CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3255|Reply: 16

Warna pembayang mata yang sesuai

[Copy link]
Post time 17-12-2013 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Ada banyak tips solekan di internet sehingga ia boleh menjadi sukar untuk mentafsirkan mana satu yang terbaik untuk anda. Menurut beberapa pakar kecantikan ia amat penting untuk menitik beratkan warna solekan mengikut bentuk muka, warna mata, dan warna rambut selain warna kulit. Tips ini bertujuan untuk membuat sebahagian besar ciri – ciri semulajadi anda supaya anda kelihatan cantik tanpa kos yang membebankan. Kami tahu adalah penting untuk anda mempertimbangkan wana mata anda apabila membuat keputusan tentang warna pembayang mata. Pemadanan pembayang mata untuk warna mata boleh dilihat terlalu monokromatik, jadi kami telah menyenaraikan beberapa tips untuk membantu warna mata anda menonjol. Bagi anda diluar sana, gunakan tips dibawah untuk memutuskan warna pembayang mata dengan warna kanta lekap anda.

Warna keemasan & kelabu untuk si mata biru
Solekan yang sempurna sepatutnya meningkatkan warna dan bukan menenggelamkannya. Jika anda ke tempat kerja, pakai pembayang mata berwarna emas 'matte' dan jika anda menghadiri temu janji malam, cuba emas berkilauan. Satu lagi warna yang sesuai untuk si mata biru ialah kelabu. Jika anda inginkan wajah yang sedikit garang, anda boleh melakukan solekan 'smokey eyes' pasti anda tampak mempesona.

Mauves mempersonakan si mata coklat
Wanita berwarna coklat boleh dikatakan wanita yang paling bertuah kerana segala jenis warna pasti nampak cantik. Namun, jika anda ingin tahu secara spesifik, warna mauves atau ungu tua menyerlahkan lagi warna mata anda. Jika anda tidak mahu menggayakan pembayang mata, cuba aliskan bulu mata anda dengan maskara berwarna mauves.

Imej seksi si mata hijau dengan warna tembaga
Aplikasikan warna tembaga pada mata anda dan garis bawah mata, kemudian basahkan sedikit berus dan ratakan warna supaya ia nampak lebih lembut. Untuk pembayang mata, anda perlu elakkan warna- warna metalik seperti 'silver'. Elakkan juga celak hitam dan mula pakai celak berwarna coklat gelap. Kami berpendapat warna metalik dan celak hitam tidak sepadan dengan mata hijau.

Biru untuk si mata kelabu
Oleh kerana kelabu warna yang agak kelam, cuba kontrakan dengan warna biru cerah atau anda boleh menggunakan celak biru metalik. Jika anda bukan peminat pembayang mata, anda boleh mengenakan maskara berwarna biru. Bagi si mata kelabu, anda perlu fokuskan pada sekeliling mata dan bukan di kelopak. Pasti mata anda menambat tumpuan orang sekeliling.

Selamat mencuba!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 01:20 PM | Show all posts
xpernah pndai mekap.... cukup ngn gloss n powder je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 01:23 PM | Show all posts
aizaganu posted on 4-1-2014 01:20 PM
xpernah pndai mekap.... cukup ngn gloss n powder je

sama la kita....powder..lipgloss n lipstic untuk function je....
suka tgk ofismate makeup...


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 10:35 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 4-1-2014 01:23 PM
sama la kita....powder..lipgloss n lipstic untuk function je....
suka tgk ofismate makeup...

btul3x... suke tgk kwn2 yg mekap.... cantik je rasa...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2014 09:25 AM | Show all posts
aizaganu posted on 4-1-2014 10:35 PM
btul3x... suke tgk kwn2 yg mekap.... cantik je rasa...

pandai diaorg makeup...ngn eye liner...maskara....blusher...
kekdg klu nk g function qaseh kena tarik la,diaorg tolong makeupkan


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 10:03 AM | Show all posts
i suke nude color..simple yet elegant gitewwwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2014 11:06 AM | Show all posts
cikdara posted on 7-1-2014 10:03 AM
i suke nude color..simple yet elegant gitewwwww

normaly pakai g ofis ke atau function utk color cm tu?

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 01:33 PM | Show all posts
kalau i..mana2 situation pun i suke theme ni.cume based on situation..kalau function of course laa make up tu kena tebalkan..kalau office n jenjalan simple je.paling penting signature make up i mmg nude theme..simple tpi ade  tarikan tersendiri..sekian terima kaseh.hehehee Last edited by cikdara on 7-1-2014 01:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2014 02:48 PM | Show all posts
kaler2 naked2 eyeshadow ni mcm cantik je....


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 09:50 PM | Show all posts
kat malaysia ni color mata biasa2 je. paling2 pun coklat cair.




tapi yelah, tips ni sesuai gak dgn zaman sekarang sbb contact lense byk dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 09:53 PM | Show all posts
mekap mata ni, dulu dulu saya tak paham sgt. tapi skrg baru tahu yang its all about blend.  tak kisah la jenama apa tapi yg penting kita kena pandai blend color tu, klu x nampak mcm clown. berus blend wajib ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2014 09:40 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 7-1-2014 09:53 PM
mekap mata ni, dulu dulu saya tak paham sgt. tapi skrg baru tahu yang its all about blend.  tak kisa ...

blend means pandai cmpurkan warna ek????
means kena tink creative la...
berus blend tu cm ner???

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
qasehnuramy posted on 9-1-2014 09:40 AM
blend means pandai cmpurkan warna ek????
means kena tink creative la...
berus blend tu cm ner??? ...

Bukan campur aduk color syg. Tak semestinya... satu color pun kita kena blend. Blend color tu dgn kawasan sekitar. Xmo nmpk garisan jelas antara color dgn kawasan tidak dicolor. Biar smooth je. Mcm ombre.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2014 05:19 PM | Show all posts
AzzaAzman posted on 9-1-2014 04:55 PM
Bukan campur aduk color syg. Tak semestinya... satu color pun kita kena blend. Blend color tu dgn  ...

ooooo.....baru tahu....
tq for info

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 01:47 AM | Show all posts
220796 posted on 7-1-2014 02:48 PM
kaler2 naked2 eyeshadow ni mcm cantik je....

mmg cantik...iols suka make upkan orang dgn warna2 mcm ni....nampak natural n tak over sgt...byk main warna brown..gold...n nude colour...tapi tgh belajar utk shapekan kening...susah juga kalo dpt kening tebal...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye..mekap actually mmg kena fokus bahagian mata..kalau mekap mata superb, maka ok la nmpak keseluruhan tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2014 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun baru nk bertatih jd freelance mua. Tp bab kening mmg ssh sikit. Sbb kalau boleh tak mau la cabut kening kan? So kena bejar teknik2 tk mau bg nmpak kening serabut tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.167850 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list