View: 3247|Reply: 1
|
Ateis, agnostik Melayu dan lain-lain: “Kita tidak keseorangan.”
[Copy link]
|
|
Ateis, agnostik Melayu dan lain-lain: “Kita tidak keseorangan.”Paparan istimewa July 4, 2014
Penterjemahan Bahasa Melayu makalah oleh Dina Zaman yang berjudul ‘There are many of us. We just don’t tell people.’
‘Awak fikir, siapa saya sebenarnya?’
Aku di ajak keluar minum kopi bersama teman yang baru sahaja aku kenali melalui laman sosial. Dia bertanyakan sedikit nasihat tentang projek yang sedang diusahakannya.
Dia seperti remaja yang lain, seorang muslim yang taat pada suruhan agamanya dan memakai tudung. Tudungnya ringkas dan aku tidak rasa dia seorang hijabi yang bergaya. Petah berkata-kata dan dari loghatnya kelihatan seperti dia telah menghabiskan sebahagian masa mudanya di luar negara. Resume-nya amat mengagumkan.
“Awak fikir, siapa saya sebenarnya?” tanyanya lagi.
Aku tidak memberikan sebarang jawapan. Tetapi, otakku ligat memikirkan apa sebenarnya jawapan yang dia mahukan? Aku mengerakkan tanganku untuk memberi isyarat bahawa aku tidak memahami soalannya.
Kemudian, dia berkata dengan tak semena-mena “Saya agnostik”
Ligat otakku berfikir. Bagaimana seorang yang memakai tudung di depan ku ini adalah seorang yang agnostik?
Bagaimana seorang yang tidak mempercayai agama tetapi memakai tudung? Seperti tidak masuk akal.
Kali terakhir kejadian seperti ini berlaku adalah setahun lalu, dimana aku bertemu dengan dua orang wanita muda yang mengenakan tudung juga tetapi membuat pengakuan yang sebenarnya mereka berdua mempunyai hubungan intim bersama. Kemudian, 2 tahun yang lalu, aku juga bertemu dengan seorang dua yang menawarkan dadah kepada aku. Dan kali ini, ini pula! (Aku tertanya-tanya apa pula pengakuan bagi hijabis yang lain)
Dengan tenang aku bertanya “Apa beza antara atheist dan agnostik?”
“Saya masih percaya kepada Tuhan, tetapi bukan dalam kerangka mana-mana agama. Sedangkan atheist mengutuk atau tidak percayakan tuhan.” Jawabnya.
Dia memakai tudung hanya untuk membuatkan keluarganya tenang dan sebagai cara untuk melindungi dirinya daripada diketahui.
Tambahnya “Sebenarnya, ramai antara kita yang sebegini. Cuma, kami sahaja tidak memberitahu pada orang lain.”
Dia adalah hasil daripada pendidikan sekolah agama rakyat dan menuntut di universiti yang baik pendidikannya. Kawan-kawanya juga terdiri daripada latar belakang yang hampir serupa.
Segalanya bermula apabila dia mula berkerja dan bergaul dengan ramai orang, termasuklah Muslim yang berlainan latar belakang. Mereka mula bertanya. Mengapa terlalu banyak kebencian? Sedangkan ramai orang-orang yang baik di luar sana.
Teman baru ku ini mampu untuk mentafsir al-Quran di mana kebanyakkan Muslim tidak mampu berbuat demikian. Kemahiran berbahasa arabnya sangat tinggi dan disebabkan oleh kemahiran linguistiknya yang tinggi itu dia mampu untuk mengetahui selok belok dalam penggunaan Bahasa Arab.
Aku bertanya kepadanya, adakah dia hanya kecewa dengan Muslim yang lain, tetapi bukannya pada agama secara spesifik?
Jawabnya, “Tidak!” Dalam perjalanannya, mencari kedamaian dan keimanan, dia lebih tenang berada di kawasan beribadat golongan yang bukan beragama Islam. Mata ku terbeliak. “Lebih baik awak tidak membuat pengakuan kepada masyarakat di Malaysia” pesan ku.
***
Aku pulang ke rumah, semuanya tertarik dengan wacana baru yang diterbitkan. Petang itu, sepupu ku, Justin Johari berkongsi di laman Facebook nya tentang sebuah artikel yang didapati di laman web Salon.com yang bertajuk “Atheism explodes in Saudi Arabia, despite state-enforced ban.”
Artikel tersebut telah jelas memberitahu: semakin banyak rakyat Saudi yang semakin tidak mengakui imannya secara senyap-senyap.
“Idea untuk menjadi seorang yang tidak beragama mahupun tidak mempercayai tuhan semakin tersebar luas dan ini adalah kerana terdapat banyak percanggahan berkenaan kata-kata para agamawan dengan apa yang mereka lakukan.”
Dan ini juga apa yang dikatakan oleh teman baru ku tadi.
***
Seminggu sebelum pertemuan ini, aku bertemu dengan seorang teman yang ingin berbincang tentang negara Islam di Malaysia. M ialah seorang yang bersederhana tetapi bila berbicara soal iman, dia menganggap dirinya sebagai konservatif. Dia antara kenalan ku yang dapat melihat prinsip yang lebih utama daripada perkara-perkara cabang walaupun pegangan agamanya sebegitu.
“Saya sudah berjanji akan beritahu siapa mereka” katanya semasa makan tengah hari. Suasana di restoran itu sungguh bising dan kami dihidangkan makanan di restoran hipster yang berpatutan harganya.
Adakah aku pernah dengar tentang Orang Matahari? Apa, Orang Matahari?
Beberapa tahun yang lalu, dia bersama keluarganya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis pengembumian. Di sanalah dia pertama kali mendengar tentang Orang Matahari, orang Melayu yang rupanya seperti orang kebiasaan, mengaku sebagai Muslim tetapi tidak.
“Mereka tidak solat seperti kita solat. Maksud saya, mereka tidak menunaikan solat sekalipun. Tetapi mereka sembahyang di dalam hati.”
Dia melihat perkara ini sebagai sebuah perkara yang parah bagi negara kita dan ini yang membuatkan dia berasa bimbang. Aku melihatnya dan yang aku kenali dia bukalah seorang yang reaktif. Dia seorang yang tabah. Tetapi dalam kes ini, dia sangat bersungguh-sungguh. Katanya, “Bagaimana jika salah seorang daripada teman kita adalah dari kalangan mereka? Seperti kita, Orang Matahari juga berkahwin dan melahirkan generasi mereka dan semua daripada mereka kelihatan sama sahaja seperti kita”
Masyarakat Malaysia dalam keadaan yang bahaya. Semuanya bakal berpecah. Sekurang-kurangnya jika Kristian, Buddha dan lain-lain, mereka tahu di mana mereka berdiri. Tetapi kita yang Melayu ini, yang pada kad pengenalan dan borong-borang yang diisi memilih Melayu dan Muslim, sedangkan pada hakikatnya tidak.
“Awak perlu pergi sendiri ke Kampung Seronok di Pulau Pinang. Di sana adalah salah satu pusat mereka.”
Mataku merenung tajam. Nampaknya, Orang Matahari ini bukanlah sesuatu yang direka-reka. Yang selama ini aku ketahui hanyalah orang yang menyembah matahari, tetapi yang ini?
Seperti teman baru ku itu, M mengatakan sesuatu yang serupa “Sebenarnya banyak kuantitinya. Cuma, mereka sahaja tidak menghebahkannya.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
[AceHand SPECTaceLAR]
Panjangnya nak baca...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|