CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2555|Reply: 0

hlive! Tak Amal Taktik Sogok Wang Lumayan Pada Artis

[Copy link]
Post time 14-5-2014 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Datuk Aznil Hj. Nawawi (tengah) dan barisan pengacara hlive!

Selain media cetak seperti surat khabar dan majalah serta media baru misalnya portal sebagai platform memaparkan pekembangan tentang dunia hiburan tempatan, saluran televisyen juga dilambakkan dengan bermacam program infotaiment. Masing-masing mempunyai trademark dan tarikan tersendiri.

Terbaru, saluran Astro Ria tampil dengan sebuah lagi kandungan hiburan berkualiti menerusi program infotainment terbaru hlive! yang menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini dari pelbagai sisi melalui platform Tonton, Dengar dan Baca.

Bercakap pada sidang media, Naib Pengerusi Bahagisan Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata,

"Selaku sebuah saluran Hiburan Melayu Utama, matlamat kami adalah untuk menjadikan program hlive! sebagai pilihan rakyat Malaysia yang dahagakan liputan berita-berita eksklusif paling terkini dan sensasi mengenai dunia hiburan.

"Disamping menawarkan pengisian terbaik berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan gaya hidup para pelanggan", katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Hlive bertempat di Stadium Cin Woo, Kuala Lumpur, malam tadi.

Menyentuh mengenai eksklusitiviti dari segi cerita-cerita panas artis dan juga kelainan yang bakal ditonjolkan oleh hlive!, pihak media bertanyakan spekulasi mengenai produksi penerbitan program tersebut yang sanggup membayar hingga ratusan ribu ringgit kepada seseorang artis bagi mendapatkan cerita atau gosip panas mereka.

Mengulas mengenai perkara itu, Khairul Anwar berkata, pihak penerbitan tidak akan sesekali mempraktikan cara sebegitu.

"hlive! adalah sebuah program yang mengenengahkan berita-berita hiburan terkini. Dan pihak kami tidak akan mengamalkan cara sebegitu (bayar artis untuk dapatkan cerita panas).

Kalau ada pun cara sebegitu, ianya bukan untuk kepentingan berita pada hlive! tetapi lebih kepada penerbitan sebuah program, misalnya rancangan khas untuk artis tersebut. Dari segi laporan berita, kami bersih.", tegasnya.

Sementara itu, segmen menarik yang boleh ditonton menerusi Hlive! termasuklah segmen 'Tweet Nakal', '15 Soalan', 'Di Sebalik...', 'Fakta Atau Propa', 'Pilihan H' serta banyak lagi.

Bagi memantapkan lagi pengisian yang ditawarkan, Hlive juga akan turut bekerjasama dengan pihak E! News untuk membawakan liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif.
hlive! bakal dikemudikan oleh empat pengacara baru yang berbakat besar iaiatu Dahlia Shazwan, Nabil Mair, Shalma Ainaa dan Alif Farhan.

Program hlive! Apa Kata Malaysia akan diterajui oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai pengacara dan bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Mei 2014.

Manakala hlive! akan bersiaran sebanyak dua kali, setiap Isnin hingga Sabtu, jam 1 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan serentak di Maya HD (135).



http://www.malaysiandigest.com/h ... yan-pada-artis.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.081570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list