View: 2625|Reply: 2
|
Lepas ni mungkin tiada lagi dividen 15% dari Bank Rakyat...
[Copy link]
|
|
Enggan lulus pinjaman Bank Rakyat: Hassan Malek pecat Sabaruddin Chik?
FMT Staff | May 9, 2014
Orang lain buat pinjaman Bank Rakyat kena bayar faedah tetapi Deepak tak payah bayar faedah
PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek (gambar) dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Menurut Setiausaha Kerja BN parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah ‘over rule’ keputusan Perdana Menteri itu.
“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat akan kisah seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya yang berhutang dengan Bank Rakyat diluluskan oleh menteri untuk dibayar hutang hampir RM40juta selama 30 tahun tanpa faedah.,” kata beliau dalam posting Facebooknya.
Katanya, beliau konsisten, setiap penyalahgunakan kuasa harus dilawan dan ditentang.
“Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.
Deepak Jaikishan dikatakan adalah kawan rapat Rosmah dan Hassan Malek dikatakan mengarahkan BanK Rakyat meluluskan permohonan Deepak tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.
“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak Jaikishan yang telah diluluskan oleh menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.
Zaharin yang juga bekas calon ahli majlis tertinggi Umno bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?
Sehubungan dengan itu beliau meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.
“Belajar dari pengalaman Sabarauddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.
Pada masa yang sama, Zaharin rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.
“Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji di Perbadanan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil,” dakwanya.
Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.
“Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? “ soalnya.
http://www.freemalaysiatoday.com ... at-sabaruddin-chik/
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kena mengena loan mamak paki ni dgn dividen saham BR..???? |
|
|
|
|
|
|
|
koko2 posted on 13-5-2014 10:43 AM
apa kena mengena loan mamak paki ni dgn dividen saham BR..????
apa yg ko tak paham pasal loan dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|