|
Aspirin biasanya digunakan sebagai analgesik iaitu anti-piretik dan anti keradangan. Namun tahukah anda bahawa aspirin boleh mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat? Malah asid salisilik yang terdapat dalam aspirin juga membantu mengeringkan jerawat keluar dan menganjalkan kulit anda.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda langka-langkah bagaimana merawat masalah jerawat dengan aspirin. Pertama, letakkan tablet aspirin dalam air dan kacau atau goncang. Tidak perlu untuk hancurkan aspirin, secara semula jadi hancur apabila direndam di dalam air. Anda boleh menggunakan aspirin bersalut atau tidak bersalut tanpa kesan buruk. Pastikan aspirin tersebut pekat selepas direndam dalam air.
Kemudian, ambil 'cotton bath', celuk dalam aspirin. Jika anda ingin gunakan jari, pastikan basuh dahulu dengan bersih, Tepekkan di kawasan muka yang ada jerawat.
Biasanya, pes akan kering dalam masa kurang daripada setengah jam dan mula mengelupas. Gunakan, tisu basah yang bersih untuk membuang aspirin secepat mungkin. Jika dibiarkan lama akan berlaku pengelupasan ringan.
|
|