View: 6409|Reply: 2
|
Cara Mengatasi Kulit Kering Dan Kendur
[Copy link]
|
|
Semakin meningkat usia kita, semakin menjadi-jadi masalah kulit kendur... Kulit kendur terjadi apabila kulit muka mula kehilangan elastisiti apabila umur meningkat dan otot pada muka tidak berupaya memegang kulit muka seperti masa usia muda remaja dahulu...
Ini adalah kesan dari pembentukan garis-garis muka dan kedut yang mana akan membentuk lipatan yang dalam dan akhirnya kulit menjadi kendur...
Salah satu sebab kenapa terjadi begini adalah kerana kekurangan kolagen dalam tubuh kita.Terdapat banyak jenis kolagen dalam badan, tetapi semuanya membekalkan kekuatan struktur, sokongan dan keanjalan bagi tisu-tisu badan. Kolagen dalam tulang-tulang, tendon,otot-otot dan saluran darah. kolagen juga membantu menyokong ketegangan kulit. Semakin meningkat usia, semakin kurang kolagen dihasilkan oleh tubuh badan.
Beberapa Tips Mencegah Kulit Kendur
Cara terbaik untuk menghadapi kulit kendur ialah untuk memastikan bahawa anda ambil satu pendekatan proaktif dalam penjagaan kulit. Beberapa langkah-langkah mudah dapat membantu mencegah kulit kendur dari awal usia lagi. Di sini ialah beberapa petua membantu mengekalkan ketegangan kulit:
Pastikan sentiasa cukup hidrasi (hydrated)
Penting bagi orang dewasa minum sekurang-kurangnya 8 gelas air penuh satu hari. Air ialah pembersihan semula jadi kulit dan sistem tubuh badan. Air sentiasa bekerja untuk mengeluarkan toksin-toksin dan sisa buangan agar kulit jadi lembut dan sihat.
Lindungi diri anda dari Matahari
Kerosakan matahari ialah satu daripada sebab-sebab utama terjadinya tanda-tanda awal kulit 'saggy' dan kedut-kedut muka. Gunakan 'sunscreen' dengan penarafan SPF sekurang-kurangnya 15 jika anda merancang untuk mengadakan aktiviti luar lebih daripada 30 minit. Ini merupakan salah satu daripada senjata-senjata yang paling berkuasa terhadap kulit saggy dan bintik-bintik penuaan.
Jangan Merokok
Elakkan merokok. Merokok meningkatkan tanda-tanda penuaan dan boleh meningkatkan risiko tanda-tanda penuaan dan kulit kendur yang nyata.
Amalkan Penjagan Kulit Yang Betul
Untuk memastikan kulit anda kekal sihat, cantik dan muda, penjagaan seawal umur 20an adalah amat digalakkan. Pastikan muka dicuci dan dibersihkan selalu. Jangan masuk tidur dengan 'make up' kerana ini memberi stress pada kulit, menyebabkan pori-pori tersumbat dan menjadi infeksi, jerawat pun timbul. Basuh keseluruhan muka dengan pencuci lembut. Kunci utama di sini adalah untuk tidak menggosok atau mengikis dengan terlalu kuat semasa mencuci muka. Kesederhanaan merupakan kunci untuk mencapai keputusan-keputusan jangka panjang yang baik. Antara produk produk yang disyorkan oleh pakar boleh lihat disini
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kulit kering dekat tapak kaki? |
|
|
|
|
|
|
| |
|