View: 2582|Reply: 8
|
5 Cara Bergaya Langsing
[Copy link]
|
|
Miliki darah kacukan Arab adalah suatu perkara yang baik dan juga buruk. Ya, miliki hidung mancung dan mata besar memang seronok, namun miliki pinggang yang tidak ramping bukanlah sesuatu yang hendak dibanggakan.
Bagi mereka yang memahami situasi ini, bukan senang ya, hendak kurus.
Senaman dan diet memerlukan disiplin dan mengambil masa. Anda tidak akan miliki bentuk badan persis peragawati Victoria’s Secret dalam masa lima jam, namun apa yang anda boleh lakukan adalah menyembunyikan bahagian bermasalah.
Bukan lagi suatu masalah jika tidak dilahirkan dengan bentuk badan sempurna, kerana seandainya anda bijak bergaya, anda pasti kelihatan persis seorang peragawati.
Tip 1: Pakaian Dalam Sangat Penting
Sebelum anda mula berpakaian, pakaian dalam paling penting bagi menentukan bagaimana anda kelihatan pada bahagian luar. Ramai yang bertanggapan tiada orang lain yang akan melihat pakaian dalam, namun ini adalah tanggapan yang salah kerana jika anda memakai bra yang salah saiz, menghasilkan garisan pakaian yang tidak licin. Sama juga bagi seluar dalam.
Pakaian membentuk badan juga pilihan yang baik untuk menghasilkan gambaran badan kurus serta merta. Namun saya nasihat anda menyimpan pakaian ini untuk acara penting dimana anda akan memakai dres sutera yang melekap di tubuh, kerana pakaian pembentuk badan sukar ditanggal.
Tip 2: Pakai Warna Gelap
Ini adalah prinsip utama ketika berpakaian untuk kelihatan lebih kurus. Warna gelap seperti hitam, biru gelap dan maroon mampu member ilusi badan yang lebih kurus.
Berpakaian dalam warna monokrom dari hujung kaki hingga hujung kepala seperti dres atau top dan seluar hitam dipadankan dengan kasut hitam. Malah, pakaian tersebut merupakan pakaian kesukaan saya. Namun, 85% pakaian dalam almari saya berwarna hitam. Bukanlah sesuatu yang tidak baik kerana hitam merupakan warna yang klasik dan anggun.Jika anda seorang yang gemar warna terang, usah bimbang kerana anda masih boleh bermain dengan aksesori berwarna seperti anting-anting.
Tip 3: Elakkan ‘ Muffin’ Top
Bukan mudah mendapatkan perut leper seperti Jessica Alba. Namun apa yang boleh dilakukan adalah memberikan gambaran perut leper.
Nasihat saya mudah sahaja. Elakkan pakaian singkat yang menampakkan perut serta seluar berpotongan rendah. Pilih top yang labuh serta berpotongan ‘empire’ untuk menyorok perut buncit.
Lagi satu, elakkan memakai belt besar, kerana ini akan menarik perhatian kearah perut.
Tip 4: Panjangkan kaki anda
Jika anda miliki masalah ketinggian seperti saya, cubalah memakai sepatu bertumit tinggi. Seangainya anda rasakan sukar berjalan dengan sepatu bertumit tinggi (dan jika anda takut akan jatuh), cubalah kasut “wedge”.
Memakai sepatu bertumit tinggi warna kulit akan menampakkan kaki lebih panjang. Percayalah, saya miliki sekurangnya tiga pasang sepatu tumit tinggi berwarna kulit.
Satu lagi nasihat adalah untuk elakkan kasut paras buku lali. Jika anda bertegas ingin memakai but paras buku lali, pastikan memilih kasut but rona kulit ataupun padankan kasut but hitam dengan stokin hitam.
Tip 5: Kurus dengan Aksesori
Aksesori tertentu mampu menjayakan atau memburukkan gaya anda. Memakai rantai panjang boleh memanjangkan tubuh badan anda serta membawa perhatian kearah wajah anda yang cantik jelita itu. Pilihlah rantai ‘pendant’ panjang berbanding rantai ‘choker’.
Tetapi ingat, jika memakai rantai panjang, jangan lakukan kesalahan fesyen dengan memadankan rantai bersama anting-anting.
|
|
|
|
|
|
|
|
good tips...rajin tt share sumber..
semua tips kt atas tu mmg betul..n mmg blh jd sources utk tips bergaya yg tepat..
biar org kata,rupa common saje but have a great sense of style:-)
cuma nk ulas sket stu dua tips kt atas..
ttg pemakaian but..klu nk pakai yg paras lutut..make sure kaki kita panjang..nk lebih safe cari yg paras atas sket dr bukulali je..takut salah gaya dan klu jenis kaki kita pendek n betis agak besar..
stu lg ttg pemakaian choker...ianya sbnrnya seswai utk yg berleher jinjang n tubuh kurus..
so pakai je long necklace utk ilusi lbh langsing..
rantai ni utk semua jenis body pun sgt seswai..
boleh je pakai long necklace with anting2..pastikn panjang earrings tu x lebih 2 cm..klu nk pki yg lbh panjang dr tu..jangan pakai apa2 rantai..
ttg part lingerie tu..cuba pki spanx slps pakaian dlm utk npk lebih menarik.
|
|
|
|
|
|
|
|
udahudahler posted on 26-1-2014 01:08 PM 
good tips...rajin tt share sumber..
semua tips kt atas tu mmg betul..n mmg blh jd sources utk tips ...
suka share je tp ximplement pun.....hehehehehe
sbb qaseh sdiri pun xde ciri2 mcm yg kat atas tu....
tp suka tgk org lain cantik dan bergaya....
|
|
|
|
|
|
|
|
sikit ilmu yg kita ada baik dikongsikan..
ada duit x bermakna boleh 'beli' gaya...
bak kata omputih money can buy many things,but it can't buy ur style:-)
|
|
|
|
|
|
|
|
udahudahler posted on 26-1-2014 01:20 PM 
sikit ilmu yg kita ada baik dikongsikan..
ada duit x bermakna boleh 'beli' gaya...
bak kata omputi ...
tima kasih...ini je lah yg mampu qaseh share...
bila terbaca kat mana2 info yg best yg menarik yg sesuai qaseh letak je..
utk teman2 lain baca...
sbb ramai yg bekerjaya kat sini yg suka bergaya...
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks tt...mane tau boleh try nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
nanacinta posted on 26-1-2014 03:42 PM 
thanks tt...mane tau boleh try nanti....
wlcm...sharing is caring
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|