|
Hitam itu lambang keanggunan klasik sepertimana yang ditonjolkan oleh jenama fesyen Christian Siriano. Semestinya olahan gabungan corak abstrak dan rona hitam Radzuan Radziwill mencetuskan gaya tersendiri. Gandingkannya dengan aksesori serba hitam untuk tampak lebih serius. Untuk saranan, apabila sudah bergaya begini sarat, pastikan dandanan rambut dibiarkan ringkas.
Selain memberi sisi klasik kepad asi pemakai, rona hitam juga mampu menampakkan seseorang itu kelihatan langsing dan bergaya. Tampak ringkas, namun penuh dengan gaya keanggunan. Biarpun kurang menjadi pilihan di hari raya, busana berwarna hitam ini juga mampu memercikkan keunikan kepada seseorang.
Melangkahlah anggun dan versatil dengan padanan warna serta aksesori yang minima. Pasti ramai yang memuji penampilan anda.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|