View: 6680|Reply: 3
|
SLOT AURORA - RIDE [SHARIFAH ARYANA,SYAFIE NASWIP]
[Copy link]
|
|
JUDUL : RIDE
EPISOD : 13 Episod
TARIKH : Setiap Khamis, mulai 13 Mac 2014
WAKTU : 8.30 malam
SIARAN : Slot Aurora di TV9
PENGARAH : Faisal Ishak
TERBITAN : Mermaid Studios
PELAKON : Sharifah Aryana, Syafie Naswip, Hafreez Adam, Ayda Jebat dan Hafeez Mikail. Riezman Ruzaini dan Puteri Chichi
SINOPSIS DRAMA RIDE
Drama RIDE mengisahkan Elana (Sharifah Aryana), pemilik kedai basikal fixie yang berkonsepkan café, Ride. Ride sudah dua tahun beroperasi tidak mendapat keuntungan tetapi Elana tetap tidak mahu berputus asa dan ingin mempertahankan Ride. Dia dibebani hutang dan duit simpanannya hampir habis menanggung kos operasi Ride. Dia harus melakukan sesuatu untuk memastikan Ride beroperasi. Jika dalam masa 6 bulan Ride masih lagi tidak mendapat keuntungan, bapanya akan menutup Ride dan mahu Elana menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang. Elana dibantu Juju dan Pajai, dua rakan baiknya untuk menguruskan Ride dan mereka perlu memikirkan idea untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang ke Ride.
Elana akhirnya membuat keputusan untuk membuat bazar yang mempunyai persembahan muzik dan jualan barangan tempatan. Ini untuk mengutip dana bagi menampung kos operasi kedai café Ride. Juju dan Elana bekerja keras untuk mencari pemuzik dan penjual yang berminat untuk menyertai bazar itu. Pajai pula bertanggungjawab dalam semua reka bentuk kreatif berkaitan dengan bazar.
Disebalik keakraban mereka, masing-masing mempunyai permasalahan tersendiri yang akan menjadikan jalan cerita Ride penuh konflik dan menarik untuk ditonton. Selain itu Fariq (Shafie Naswip) pula mempunyai niat untuk menguasai kawasan yang sudah menjadi tempat melepak Elana. Last edited by eddlisa_uyuk on 23-4-2014 07:51 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terlayan drama ni kat tonton online...menarik gak cite remaja..every week akn ada pelakon tambahan..yg bes rasenye radhi dgn OAG perform...sharifah aryana dah besar..chubby tp cantik ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ariana yg lakon citer mohsin tuh kan?? besar dah |
|
|
|
|
|
|
|
yup...dah besar...cantik walopon chubby ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|