CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2626|Reply: 4

BENARKAH TENGKU ADNAN KENA KIFARAH?

[Copy link]
Post time 8-7-2014 12:59 PM | Show all posts |Read mode




Warga Prihatin with Bin Razali Amir
BENARKAH TENGKU ADNAN KENA KIFARAH?
Tiba tiba menderu pertanyaan tentang isu ini di awal pagi. Ada yang menyertakan gambar rumah Ku Nan dengan api sedang marak membakar tingkat atas rumahnya. Sebahagian pengkomen tanpa usul periksa terus sahaja memberikan ulasan ala ala ‘padan muka’… kena kifarah… kena ketulah.. terkena sumpah dan berbagai bagai lagi ungkapan sinis dan pedas… SubhanAllah.
Mereka yang bersorak ini telah mengaitkan musibah itu secara langsung dengan kontroversi kenyataan Tengku Adnan dalam menangani gejala gelandangan di bandaraya Kuala Lumpur baru baru ini. Ku nan sendiri bersama admin FB beliau kelamkabut menjawab pelbagai soalan dari orang ramai untuk mengesahkan berita gempar itu. Anda boleh baca sebahagiannya dari pautan berikut,
Jadikan membaca apa sahaja sebagai jambatan ilmu. Namun Allah nasihatkan agar kita membaca sesuatu dengan tartil (QS:73/4). Gunakan juga pendengaran untuk mengumpul maklumat. Namun Allah nasihatkan agar kita dengar apa yang diberitakan itu baik baik, perhati berita itu dengan hati yang tenang agar ia memberikan manfaat dan keuntungan kepada kita (QS:7/204).
Lihat juga tarikhnya, nama tempat dan orangnya. Jangan kita hanya lihat gambar sahaja lalu terus melompat untuk mengeluarkan komen pedas yang bermacam warna. Apa yang kita tulis sebenarnya menampakkan kebodohan minda, kegelojohan tindakan dan kejahatan hati kita. Jika kita mewakili sesuatu organisasi dalam penulisan artikel atau komen itu, maka fitnah itu akan kembali bukan sahaja kepada diri kita, malah impak buruknya akan menimpa organisasi yang kita wakili juga.
TEBALNYA TABIAT ‘TAJASSUS’ MASYARAKAT MALAYSIA
Antara ciri buruk yang menjadi HABIT individu, lalu kini telah berleluasa membentuk HABITAT masyarakat ialah mencari cari kesalahan orang lain. Dari berita angin ini jelas menampakkan bahawa umat ini amat suka melihat musibah menimpa orang lain. Lebih malang lagi kita malah mencari cari berita buruk dan membesar besarkannya dengan niat untuk sengaja menjatuhkan seseorang.
Sikap mencari-cari kesilapan dan berita buruk inilah yang dipanggil TAJASSUS. Ini adalah laluan fitnah paling nyata yang boleh menimbulkan kebencian dan memecah belahkan umat. Kebencian dan perpecahan inilah yang menjadikan umat lemah dan mudah dibinasakan oleh pihak lain. Sikap ini telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah 49, al-Hujurat:
Ayat 12. “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka, karena sebahagian dari pra-sangka itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang (TAJASSUS) dan janganlah mengunjing satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang...”
BAGAIMANA MENGELAK TAJASSUS
Kami ingin menarik perhatian pembaca agar bersikap adil dan belajar BERSANGKA BAIK. Jangan kita keterlaluan menghukum sesuatu terhadap sesiapa tanpa alasan yang kukuh. Namun itu tidak juga menjadikan kita masyarakat yang ‘senyap dan tutup mata’ apabila melihat ada sesuatu yang tidak kena.
Kita harus berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, khususnya dalam isu gelandangan yang telah menyebabkan Ku Nan khilaf dengan mengeluarkan kenyataan yang menyentap baru baru ini. Lebih baik melepaskan orang yang bersalah, daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Kerana itu kita harus lebih berhati hati kerana ini bukan sahaja melibatkan soal pertarungan mileage politik, malah ia melibatkan hukum hakam utama dalam Islam, iaitu soal sedekah.
Sebagai anggota masyarakat yang terlibat secara langsung dalam urusan kemiskinan dan golongan asnaf di negara ini, kami juga turut mengeluarkan pandangan tentang kesilapan kenyataan itu. Namun kita harus bersikap adil dan bersandarkan kepada fakta akademik dari isu itu, bukan menurut emosi semata mata. Selaku manusia memang kita tidak boleh lari dari melakukan khilaf.
Kerana itu setelah meneliti kenyataan balas dari pihak Ku Nan, kami nampak beliau boleh menerima kritikan membina dari rakyat dan menjemput pula cadangan untuk membantu menangani masalah gelandangan itu. Lebih menyenangkan lagi apabila beliau telah umumkan yang kerajaan akan membina rumah tumpangan untuk golongan ini. Itu bagi kami amat positif.
Sebagai rakyat yang prihatin, tugas kita ialah memberi peringatan dengan sabar melalui KRITIK yang membina dan berhemah. Itulah hakikat seru dan doa, bukan melalui pendekatan maki hamun dan KONDEM melulu yang bersifat membunuh dan menekan. Ketahuilah bahawa Allah berfirman, WALAL AKHIROTU KHOIRUL LAKAMINAL ‘ULA. Dalam Islam, orang yang awalnya silap dan hujungnya bertaubat dan berbuat baik adalah lebih baik dari orang yang awalnya baik tetapi hujungnya melakukan khilaf.
Jika ayat 12 surah al-Hujurat menerangkan soal tajassus dan perumpamaan buruk betapa kejinya perbuatan itu, maka ayat ayat berikut dari surah yang sama boleh kita ambil pelajarannya secara muhkamat untuk mengelakkan gejala keji ini.
Ayat 9. “Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil”.
Ayat 10. “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”.
Ayat 11. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah yang buruk sesudah masing masing beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Ayat 13. “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Antara pedoman yang dapat diserap ialah agar kita sentiasa menyuburkan semangat persaudaraan, sentiasa berusaha mendamaikan puak yang bersengketa dengan adil, elakkan mengunjing dan mengutuk dengan gelaran buruk, dan banyakkan takruf agar saling kenal mengenal. Ini kerana kata orang “Tidak kenal maka tak cinta”.
KESIMPULAN
Segala kebaikan yang kita kecapi adalah hasil kerjabuat yang tepat menurut hidayah dari Allah. Tanpa hidayah dan petunjuk yang tepat, kita tidak akan berjaya mengecapi kebaikan yang berpanjangan dari kerjabuat kita. Oleh itu sandarkanlah amalan kita mengikut petunjuk dan aturan yang tepat yang telah Allah berikan. Kembalikanlah pula segala kebaikan yang terhasil dari kerjabuat itu kepada Allah.
Segala keburukan dan bencana yang menimpa adalah sebahagiannya kerana kezaliman kita sendiri yang tidak sudi mengikuti arahan Allah dari petunjuk wahyunya. Oleh itu kembalilah merujuk apa sahaja bencana yang menimpa kepada kehendak Allah. Allah mahukan kita selamat dengan aturan hidup yang diberikan kepada kita itu, namun kita sengaja mencuba cuba dengan cara sendiri lalu sering gagal dan menzalimi diri dan masyarakat kita sendiri.
Allah telah berulang ulang mengancam kerosakan dan kecelakaan jika kita ingkari aturan Nya. Kerana itulah kita harus kembali merujuk kepada wahyu Allah juga, di mana telah kita langgar arahan Allah sahingga bencana itu menimpa kita. Allah tidak akan menzalimi hambanya yang patuh dan mengabdi. Oleh itu tidak perlulah kita bersusah payah mendoakan musibah terhadap orang yang kita sendiri jadikan ‘musuh’ kita itu kerana jika benar mereka telah dengan sengaja mengingkari Allah, bencana pasti menimpa mereka tanpa kita minta.
Jika Tengku Nan memang membuat kenyataan dengan niat di hati untuk menyaman pemberi sedekah kerana sengaja menafikan tuntutan sedekah, pasti Allah tahu menilai dan akan membalas dengan balasan yang setimpal. Tetapi jika beliau tidak berniat begitu, bahkan ingin mencari jalan terbaik untuk mengelakkan sedekah itu disalah guna, pasti Allah Amat Mengetahuinya.
Tidakkah lebih baik jika kita sempat mengingatkan Ku Nan dengan semangat persaudaraan akan khilaf itu sehingga beliau sempat sedar dan memperbaikinya sebelum sempat Allah jatuhkan hukuman kifarah dan sebagainya atas khilaf itu? berbanding terus menghukum khilaf beliau itu sebagai satu kekafiran yang pasti?
Tepuk dada tanyalah hati kita sendiri..
Ajakan menolak tajassus
WARGA PRIHATIN.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 01:40 PM | Show all posts
jd kesimpulannya btl ke umah dia terbakar? bila?

kalo btl harap lps ni dia insaflah. patut dia kena jamu 40 hari 40 malam golongan susah kat malaysia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 02:32 PM | Show all posts
ye ke umh dia terbakar???....ada kuar berita ka???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:15 AM | Show all posts
otai_g posted on 8-7-2014 01:40 PM
jd kesimpulannya btl ke umah dia terbakar? bila?

kalo btl harap lps ni dia insaflah. patut dia ke ...

Berita tu tahun 2011 ye.. harap maklum...



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:34 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Tengku Adnan ni banyak buat kerosakang...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.065338 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list