CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3466|Reply: 7

Berkorban demi seni...Filem Monument Man

[Copy link]
Post time 24-2-2014 12:19 PM | Show all posts |Read mode



MEMPERTARUHKAN pelakon ternama seperti George Clooney dan Matt Damon, The Monument Men, bukanlah filem untuk tujuan hiburan dan kepuasan menonton semata-mata. Membuat keputusan untuk menonton filem ini bermakna anda sudah mempersiapkan diri untuk menghayati kisah sebenar di sebalik sejarah peperangan seperti mana filem Ocean’s Eleven dan Saving Private Ryan.

Turut mendapat sentuhan dari Clooney sendiri, The Monument Men mengisahkan sepasukan tentera yang menerima tugasan khas bagi menyelamatkan karya seni yang dicuri oleh tentera Nazi, sebaik saja berakhirnya perang dunia kedua. Misi itu memerlukan mereka mengembara ke Jerman dan memulangkan semula artifak yang ditemui kepada negara asalnya. Bunyinya agak mustahil, kerana di saat itu masih ada bahaya yang menanti di hadapan mereka. Dengan hanya berbekalkan senjata jenis M-16, tujuh anggota khas ini mula menjejak peninggalan seni demi melindungi warisan terhebat manusia.

Namun, bukan mudah menyempurnakan misi itu kerana mereka harus menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri.

Berbaloikah? Itulah persoalan utama dalam naskhah ini, di mana perlukah manusia mengorbankan nyawa mereka hanya untuk mempertahankan karya seni? Ia hanya terjawab sebaik sahaja anda menonton filem hasil tulisan Clooney dan Grant Heslov ini.

Kekuatan, pertikaian

Bukan filem aksi yang penuh dengan babak pertarungan, pertempuran, mahupun pertumpahan darah, The Monument Men, digarap dengan agak teliti. Sebagai filem yang mengangkat genre sejarah, Clooney, begitu teliti dalam penggunaan prop, kostum dan juga set yang bukan sahaja menjadi kekuatan cerita bahkan pertikaian bagi segelintir ahli sejarah. Beberapa monumen, termasuk potret “Da Vinci” misalnya, turut menjadi pertikaian kewujudannya pada era tersebut. Bagi mereka yang buta sejarah, ia mungkin tidak menjadi isu, namun bukan bagi mereka yang celik sejarah.

Bagaimanapun, kesungguhan Clooney dalam menghasilkan filem sejarah seumpama ini wajar diberi pujian.

Menyentuh mengenai naratif penceritaan, jika dihayati, memang pada awalnya jalan cerita yang dipaparkan agak perlahan dan mendatar, namun di pertengahannya penonton bukan saja semakin teruja bahkan semakin banyak mengetahui sejarah di sebalik perang dunia kedua yang sebelum ini tidak diketahui ramai.

Bagi yang meminati filem sejarah, The Monument Men, merupakan filem yang tepat untuk anda tonton!

Banyak cerita, drama

Lakonan George Clooney dan Matt Damon tidak perlu dipertikaikan lagi. Meskipun tanpa aksi, mereka mampu membawa karakter dengan baik. Barisan pelakon 'lama' yang lain, Bill Murray, Jean Dujardin, John Goodman, Hugh Bonneville, Bob Balaban, Cate Blanchett dan Dimitri Leonidas, juga tidak kurang hebatnya. Bagaimanapun, khidmat pelakon yang terlalu ramai diguna pakai, membuatkan filem ini terlalu banyak cerita dan drama yang ingin ditonjolkan. Bagaimanapun, ia bukanlah satu kecacatan besar terhadap filem ini kerana masing-masing punya kisah tersendiri yang boleh anda hayati!

Last edited by annehuda on 25-2-2014 08:03 AM

Comments

i edit tambah tajuk filem senang org nak search n buat review nnt  Post time 25-2-2014 08:04 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 02:23 PM | Show all posts
george clooney...msti best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 02:47 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 24-2-2014 02:23 PM
george clooney...msti best

mana gmbr zakiah kau?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 04:25 PM | Show all posts
berun posted on 24-2-2014 02:47 PM
mana gmbr zakiah kau?

sape mamat capang dalam avatar kamu itu..aku letak gambar avatar aang sbb dia tulis situ edit avatar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 01:41 AM | Show all posts
Baru tengok jumaat lepas. Cerita dia slow sikit mungkin sebab dia bukan nak tonjolkan pasal aksi ke apa tapi lebih pada nilai seni tu sendiri masa perang.

Isi cerita dia dah menarik tapi persembahan cerita agak membosankan walaupun adalah 2,3,4,5 scenes yang macam kelakar2 gitu.

Tapi memang kesian sebab group diorang ni secara x rasmi je ditubuhkan dan tentera pun macam bolayan aje diorang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 07:49 AM | Show all posts
Dengan hanya berbekalkan senjata jenis M-16


Reporter mana le buat kerja ni...usah kata wujud, pereka M-16 masa tu pun baru masuk kerja.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2014 08:47 AM | Show all posts
Nico_Robin posted on 25-2-2014 01:41 AM
Baru tengok jumaat lepas. Cerita dia slow sikit mungkin sebab dia bukan nak tonjolkan pasal aksi ke  ...

oh yeke, hmm xpe, nk tgk gak, mcm best je jalan cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 09:39 PM | Show all posts
cite ni memang slow at first and kenapa aku rasa ada some jokes yang punchline nya tak jadi?
ke aku yang noob?tapi aku suka scene landmine tu.aku rasa tu je kot yang lawak.
towards the end dah okay sikit cite ni...but still a bit disappointing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071277 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list