|
Dipetik : part one
nak berkongsi cerita, dan juga lokasi yang boleh anda team sekalian lawati.
lokasi : MARANG RESORT AND SAFARI TRG.(BOLEH GOOGLE- ada gamba saya kecik2.)-(Penah ada Movie Spinning Gasing buat kat situ)
cerita : KISAH BENAR. BOLEH TNYA ORANG KAMPUNG PULAU KERENGGA, MARANG TERENGGANU
Saya dan keluarga adalah salah seorang yang membuka dan meneroka kawasan untuk dijadikan Resort. d kampung PULAU KERENGGA. Kawasan ini cukup luas, dari tepi jalan hingga ke pantai.Pada ketika itu, ayah saya seorang Contractor dan juga staf untuk resort tersebut. Kami sekeluarga menetap disitu selama 14 tahun dari ia dibuka hingga ia ditutup akibat GANGGUAN MISTIK.
Nak dijadikan cerita. kawasan itu mmg asalnya hutan + hutan paya + sungai + pantai. Ketika dalam membangunkan resort tersebut, Ada bermacam kisah misteri di Resort itu. Ada satu pokok ketapang ni, tak boleh ditebang. ada je hal, mesin rosak lah, gergaji patah lah. yang paling peliknya,pokok ni tinggi dan dahan berbentuk salib. sehingga la Pihak contractor mencari Seorang Pakar MIstik.Wak hassan (bukan name sebenar) dipanggil datang dan tinggal bersama kami di kawasan pendudukan staf dalam resort tersebut ditugaskan untuk memagar RESORT itu sebelum ia dibuka kepada pelancong. Dia cakap, kawasan pokok ketapang itu dulu ada seorang paderi dan anak kapal terdampar dan mati disitu, pokok itu entah mcm mana telah meresap "zat2" badan paderi yang mereput kat situ. Akhirnya Wak tu suruh cabut dari bawah dengan akar-akar sekali. barulah boleh bersihkan kawasan situ.
Wak ni pagar resort itu dengan menanam 'Benda' di keempat-empat penjuru kawasan resort (x silap saya lebih kurang 1kilometer persegi). Dalam banyak2 bende yang dia tanam, saya ingat ada seketul besi padu dan seketul emas (macam batu).Wak hassan juga adalah guru mengaji saya ketika kecik. Tahun demi tahun berlalu, sehingga la wak tersebut pulang ke negara asalnya .Dalam tahun 2000, segalanya berubah.Wak tersebut telah meninggal dunia dan PAGAR yang dibuatnya itu telah terbatal..Kami yang boleh dikira sebagai penduduk asal kerap mendapat gangguan. Bermula dengan pontianak hingga ke hantu air kami diganggu.
Ada satu malam, saya dan ayah ke sungai untuk menangkap udang galah dan ketam nipah, kami guna kanu untuk ke tngah sungai memasang perangkap ketam. Baru je saya turunkan perangkap , terasa talinya direntap kuat hingga terlepas dari tangan. kami buat x tahu je, dan terus ke perangkap yang telah kami pasang semalam.Masa saya nak naikkan perangkap ketam tu, ayah suluh kedalam air takot ular terperangkap sama,tibe-tibe ada sesuatu yang naik sekali, saya dan ayah nampak ada muka,dengan mata merah dan kepala botak naik sekali semasa saya tarik perangkkap keatas, apa lagi, Kami Terus je lepaskan perangkap tu, dan mendayung ke tepi sungai balik. tapi kanu kami tu x bergerak langsung seperti dipegang dai belakang.
Bayangkan masa tu, saya toleh kebelakang dan nampak bende tu besar sangat macam pokok kelapa yang tertinggi didunia berdiri dalam keadaan rukuk dan pegang kanu kiteorang, Ayah terus melaungkan azan sekuat hati dan ayah cakap sesungguhnya rezeki sungai untuk semua hambaNYA. baru la terlepas kanu tu dan kami berjaya balik. Esoknya ayah nasihatkan semua staff supaya jaga adap kat sungai tu dan jangan kencing dalam sungai tu.Lepas pada itu, kami tak kene lagi kalau turun ke sungai. namun. tahun demi tahun, pelancong berkurangan kerana takot, sehingga resort itu masuk dalam Majalah Reader Digest haunted Resort.Banyak aduan dari pelancong, ada yang tak dapat tidur sebab rasa macam gempa bumi, adanya nampak kak pon bertenggek kat katil. dan mcam2 lagi.Dalam banyak2 bilik resort, ada satu bilik ni yang penuh kisah misteri sehingga staff pun takot nak lalu situ.(Admin kalau pergi-D32).
Saya selalu ke situ sebab ada pokok ruu yang tinggi rendang dan buaian. saya dan kawan2 selalu jadikan port untuk lepak dan mandi laut. ada membe saya ni tak percaya dengan cerita-cerita seram kat resort ni, dia cakap besar lah nak takot pe siang-siang bukan ada hantu pun. dia duk main buaian kat pokok tu, sambil nyanyi2 lagu ponti.. saya dan rakan lain sebok mandi laut. time nak balik tu tgk member yang main buaian tu tak ada, kami semua igat die dah balik dulu kot. so kami pun balik. tup2 malam dalam pukul 10, parent die call saya tanya anak dia ada kat rumah saya ke. Ahh Sudah... x balik lagi rupenye.. terus ayah dengan beberapa staff yang lain termasuk saya ke tempat tapi. sampai je kami x nampak pun die. puas cari dalam semak, dalam paya, bawah bilik resort berdekatan. x jumpa, tetiba staff sorang ni tunjuk kat buaian td nampak buai gerak2 dengan sendiri.Ada Staff lagi sorang ni pandai sket bende2 mistik ni, berbekalkan garam kasar yang die bawak, die baling kat arah buai tu, tetiba buai tu berhenti, pastu bunyi mcm dahan2 pokok tu bergesel2 . kami tgk atas, berderau darah tgk ada bende berjubah hitam duk bertenggek tgk kiteorang, pastu terbang hilang, bila tgk balik bawah, membe da ada kat buai tu dengan keadaan terpinga2 tanya asal dah gelap. rupenye die mcm x sedar yang die disorok, sbb die nampak ke saya and membe lain tgh mandi manda.
Heboh la lepas tu keadaan dalam resort tu.
END PART 1
|
|