CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3351|Reply: 5

Elak Bayi Dapat Asma

[Copy link]
Post time 23-2-2014 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Biarpun kesihatan anak dalam kandungan tidak kita ketahui tetapi semasa hamil ibu boleh memilih untuk melahirkan zuriat yang sihat atau sebaliknya. Mengamalkan diet sihat semasa mengandung dapat membantu merealisasikan impian tersebut.

Kita adalah apa yang kita makan. Bayi yang dilahirkan juga membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan si ibu. Apa yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada kesihatan bayi yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.

Kajian tersebut mendapati wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37 % dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%.

Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil jadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini.

Para pengkaji tersebut juga mendapati amalan makan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema.  Oleh itu doktor sangat menggalakkan ibu hami mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
great info..... (*^﹏^*)
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Asma kebanyakkan puncanya dari flu n batuk berkahak.. Baby x pandai buang kahak jd die telan jer.. Bile melekat di paru2 berlaku proses peram n jadi kuman/bakteria.. N jangkitan pd paru2.. Selame ia dibiarkan jadilah asma.. Carenya nak buang kuman dr paru2 mkn ubat dan bagilah anak mkn scot emulsion selain memguatkan paru2 serta kuatkan sistem imun kanak2.. Utk lelaki yg dah berusia isaplah rokok dunhill sblm main badminton utk mengurangkan kos perubatan hospital.. Chaiyokkk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 08:31 AM | Show all posts
Tt. Im not trying to be a party pooper. Tapi rasa to me all this info yang tt posted should be in bod parenting. Kalau rasa nak post about dealing with family crisis or what not then boleh post sini eh. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:09 AM | Show all posts
Edited by zamzuri_a at 18-1-2017 09:12 AM

==============================
HIPNOSIS UNTUK RAWATAN ASMA
==============================

Kajian menunjukkan bahawa emosi negatif seperti panik dan kemurungan boleh menjejaskan sistem pernafasan yang seterusnya menyebabkan serangan asma berlaku.

Rawatan Hipnosis boleh mengurangkan tekanan, penyebab utama asma, di mana saranan yang dibisikkan semasi sesi hipnosis boleh mempengaruhi minda pasakit dan seterusnya mempengaruhi proses-proses fizikal tubuh. Hipnosis boleh meningkatkan fungsi imun tubuh  dan mengurangkan kesakitan dan secara langsung boleh meringankan asma.

Hipnosis akan membuat pesakit berasa lebih tenang dan memberikan pesakit berasa lega dan selesa pada kadar lebih cepat di kala serangan asma berlaku. Hipnosis melatih minda bawah sedar pesakit untuk mengurangkan kekerapan serangan asma dan mereka rasa bebas daripada gejala-gejala berkaitan asma.

Dalam satu kajian selama enam tahun, 173 pesakit asma telah dirawat menggunakan self-hypnosis (hipnosis diri sendiri). Keputusan kajian mendapati bahawa 82 peratus penghidap asma menunjukkan peningkatan tahap kesihatan mereka atau mengalami kehilangan simptom-simptom asma secara total.

Rujukan: Autohypnosis for the Treatment of Asthma' by Maher-Loughnan in the 'International Journal of Clinical & Experimental Hypnosis', 1970.
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan hipnosis dan berkaitan hubungi 019 261 4742 (Zam).


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 01:11 PM | Show all posts
@Sasha.......tunggu apa lagik????

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.332700 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list