View: 4589 | Reply: 8
Penggunaan Teknologi Sumber Tenaga Alternatif utk Pertanian
[Copy link]
1. Solar Power (matahari)
2. Windmill (angin)
3. Hidro (air/graviti)
Ketiga-tiga sumber boleh perbaharui ini berpotensi utk mengurangkan kos jangkamasa panjang dlm industri pertanian.
Teknologi Solar Power merupakan sumber tenaga alternatif yg paling mahal antara 3 yg dinyatakan di atas.
Kos setup utk solar power menjadi kerana kos solar panel dan bateri.
Solar panel yg menghasilkan 50w berharga dari RM600 sekeping dan ke atas.
Bateri kereta tidak boleh digunakan utk sistem solar, kena pakai 'deep-cycle' punya
nie diagram asas solar power
Solar panel menukarkan cahaya matahari ke arus DC
Charge controller memastikan solar panel tidak menyedut kuasa drpd bateri apabila cahaya matahari berkurangan dan mengelakkan bateri over-charged.
Bateri sbg penyimpan kuasa (powerbank)
Invertor berfungsi menukarkan arus DC ke arus AC utk kegunaan spt peti sejuk
* DC - arus terus (spt bateri)
* AC - arus ulang-alik (spt bekalan TNB)
Windmill atau kincir angin boleh digunakan utk menjanakan kuasa elektrik atau digunakan sbg pam air
Secara asasnya, kincir angin digunakan sbg pam air menggunakan sistem piston atau omboh
kebaikkan adalah kos yg murah, sbb boleh DIY menggunakan bahan2 terbuang spt paip PVC (utk membentuk bilah kipas)
untuk penjanaan elektrik, kincir angin diubahsuai dgn sambungan pd generator/dinamo utk menghasilkan elektrik
rujukan berguna utk sistem tenaga angin http://salientwhiteelephant.wordpress.com/ Last edited by Acong on 25-1-2014 05:39 AM
contoh kincir angin jenis vertical
VIDEO
Last edited by Acong on 25-1-2014 03:14 AM
gabungkan windmill dgn pam nie pun molek gak
VIDEO
ram pump utk mengepam air berdasarkan tarikan graviti
dan bergantung pd sistem one-way valve
berikut adalah contoh aplikasi sistem one-way valve
boleh dikatakan one-way valve ni ciptaan manusia yg paling penting slps roda.
Category: Belia & Informasi