biasa. It stands for few reasons. One, because there have never been any record or documentation or painting even a sketch of how the prophets actually look like. Second, Islam is about worshiping the Almighty God Allah, not His prophets. His prophets are only the messengers. Thus, it could create a different circumstance that Muslim will in turn upholding the prophet more than the Creator.  And third, to avoid any misconception or worse, falsely informations being spread to the believers such as this



Apologies in advance if my  statements are deemed offensive to certain people. Last edited by annehuda on 8-4-2014 01:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 08:07 AM | Show all posts
btl ke citer ni kena banned
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la banned
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts

xxxx

I ada bli cd dia ...
nanti nak tgk...lepas tu boleh tulis review kek sini ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts

xxx

annehuda posted on 8-4-2014 01:50 PM
Dalam islam kan mmg tak dibenarkan utk menggambarkan wajah nabi-nabi berdasarkan wajah manusia biasa ...


Just my view ... antara kristian dan islam mmg akan sentiasa ada konflik yg tak berkesudahan .. berpunca dr kitab bible itu sendiri...

kita sbgai yg islam perlu betul2 paham al quran.. .


apa yg terjadi ialah bila org kristian translatekan kisah di bible ke movie ... bukan niat nak hina islam .. tapi lebih kepada mmberi pemahaman kepada penganutnya gambaran bible


tapi kita yg negara islam ni .. selayaknya menolak naskah ini kerana ia di manifestasikan dr bible ... seperti yg awak ckp .. alquran kitab terakhir ... di khuatiri ia memesongkan akidah ....
klu rasa hati and just to know what the movie is all about .... boleh la tonton..

wallahhualam.. Last edited by sophiesoraya28 on 19-4-2014 08:06 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2014 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah ..... sungguh memboringkan .... takde yg best pon .citer ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 10:54 AM | Show all posts
bnyk lg citer lain nak tgk...

bg umat Islam kena la paham hukum. bab ni aku mmg setuju la filem ni diharamkan. sbb mmg kita x boleh nak mengambarkan wajah nabi2.

even dlm filem kingdom of heaven pun x mengambarkan Nabi Muhammad even watak Baginda ada secara x langsung dlm filem tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 09:50 PM | Show all posts
baru tengok jah..

hmmm... too ambitious... plot longgar.. banyak gaduh2 yang tak perlu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:50 PM | Show all posts
baru tengok jah..

hmmm... too ambitious... plot longgar.. banyak gaduh2 yang tak perlu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer boring...aku delete jer dari list torrent aku.citer sampah...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:29 AM | Show all posts
aku dah tengok..kena mengucap balik ke ?

film is film...

nothings else matters.............
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:54 AM | Show all posts
Bosan... tak yah le tgk... dah le duration panjang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 12:42 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 24-11-2014 08:29 AM
aku dah tengok..kena mengucap balik ke ?

film is film...

kisah nabi Nuh dalam Qur'an lebih best


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:27 PM | Show all posts
beta_carotene posted on 24-11-2014 12:42 PM
kisah nabi Nuh dalam Qur'an lebih best

Quran mmg dibaca.....filem sekadar HIBURAN ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:13 PM | Show all posts
dah tgk citer ini, kisah buat kapal, dan kisah manusia jahat saling membunuh memakan bayi dan wanita, ksah berebut wanita utk memanjangkan keturunan,  semua binatang datang masuk kapal. di akhir cerita semua manusia jahat mati akibat banjir, dan keturunan itu sehingga hari ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.591110 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list