|
[Cerpen] Dia... Bidadari Terpilih Buatku. (Page 4)
[Copy link]
|
|
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 04:20 PM
Hahaha. Okay....
Kalau nak keseluruhan, nanti iols baca balik cerita ni.
dah tukar hehe...
Tq..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bes. sambung lagi dan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 18-12-2014 04:45 PM
dah komen Nay. Check pm
Terima kasih daun keladi akak
|
|
|
|
|
|
|
|
Makcu posted on 18-12-2014 04:45 PM
Bes. sambung lagi dan lagi
Terima kasih sudi baca
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-12-2014 09:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
"Abang, Ara... Ara."
Aku pandang Zahraa Ayuni yang sedang berdiri di tepi katil. Dari raut wajah ayu itu jelas membuktikan yang Zahraa Ayuni sedang memendam kesedihannya. Tidak perlu aku meneka kerana pastilah peristiwa pagi tadi adalah penyebab. Peristiwa yang membuatkan kedua anakku kini merajuk dan mula menjauhkan diri dariku. Aku tahu kasih mereka terhadap Zahraa Ayuni bukan hanya di luaran tapi mereka menyayangi wanita itu setara dengan kedudukan seorang ibu kandung.
“Abang,” Zahraa Ayuni seperti teragak-agak aku lihat.
"Ara nak cakap apa dengan abang? Luahkan aje isi hati Ara."
"Ara... Ara tak nak bercerai. Ara yakin penyakit abang boleh diubat. Tak ada penyakit yang tiada penawar kecuali mati. Kita ikhtiar ya abang?"
Mata redup itu memandangku. Mata, mata yang telah menggoda aku ketika mula-mula kami bertemu. Kerana panahan mata itulah yang menjebakkan aku ke kancah cinta semula. Dan mata itu kini sedang merenungku dengan linangan air mata. Aku cepat-cepat berpaling kerana tidak mahu kalah dengan panahan mata itu.
"Ikhtiar? Ikhtiar macam mana lagi Ara? Semuanya abang dah cuba. Ubat tradisional, urutan batin. Herba Tongkat Ali, dah berapa banyak abang telan tapi hasilnya? Abang dah tak mampu Ara. Abang dah hilang kemampuan yang ‘satu’ tu Ara."
Aku mengulum kata membiar keadaan berlalu sepi. Aku tidak mampu membendung rasa terkilan dan pedih di hati. Sangat pedih aku rasakan. Malam pertama kami, berlalu dengan kekecewaan. Ya, sekarang zahir Zahraa Ayuni mengatakan tak apa. Ke depan hari... pasti dia akan kecewa apabila kehendak memuncak tetapi tidak mampu aku laksanakan.
"Tapi abang belum ikhtiar dengan perubatan moden, kan? Ara yakin penyakit abang masih boleh sembuh."
Aku alih perhatian ke arah lain. Nampaknya Zahraa Ayuni benar-benar memaksudkannya. Dia mahu aku pulih. Jauh di sudut hati, sukar untuk aku melepaskan Zahraa Ayuni. Benar, mulut aku mengatakan ingin menceraikan Zahraa tetapi sehingga kini akalku masih waras. Masih menidakkan niat mahu melafazkan tiga baris ayat itu. Last edited by NaylaArisha on 19-12-2014 04:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 19-12-2014 02:10 AM
Nayla...sambung lagi...
In sya allah akan di sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Best la citer ni...tt sambung lagi ye nnt..hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung ye .. best citer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-12-2014 07:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bibirku ketap rapat. Sedaya upaya cuba menghilangkan resah yang semakin menggila. Seharian aku menghabiskan masa, memandang ke luar rumah. Jika dihitung, masuk hari ini sudah dua hari Zahraa Ayuni keluar dari rumah. Semuanya gara-gara pertengkaran dua hari lepas. Ah, kenapalah aku begitu mudah dan tegar memarahi Zahraa Ayuni hanya kerana permintaannya yang mahukan aku berubat? Bukan ada pun sebarang kesalahan yang terkandung di dalam permintaannya itu.
Ya aku tahu, Zahraa Ayuni hanya mahu aku kembali sembuh tapi aku tetap seorang lelaki. Lelaki mana yang mampu menerima kelemahan diri yang satu itu. ‘Itu’ satu lambang kebanggaan dan kehebatan bagi seorang lelaki. Lelaki sejati. Bukan sahaja kerana ego tapi juga kerana malu. Benar, aku malu pada Zahraa Ayuni. Malu pada anak-anak, andainya kelemahanku itu terbongkar kelak. Mana aku mahu sorokan mukaku ini?
"Ayah, pujuklah ummi. Risa tahu ummi terseksa. Risa tahu, ummi pasti merindui ayah."
Wajah Arisa ku pandang sepi. Kalau Zahraa Ayuni terseksa maka aku juga begitu. Bukan niatku menghalau Zahraa Ayuni keluar. Sekelumit pun niat itu tiada di dalam hatiku. Lidahku telah terlajak kata hingga aku terlepas cakap meminta dia pergi meninggalkan aku. Emosiku semakin merundum sejak aku tahu ketidakmampuanku menghadapi hubungan di ranjang.
"Risa, ayah tak nak seksa ummi kamu lagi. Biarlah dia pergi. Semuanya dah berakhir."
Ayat yang ku lafaz tidak setara dengan kata hati. Jika diturutkan hati yang sarat dengan rindu ini, ingin sahaja aku pergi menemui Zahraa Ayuni. Aku akan memujuknya agar kembali kepadaku. Namun apabila fikiranku berfikir dengan lebih mendalam aku pasakkan egoku kembali. Sampai bila Zahraa Ayuni perlu aku ‘tawan’? Pasti akan ada lagi kejadian yang tidak diingini bakal berlaku. Dan mungkin bertambah parah sekiranya aku melafazkan talak pula dalam pertengkaran yang akan datang. Siapa yang boleh menduga kemungkinan itu? Sampai bila tahap kesabaran kami akan kekal meninggi? Ah, benar-benar aku buntu. Last edited by NaylaArisha on 23-12-2014 09:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Best citer. Lain dr yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Krisis Pertengahan Umur gituh..... |
|
|
|
|
|
|
|
go tt...ada bakat..boleh dikembangkan lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|