View: 1459|Reply: 0
|
Smart Reader ke Abu Dhabi
[Copy link]
|
|
PUSAT pendidikan pra sekolah, Smart Reader Worldwide Sdn Bhd (Smart Reader) akan memulakan operasi francais pertamanya di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada akhir Ogos ini.
Pengarah Eksekutifnya, Kevan Ong berkata, ia kerjasama dengan rakan kongsi, seterusnya menjadi francaisi induknya dan akan mengembangkan operasi ke beberapa kawasan lain di UAE.
Menurutnya, Smart Reader juga menyasarkan sebanyak 50 cawangan pusat Smart Reader dibuka di sana menjelang 2019 dan berhasrat memasuki Bahrain dan Kuwait.
“Konsep pembelajarannya masih sama tetapi akan mengguna pakai konsep pembelajaran yang bersesuaian dengan negara tersebut. Smart Reader menyediakan kemudahan dan prasarana yang sama tetapi model pembelajarannya diguna pakai dari negara itu.
“Smart Reader memilih Abu Dhabi kerana permintaan pendidikan pra sekolah tinggi di sana,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabatnya, baru-baru ini.
Ong berkata, setakat ini, Smart Reader beroperasi di Thailand, Vietnam, China dan Filipina.
“Smart Reader merancang akan meluaskan cawangan ke Afrika pada 2017. Afrika menjadi pilihan kerana ia merupakan sebuah negara membangun dan permintaan pendidikan pra sekolah adalah tinggi di sana,” katanya.
Tambahnya, di Malaysia, Smart Reader juga menyasarkan untuk menambah 20 lagi cawangan baharu menjelang akhir tahun ini dan jumlah sedia ada 306 cawangan di seluruh negara.
“Lokasi cawangan baru Smart Reader adalah di pantai timur, Johor dan Lembah Klang kerana mempunyai permintaan yang tinggi,” katanya.
Ditanya mengenai Smart Reader Kids yang memperkenalkan Smart Tadriz, Kevan berkata, Smart Tadriz diperkenalkan pada tahun ini di 80 Smart Reader setelah dua tahun syarikatnya menjalankan penyelidikan dan pembangunan mengenai pendidikan Islam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|