CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 0

Penjagaan dan pemulihan kesihatan

[Copy link]
Post time 10-8-2014 06:41 PM | Show all posts |Read mode

Pada tahun yang lepas, saya berjumpa dengan Encik Cheong dan isterinya. Mereka menghadapi masalah ketidaksuburan dan risau untuk mencari jalan penyelesaian yang betul untuk menangani masalah itu. Pasangan ini juga bimbang keputusan akan menghampakan dan membawa tekanan jika membuat pilihan yang salah.

Pada hakikatnya, peratusan kehamilan dan keadaan kesihatan bayi, dan juga peratusan keselamatan semasa melahirkan anak semakin tidak ideal dengan usia wanita yang semakin tinggi.

Lagipun, mereka menghadapi tekanan ekonomi pada masa itu. Jika pemilihan yang dibuat tidak berhasil, terpaksalah memberhentikan rancangan untuk jangka yang panjang.

Seperti pasangan lain yang menghadapi masalah ketidaksuburan, banyak rintangan telah ditemui oleh mereka semasa mencari penyelesaian. Pada masa itu, mereka sedar bahawa kesihatan fizikal amat diperlukan untuk menjalankan IVF.

Jadi mereka membuat keputusan untuk mencuba kaedah semulajadi dengan memelihara tubuh badan dalam keadaan yang sihat. Ini disebabkan kesihatan fizikal yang sihat memainkan peranan yang besar dalam kehamilan.

Encik Cheong yang sederhana gemuk mengalami hipertensi,gangguan emosi dan mudah letih. Laporan ujian darahnya menunjukkan bahawa aras kolesterol dan asid urik amat tinggi. Testinya juga terdapat urat simpul atau vena varikos di tahap ringan.

Selain itu, Encik Cheong mengaku mengalami ejakulasi awal, dan juga minum arak apabila menjalankan aktiviti sosial semasa bekerja. Saya memberitahu Encik Cheong bahawa tindakan yang segera perlu diambil untuk memulihkan keadaan kesihatannya. Encik Cheong mempersetujui dan bersedia untuk menerima rawatan rapi demi memulihkan kesihatannya.

Sebelum berjumpa dengan saya, Encik Cheong pernah menjalankan ujian analisa air mani. Laporan menunjukkan bahawa indeks pH sperma terlalu tinggi , kuantiti rendah iaitu 36 juta per ml. Di samping itu, sel darah putih juga didapati dalam air mani.
Keinginan beranak menggesa-gesakan Encik Cheong mengikuti rawatan pemulihan kesihatan selama 3 bulan.

Keputusan menunjukkan bahawa kuantiti sperma sudah meningkat daripada 36 juta per ml sehingga 106 juta per ml. Namun antibodi sperma (iaitu sel darah putih yang memerangi serangan dari luar) masih wujud. Ini membayangkan sperma telah diserang dan terdapat radang tahap sederhana.

Nasib baiknya, staf perubatan masih dapat mencari 2-3 ekor sperma yang kelihatan sempurna untuk menjalankan IVF.

Saya juga diberitahu oleh Puan Cheong bahawa dia pernah mengambil ubat selama 2 tahun untuk merawat penyakit kelenjar tiroid. Di samping itu, dia juga mengalami talasemia (penyakit yang keturunan dalam keluarga) dan diiringi dengan gejala seperti kepeningan,mudah terasa sejuk,jantung berdebar dan lain-lain lagi. Semua ini menandakan kekurangan jantung darah.

Sebelum menerima rawatan pemulihan kesihatan,mereka pernah mencuba IUI tetapi gagal. Oleh yang demikian,saya telah membuat rancangan rawatan pemulihan kesihatan selama 6 bulan bagi pihak Encik Cheong.

Pemeriksaan hormon perlu dibuat selepas 6 bulan ini. Walaupun kadar hormon estrogen Puan Cheong sedikit rendah disebabkan dia pernah mengambil ubat rawatan kelenjar tiroid. Tetapi nasib baiknya indeks hormon yang lain adalah ideal. Lagipun kualiti ovum baik, ketebalan lapisan rahim(endometrium) juga sesuai untuk implantasi embrio.

Untuk menjamin kejayaan, saya meminta Puan Cheong mengambil ujian analisa air mani yang terakhir untuk memastikan kualiti sperma.
Akibatnya, laporan yang terbaru ini menunjukkan bahawa kualiti sperma sudah menurun sekali ganda, sel darah putih dan antibodi juga bertambah.

Encik Cheong mengatakan benar dia telah kembali kepada gaya hidup seperti sediakala, minum arak dan menikmati makanan laut selepas 3 bulan rawatan, sedangkan isterinya mengawal cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Perbuatan Encik Cheong yang membawa kesan buruk telah membangkitkan kemarahan isterinya. Puan Cheong pindah ke rumah keluarganya untuk menenteramkan emosinya.

Puan Cheong meluapkan emosinya dengan menangis dan tidur sepuas-puasnya. Dia menyedari bahawa betapa kasihanya jika berputus asa, akhirnya mengambil keputusan untuk memberikan peluang kepada suaminya.

Encik Cheong telah dinasihati supaya membetulkan gaya hidup dan cara pemakananannya.

Dalam pemerhatian saya, gaya hidup Encik Cheong berkaitan dengan kewujudan antibodi dalam sperma. Jadi saya meminta Encik Cheong supaya menerima rawatan pemulihan kesihatan selama 2 bulan lagi. Sebagai balasan baik, Puan Cheong berjaya hamil menerusi IVF dan dalam kandungan 6 bulan pada masa ini.

remarks: Adakah anda menemui masalah ketidaksuburan ? Mungkin anda menemui masalah yang sama dengan mereka di
https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587


Last edited by phdhng on 10-8-2014 06:45 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.407016 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list