View: 9700|Reply: 4
|
Sejarah pelopor skim cepat kaya teragung - PAK MAN TELO
[Copy link]
|
|
Sejarah Saham Pak Man Telo Pelopor Skim Cepat Kaya
Sekadar untuk mengingatkan kita tentang perkara yang telah lepas agar dapat menjadi satu iktibar buat kita semua. Ini bukan untuk mencemuh sesiapa tetapi sememangnya semua orang telah mengenali siapa beliau dan seharusnya kita berwaspada dalam setiap langkah yang kita ambil dengan mengimbau sejarah bagaimana tertubuhnya skim seperti ini atau boleh dikatakan perintis MLM (dahulu skim cepat kaya).
respect!!
respect!!
Osman Hamzah atau dikenali Pak Man Telo berjaya tarik lebih 50,000 pelabur menyertai pelaburan cecah sehingga RM99 juta. sebelum wujudnya skim cepat kaya berasaskan internet yang kini diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan, wujud satu skim cepat kaya yang lebih ‘dahsyat’ serta menggemparkan negara pada awal 1990.
Kesan skim cepat kaya berkenaan menyebabkan ia terus diingati sehingga kini dan mungkin akan dikenang sebagai antara pelopor kewujudan skim cepat kaya dalam sejarah Malaysia.Skim Pak Man Telo yang diasaskan Osman Hamzah menerusi syarikatnya, Pestama Enterprise, dipercayai dimulakan sekitar 1970-an di Taiping, Perak.
Apa yang menjadikan Skim Pak Man Telo sebagai ‘lagenda’ dalam sejarah skim cepat kaya atau pelaburan piramid di negara ini adalah ia disertai lebih 50,000 pelabur dengan nilai pelaburan mencecah sehingga RM99 juta.
Osman yang lebih dikenali ramai dengan gelaran ‘Pak Man Telo’ pada asalnya hanyalah seorang penduduk biasa yang bekerja sebagai wartawan sambilan Bernama di Taiping.
Tanpa sebarang latar belakang pendidikan mengenai pengurusan wang, dia memberanikan diri menceburi bidang berkenaan dengan mengasaskan skim pelaburan yang kompleks serta bernilai jutaan ringgit. Pak Man Telo pernah memberitahu, yang dia mempunyai satu pasukan besar menjual barangan pengguna iaitu tembikar Cina selain terbabit dalam urusan hartanah, tetapi tidak tahu langsung mengenai pasaran kewangan mahupun komoditi.Selain itu, lelaki terbabit turut mendakwa yang syarikatnya terbabit dalam perniagaan pengeluaran makanan, barang plastik dan elektrik, komputer, kasut, perhotelan, hartanah dan pemilikan saham beberapa syarikat utama.
Ketika zaman kemuncak skim Cepat Kaya
Pak Man Telo menjanjikan pulangan dividen yang lumayan iaitu sehingga 12 peratus setiap bulan menyebabkan ramai pelabur mula menyertai skim berkenaan dengan harapan ingin mengaut keuntungan segera.Maka tersebarlah cerita itu sehingga ke negeri lain dan semakin ramailah penduduk - dari pegawai kanan kerajaan, pesara, ahli perniagaan sehinggalah penduduk kampung di pedalaman - menyertainya.
Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari yang kegiatan Pak Man Telo bertentangan dengan undang-undang negara.
Lalu selepas lama memantau kegiatan lelaki itu, Bank Negara menahan Pak Man Telo dan pada 11 Januari 1990, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengambil wang orang ramai tanpa lesen sah mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 1 Oktober dan 23 November 1989 dan serbuan pihak berkuasa turut merampas RM1.7 juta daripada lelaki terbabit.
Pada Mac 1990, Pak Man Telo mengaku bersalah atas kesalahan itu dan Mahkamah Tengah Taiping menjatuhkan hukuman denda RM250,000 atau satu tahun penjara kepadanya. Beliau membayar denda itu secara tunai.
Tiga bulan kemudian, sekali lagi syarikatnya diserbu Bank Negara atas kesalahan sama.Bermula dari kejadian itu jugalah, kalangan pelabur Skim Pak Man Telo mula resah apabila mendapati kadar bayaran dividen skim berkenaan terpaksa diturunkan daripada 12 peratus kepada hanya lima peratus.
Lebih membimbangkan mereka apabila kedengaran ada pelabur yang tidak lagi memperoleh bayaran dividen.
Pak Man Telo tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya pada September 1990. Katanya, tindakan mengurangkan kadar dividen itu terpaksa dilakukan berikutan masalah ‘krisis Teluk’ yang dihadapi dunia ketika itu.Faktor lain disebabkan penyelewengan ejen syarikatnya di mana ejen terbabit membuat kutipan dan membayar dividen kepada pelabur secara sendiri, tanpa merujuk kepada pengurusan syarikat.Tindakan Bank Negara menyerbu syarikat itu serta merampas dokumen penting termasuk rekod keahlian juga dijadikan alasan kepada penurunan kadar dividen berkenaan.
Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan skim pelaburan berkenaan, ramai ahli mula berkumpul di halaman rumah lelaki terbabit hampir setiap hari dan mendesak supaya wang pelaburan pokok mereka dipulangkan segera.
Kekecohan yang semakin tidak terkawal itu menyebabkan Pak Man Telo menghentikan sementara kegiatannya dan berjanji akan kembali memulakan operasi secara ‘halal’ pada 2 Januari 1991.Melihat pelabur masih mengunjungi rumahnya setiap hari, Pak Man Telo memberi ‘ceramah’ yang antara lain berbunyi: “Kita akan jalankan operasi seperti dilakukan Bank Islam; kita tidak boleh melabur RM1,000 dan mengharapkan pulangan berlipat ganda kerana itu membabitkan unsur riba; riba itu diharamkan Islam.”
Bagaimanapun, pada tarikh dijanjikan iaitu Januari 1991, pelabur mula memenuhi perkarangan rumah Pak Man Telo untuk menuntut janji. Akan tetapi seperti sebelumnya, lelaki itu gagal membayar dividen dengan pelbagai alasan.
Akhirnya pada 11 April 1991, polis menyerbu pejabat Pak Man Telo di Taiping dan dia dibawa ke Ipoh, untuk membantu siasatan berhubung skim itu.Pada masa sama, kemarahan pelabur memuncak dan ramai yang mencari Pak Man Telo di pejabat dan rumahnya untuk mendapatkan kembali wang mereka.Pak Man Telo kemudian dikenakan tindakan buang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu mengikut Ordinan Darurat.
Dia tidak lama di Terengganu apabila pada 17 Julai 1991, pegawai Bank Negara menahannya. Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Taiping untuk kali kedua pada 17 Julai atas dakwaan menerima deposit tanpa lesen daripada Kementerian Kewangan antara 1 Januari hingga 31 Oktober 1990.Pada pagi hari pertama perbicaraan iaitu 2 Mac 1992, Pak Man Telo yang sebelum itu mengaku tidak bersalah, menukar pengakuannya kepada bersalah.Dalam rayuannya, peguam bela tertuduh berkata, Pak Man Telo yang sudah berusia 65 tahun ketika itu menyesali perbuatannya, malah dia dan keluarga merana kerana dipulaukan masyarakat.
Akhirnya, dalam keadaan mahkamah yang penuh sesak, hakim menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 atau tambahan penjara setahun lagi jika beliau gagal membayar denda.Pak Man Telo gagal membayar denda dan beliau terpaksa menjalani hukuman penjara selama dua tahun bermula tarikh dia ditahan iaitu 17 Julai 1991.
Pengasas skim cepat kaya dibuang daerah di Kuala Berang
KEMARAHAN orang ramai terhadap Pak Man Telo akibat gagal membayar dividen yang dijanjikan menyebabkan sekumpulan enam lelaki bertindak menculik anak lelakinya pada 1991.Mereka mengurung anak lelaki terbabit di Hotel Tropicana, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mulai jam 8.10 malam 28 Februari hingga jam 11.30 pagi, 5 Mac 1991 bertujuan memaksa Pak Man Telo mengembalikan wang RM426,767 yang mereka labur dalam skim itu.Enam lelaki terbabit berjaya ditahan dan dihadapkan di mahkamah tetapi hanya empat daripada mereka yang disabitkan kesalahan. Keempat-empat lelaki itu hanya dikenakan hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.Hukuman ringan itu diberi kerana hakim bersimpati terhadap keempat-empat tertuduh yang kehilangan wang disebabkan Pak Man Telo.
Kemarahan mangsa Pak Man Telo terus membara dan ramai yang mengambil tindakan saman terhadapnya. Seramai 175 pelabur pada Mac 1991, memulakan tindakan saman terhadap lelaki itu bersama enam pihak lain iaitu isteri, dua anak lelaki dan dua anak perempuan serta menantu lelakinya bagi menghalang mereka mengeluar atau memindahkan wang RM1.4 juta yang didakwa milik pelabur berkenaan.Ia diikuti 284 pelabur pada April 1991 menyaman Osman dan enam pihak lain bagi mendapatkan semula RM3.5 juta wang milik mereka. Sekumpulan pelabur lain seramai 180 orang pula mendakwa kerugian RM2.2 juta, juga mengambil tindakan sama.Pak Man Telo mengakhiri tempoh hukuman penjara dua tahun pada 17 November 1992. Kira-kira jam 10.10 pagi selepas bersalam dengan pegawai Penjara Taiping, dia dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda polis untuk perjalanan ke Kuala Berang, Terengganu kerana dikenakan perintah buang daerah.
Selepas itu, kisah Pak Man Telo mula tenggelam dan orang ramai semakin melupakannya. Pak Man Telo pula menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelaki di Terengganu.Dia menyara hidup dengan membaiki radio dan televisyen. Pada usia 70 tahun, Pak Man Telo meninggal dunia akibat sakit tua pada 22 Disember 1997 sekali gus berakhirlah riwayat seorang lelaki yang menjadi antara pelopor skim cepat kaya di negara ini.Seperti juga pepatah ‘harimau mati meninggalkan belang’, nama Pak Man Telo terus disebut-sebut sehingga kini seolah-olah gelaran itu begitu sinonim dengan kegiatan skim cepat kaya di negara ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kisah penipuan skim piramid pak man telo adalah sezaman dgn kisah dongeng URBAN LAGEND mayat jutawan damansara bertukar menjadi babi pada zaman tersebut. zaman di mana org melayu sgt mudah kena tipu ketika itu.
KISAH MAYAT JUTAWAN DAMANSARA BERTUKAR MENJADI BABI.
Perhatikan suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan kisah2 mistik dari 'penceramah agama' tanpa dipersoalkan atau disoal siasat terlebih dahulu. Agama islam bukan agama mistik. tapi benda2 mistik la yg melayu suka dengar. Spt kisah dongeng (urban legend) jutawan damansara bertukar menjadi babi hutan lalu ditanam dibelakang rumahnya oleh seorang ustaz tu... bila ditanya balik ada tak ustaz lapor polis sebelum tanam? ada surat mati ke tidak, ada tak anak2 lapor polis utk dptkan surat mati utk proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan orang hilang tak? sedangkan yg mati tu JUTAWAN. bila ditanya ustaz tu buat derk jer .. nampak sgt di malaysia ni bertebaran ramai jenis 'ustaz jadian' jaja cerita utk penyedap isi ceramah.
Mayat Jutawan Damansara Bertukar menjadi Babi
(Petikan: Mingguan Warta Perdana)
Shah Alam:
Gempar. Mayat seorang ahli perniagaan dari Damansara, dekat sini telah berubah rupa menjadi bangkai seekor khinzir selepas beberapa jam menghembuskan nafas terakhir.
Imam muda Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri ), di sini, Ustaz Kamal Ashaari, 28, yang mengesahkan kejadian aneh itu berkata ia disaksikannya sendiri tahun lalu.
"Pada hari itu kira-kira jam 3:00 pagi, saya menerima panggilan talipon daripada seorang lelaki meminta bantuan untuk mengendalikan mayat seorang ahli perniagaan di Damansara. Oleh kerana jarak yang agak jauh ( hampir 30 kilometer), saya bertanya kepada lelaki tersebut, tidak adakah orang lain yang lebih dekat yg boleh menguruskannya?" Lelaki itu , kata Kamal bagaimana pun memintanya datang ke kediaman ahli perniagaan itu yg terletak di kawasan perumahan elit dgn segera. "Oleh kerana dia hampir mendesak, saya pun bergegas ke rumah lelaki itu seorang diri dengan menaiki van masjid. Saya sampai di sana kira-kira setengah jam kemudian," katanya.
Menurut Kamal yg ditemui di rumahnya di Seksyen 10, di sini, minggu lalu, dia disambut oleh seorang lelaki tua yang pada mulanya disangka ayah simati. "Lelaki itu menjelaskan kpd saya dia hanya tukang kebun. Apabila saya masuk ke dalam rumah, ada pula seorang wanita tua tukang masak. Hanya mereka berdua yg ada di dalam rumah itu pada masa itu," katanya.
Melihat keadaan demikian kata Kamal, dia bertanya kpd pasangan tersebut ke mana menghilangnya anggota keluarga simati. "Saya diberitahu anak-anak simati telah pun pulang ke rumah masing-masing menjelang waktu maghrib sebelumnya. Mereka memberi alasan tidak boleh menunggu di situ kerana hendak bekerja keesokan harinya, ujar imam muda itu.
"Saya pun tidak mahu soal panjang lagi tapi andaian saya, keluarga ini bolehlah dianggap sebuah keluarga yang porak-peranda jika begitu sikap anak-anak si mati pada hari kematian ayah mereka," tambahnya. Dia yang berpengalaman lebih tiga tahun dalam bidang pengurusan jenazah sejak menuntut di University Al-Azhar, Mesir, beberapa tahun lalu meminta izin untuk melihat mayat berkenaan.
"Saya dibawa ke ruang tengah banglo mewah itu. Di sana saya dibawa melihat mayat seorang lelaki berusia lengkungan 50-an yg tubuhnya agak sasa terbujur kaku tanpa sehelai kain pun menutup tubuhnya. Saya meminta kain kepada lelaki tukang kebun dan kain itulah yg saya gunakan untuk menutup mayat. Saya sendiri merasa hairan kenapa mereka membiarkan tubuh si mati terbuka sedangkan dia seorang yg kaya raya. "Takkan kain nak tutup mayat pun tidak ada," katanya.
Selang beberapa minit kemudian, kata Kamal dia pun mula membaca kitab suci Al-Quran di sisi mayat tersebut sementara menunggu masuk waktu Subuh. "Saya terpaksa tunggu waktu Subuh dengan harapan hendak mendapatkan bantuan daripada jemaah sebuah masjid yang berhampiran." "Ini kerana dengan tubuh mayat yang agak berisi, saya tak yakin mampu menguruskannya seorang diri," ujarnya.
Bagaimana pun kata imam itu pada masa dia sedang bersiap-siap hendak keluar ke masjid, suatu kejadian aneh yang cukup mengejutkan telah berlaku. "Saya ternampak seolah-olah ada benda sedang bergerak di bawah kain yg menutupi mayat itu. Namun untuk terus membukanya, saya tidak berani, ujarnya.
Selang kira-kira empat minit kemudian iaitu apabila pergerakan di bawah kain itu berhenti, dia pun memberanikan dirinya membuka kain tersebut. "Alangkah terkejutnya saya apabila yang saya lihat di bawah kain itu bukan lagi mayat lelaki tersebut tetapi bangkai seekor khinzir(babi) hutan yang saya percaya telah bertukar rupa dengan takdir Allah," katanya.
Melihat kejadian pelik itu, kata Kamal dia menjadi gementar dan lututnya terasa begitu lemah. "Saya lantas memanggil lelaki tukang kebun dan memberitahunya kejadian tersebut. Saya juga bertanya kepadanya perihal sikap dan tindak tanduk majikannya itu yang mungkin boleh dijadikan andaian sebagai punca kejadian itu," katanya.
Menurut Kamal, lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya bahawa tokoh korporat itu semasa hayatnya bukan saja tidak pernah ke masjid atau pun bercampur gaul dengan jemaah 'rumah Allah' itu malahan bersikap anti kepada sebarang kegiatan yang bercorak agama.
"Ini semua kuasa Allah tapi saya andaikan itu mungkin salah satu sebab yang menjadi punca mayatnya bertukar rupa menjadi khinzir," katanya lagi. Menyambung ceritanya, imam muda itu berkata oleh kerana keseluruhan tubuh badan lelaki itu telah bertukar menjadi khinzir, maka dia pun mambatalkan hasratnya untuk menyempurnakan mayat itu sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap manusia.
"Nak mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh mayat itu berupa khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis berat). Nak pegang pun tak boleh...," tegasnya. Kalau setakat separuh manusia, separuh haiwan boleh saya usahakan lagi menyempurnakan setakat mana yang patut," tambahnya.
Oleh yang demikian, kata Kamal dia bersama-sama tukang kebun itu kemudian menyeret bangkai khinzir itu yang berlapikkan tikar ke belakang rumah. "Di sana, kami gali lubang dan tanam bangkai itu sebagaimana yang biasa dilakukan orang terhadap bangkai binatang," ujarnya.
( Petikan: Mingguan Warta Perdana ) |
|
|
|
|
|
|
|
menarik sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Good info Tobby.
Dah nama Melayu............cerita karut marut, penglipur lara, kekelentongan........... Melayu akan telan tanpa usul periksa.
Dalam politik.............dah elok2 ada sebuah parti jaga orang Melayu ............. tak nak. Dengar sangat cerita Nuart Jubr............apa yang Melayu tak dapat semasa UMNO memerintah.............belajar menara gading, bisnis, bantuan pertanian (nak atau tak nak je).............macam2 bantuan. Dengar temberang Nuart Jubr..............semua nikmat Kerajaan beri pada Melayu nak dibuang kelongkang. Nasihat aku pada Melayu...............jatuhkanlah UMNO.........biar DAP jadi taiko. Dah jadi cam Singapore..............tahulah kau orang Melayu yang selama ni kau Melayu memang bengap. Tak ada negara yang beri keistimewaan pada Melayu kecuali Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
pak man telo & tok belagak apa persamaannya? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|